Sakinah segera menyarung tudung sebelum melangkah membuka pintu. Dia sedikit terkejut melihat batang tubuh yang datang bertandang itu.
"Waalaikumsalam, pak long. Cari Abang Naim ke? Dia takde, ke pekan.."
"Tak.. Aku datang ni mencari kamu, Sakinah. Boleh aku naik?"
"Maaflah, pak long. Abang Naim takde jadi saya tak berani.. Takut fitnah.. Lainlah kalau Ita atau mak long ikut sama." Sakinah mengambil langkah berhati-hati. Bimbang berlaku perkara yang tidak diduga. Dia sendiri tidak jelas dengan kedatangan Pak Pian.
"Hai? Aku ni pak long kamu.. Ini rumah adik aku.. Apa pulak fitnahnya?" Dahi Pak Pian kelihatan berkerut.
"Apa-apa je la. Kamu tu yang belajar tinggi, aku ni orang kampung je." Omel Pak Pian sambil kembali ke motosikalnya mengambil sesuatu. "Hah, turun sini.. Aku ada benda untuk kamu."
Sakinah akur dan turun dari rumah. Memang itulah yang terbaik pada hematnya.
"Ini amanah Mah pada aku. Untuk diberi pada menantunya." Sakinah menerima sebuah kotak antik berwarna putih kelabu dengan penuh tanda tanya. "Barang kat dalam tu, kau pakailah. Tapi jangan beritahu Naim tentang ni, ya."
Sakinah hanya mengangguk. Keinginan bertambah untuk membuka kotak itu secepatnya.
"Okey lah. Pak long balik dulu. Jaga Naim tu baik-baik."
Sakinah naik dengan segera ke biliknya. Hatinya penuh dengan rasa ingin tahu dan curiga terhadap isi kotak tersebut. Sakinah membukanya dengan lafaz istiazah dan basmalah.
"Cantiknya..."
Sakinah terpegun melihat seutas rantai emas putih berloketkan batu permata berwarna biru. Dia terus menyarungkannya di leher. Sakinah tidak lupa kepada sehelai kertas yang diselit bersama.
"Nampaknya mak sangat prihatinkan ukhrawi hubby. Patutlah hubby pun tak jemu-jemu minta diajarkan AlQuran." Sakinah berkata sendirian. "Rasanya, mak tahu tak hubby jadi gay?"
"Assalamualaikum!!!"
Mendengarkan suara Naim, Sakinah kelam-kabut menyimpan semula rantai ke dalam kotak. Dia menyembunyikannya di dalam almari. Salam disambut.
"Waalaikumsalam, hubby."
"Sweetie, kenapa biarkan pintu terbuka? Tak takut ke? Malang bukannya berbau." Tanya Naim sambil menghulurkan barangan dapur yang baru dibelinya dari pekan.
"Tadi ada orang datang. Sweetie cakaplah hubby takde. Pastu lupa kunci pintu." Sakinah tidak mahu berbohong tetapi dia terpaksa menyembunyikan beberapa fakta.
"Macam mana boleh lupa? Sweetie perempuan, kalau apa-apa jadi hubby yang susah tau. Lain kali kunci pintu." Pesan Naim. Pipi kedua pipi Sakinah dicubit geram.
"Siapa yang datang? Dia ada cakap apa-apa?"
"Wallahualam."
"Dia terus balik?"
Sakinah diam. Dia membawa barang-barang di tangannya ke dapur.
"Pelik.."
*****
"Haiya, Naim.. You pergi mana? Sudah dua minggu I tak nampak you." Celoteh Julie, pelanggan tetap Naim. Naim tersenyum.
"Sorry la, Julie. I pergi honeymoon. Hari tu tak sempat nak honeymoon, ini pun lari dari Effy." Ujar Naim sambil memasang kain alas di badan Julie.
"Esok Hari Malaysia. You nak style apa ni?"
"I mahu itu Victoria Beckham punya hairstyle. Pixie bobs."
"Okey."
"Hei, you honeymoon mana tempat? Ada pergi itu Pulau Ketam ke?"
"Takde lah. I balik kampung je. Isteri mahu kenal dengan saudara-mara. Itu hari nikah, mana ada saudara-mara I datang.."
"Oh ya, you kan anak yatim piatu."
"Hai, gelaran tu untuk budak-budak la.."
"Takpe lah. Tak salah pun guna untuk orang dewasa. Bukan kena ISA pun."
"Apa-apa je lah, Mrs Julie Tan oi.."
Sakinah mengintai suaminya yang sedang mewarna rambut seorang wanita cina. Kelihatan mesra mereka berdua bersenda gurau. Sakinah menghempas pintu bilik rehat itu dengan perlahan. Panas hati dengan Naim.
"Alamak! Sakinah.." Bunyi hempasan pintu itu mengingatkan Naim kepada sesuatu.
"Kenapa, Naim?" Julie hairan dengan Naim yang tiba-tiba berhenti mewarna rambutnya.
"My sweetheart kerja kat sini sejak dua hari lepas.." Naim berpeluh ringan di bahagian kening.
"Oh.. then?" Julie tidak memahami. Keningnya terangkat.
"Sekejap ya. Nanti I cuci rambut you." Naim meminta diri. Dia pantas menuju ke bilik rehat yang sudah diubah suai menjadi bilik gunting rambut untuk Muslimah.
Sakinah duduk membelakangi Naim. Dia sedar suaminya memasuki bilik itu. Tapi dia sedikit bengang dengan Naim.
"Sweetheart, maafkan hubby?" Pujuk Naim sambil memeluk Sakinah daripada tepi. Sakinah menepis pelukan itu. Dia menghadap wajah Naim.
"Hubby dah buat tiga dosa. Pertama, hubby dye rambut orang. Kedua, orang tu bukan mahram. Ketiga, hubby ingkar apa yang hubby dah belajar. Sweetie bukan nak marah, tapi hubby sendiri tahu kan betapa teruknya orang yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari? Ibarat pohon tanpa buah!!" Tegas Sakinah dengan wajah berkerut. Naim diam menunduk. Ini kali pertama dia dimarahi Sakinah sejak mereka berkahwin.
"Hubby, kita mula mengaji dari Surah An-Nur. Hubby pun dah hafal surah tu. Ada kemusykilan lagi ke tentang hukum Allah??" Suara Sakinah mulai mengendur.
"So, what am I supposed to do?" Naim buntu. Julie merupakan pelanggannya yang paling baik. Dia sudah menganggapnya seperti kakak sendiri. Tak mungkinlah dia akan menyuruh Julie mencari orang lain untuk menggunting rambutnya sedangkan wanita itu sudah terbiasa dengannya?
Sakinah mengeluh. Dia membuka pintu dan menolak Naim keluar. "Sudah la, hubby. Hubby keluarlah..."
Naim sedar Sakinah sedang menahan amarah. Dia memandang ke luar bilik. Julie memandangnya dengan pandangan pelik. Dia terfikirkan sesuatu. Sebelah kaki disela menghalang pintu ditutup oleh Sakinah.
"Meh sini." Naim menarik Sakinah mendekati Julie.
"Julie, this is my sweetheart."
"She's beautiful.." Julie menghulur salam perkenalan. "Hai, nama you Sakinah kan? Nice to meet you."
Sakinah menyambutnya biarpun tidak sanggup untuk memandang wajah wanita itu. Marah dan malu bercampur baur.
"Sebenarnya, I have some sort of janji dengan dia yang I takkan gunting rambut mana-mana perempuan lagi dah. And she seemed to be jealous." Jelas Naim dengan nada bergurau di hujung ayat. Sakinah menolak lembut bahu Naim.
"Oh, I see that." Julie tersengih. "Maaf la, Sakinah. I dah terbiasa dengan husband you dan I akan terus gunting rambut dengan husband you. I tak suka orang lain buat."
Sakinah hanya berdiam mendengar pernyataan keras kepala dari mulut perempuan cina bernama Julie Tan itu.
"No, Julie." Naim membangkang. "I rasa ini kali terakhir I buat rambut you. Lain kali you datang, you try gunting rambut dengan my sweetheart pulak ya. Dia baru habis belajar dengan I, itu hari. And believe me, she's a good learner."
Sakinah mengangkat muka. Dia tidak percaya Naim bertegas untuk dirinya.
"We'll see whether that's true or not." Julie memalingkan muka dengan geram. "Sakinah, you boleh cucikan rambut I tak?"
"Julie, hari ni biar I habiskan kerja I dulu ya. Lain kali you datang, you boleh cari Sakinah untuk guntingkan rambut you."
"Whatever!" Julie tidak puas hati dengan keputusan Naim yang tidak mahu lagi menggunting rambutnya.
Naim buat selamba. Dia tahu Sakinah tidak akan mendedahkan aurat lengannya di sini. Dia juga bertekad untuk mendengar segala kata Sakinah agar dia boleh mencapai redha Allah yang telah dia lalaikan selama ini.
2 minggu kemudian.
"Assalamualaikum.."
Suara lelaki memberi salam itu menarik perhatian Naim. Tidak ramai pelanggan datang memberi salam. Dia berpaling ke arah pintu.
"Eh, Abang Aliff. Abang buat apa datang sini?" Naim menyalami abang iparnya yang datang bersama seorang lagi lelaki yang tidak dikenalinya.
"Tanya lagi.. Aku nak jumpa adik aku la!" Perli Aliff.
"Oh, Sakinah kat dalam. Tengah guntingkan rambut customer. Nanti saya panggilkan."
"Oh.. Sakinah kerja kat sini? Berapa gaji dia??"
"Hah?" Naim terhenti berfikir. "Cuba tanya Effy macam mana gaji dia? Saya tak ambil tahu tentang gaji Sakinah."
"Hm..? Ayiem sebut nama Effy ke?" Tanya Raffique yang sedang mencuci rambut seorang pelanggan.
Aliff memandang jelak terhadap mak nyah itu.
"Thanks Sakinah. I harap my husband sejuk hati."
"Insya-Allah.. awak kuatkan lah hati ya, Juliana. Memang tak senang jadi muallaf, tapi syurga menanti." Sakinah tersenyum memberi semangat.
"Okay lah Sakinah. I balik dulu. Assalamualaikum." Julie mencium kedua pipi Sakinah. Naim masih kekok memandang pelanggan tetapnya itu dengan pakaian sopan menutup aurat selain rambut. Tambah aneh apabila Julie menunduk ketika berjalan di hadapannya. Naim kagum dengan Sakinah yang berjaya membawa Julie kepada Islam dan terus membantunya berhadapan dengan keluarga. Dia tersenyum asendiri.
"Eh, Abang Aliff!" Senyuman Naim mati dengan jeritan Sakinah. Sakinah yang baru perasan kehadiran abangnya itu pantas menyalaminya. "Abang nak gunting rambut ke?"
"Tak la. Abang sengaja nak jumpa Sakinah. Faiz ni yang nak bercukur rambut."
"Sakinah nak tolong cukur?" Lelaki di sebelah Aliff itu bergurau.
"Astaghfirullahalazim! Abang ni, bergurau pulak.." Hati Sakinah berdebar mandengar gurauan tersebut. Aliff sendiri tidak pernah menyuruhnya berbuat begitu.
"Abang Naim kan ada.. Dia lagi pro dari Sakinah."
"Eh, aku pulak! Effy!! Effy.." Naim melatah. "Effy boleh buat.."
"Takpe, biar aku buat Mr Joe. Kau pergi buat si Faiz ni." Ujar Naim sesedap hati.
"Mana boleh macam tu.. Ayiem yang free, Ayiem la layan customer." Raffique merungut.
Naim memegang bahu Raffique. Dia membelakangkan semua orang. Dengan suara yang separa tertahan dia menggertak,
"Kau boleh buat, kan?"
Raffique naik seram melihat wajah Naim dengan mata membulat terjegil. Jelas Naim cemburu dengan Faiz.
"Okey lah. Ayiem pergi tengok Mr Joe. Say sorry to him." Ujar Raffique lantas menyambung, "Encik Faiz betul ke nak bercukur? Tak nak potong je? Comel sikit."
Post a Comment