Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

20 Mac 2032.
   Naim menghiasi dinding luar bilik mandi itu dengan darah. Hatinya tidak tenteram. Dia tidak dapat menerima hakikat segala yang terjadi. Habis kepala ayam yang telah mati disembelih, dia penggal dan campak ke dinding tersebut. Naim cuba mengawal diri. Biarpun haiwan itu sudah mati, ia tetap dapat merasakan sakit, pedih dan jerih. Sama seperti ibunya dan Safiyah.
   Hampir sahaja Naim menitiskan air mata tatkala Pak Pian datang menjerkahnya.

   "Hoi, budak bertuah! Naik sekarang!!! Buat apa kau kat belakang ni? Pergi tengok jenazah mak kau dan adik sedara kau tu. Habis semua tetamu mengata aku halang kau tengok jenazah tu. Naik sekarang!!!"

   Naim menahan tangisnya. Air mata masuk semula daripada bergenang di tubir mata.

   "Tidak, pak long. Naim takkan naik atas."

   "Kau tak mahu tengok mak kau?!" Pak Pian menjeling tajam.

   "Tak!" Tegas Naim sambil menyambung kerjanya memotong ayam. Para ibu yang hadir membantu sudahpun melarikan diri melihat aksi gilanya tadi. Naim tidak lagi mengendahkan keadaan sekeliling.

    "Kurang ajar kau..!" Pak Pian menekan kepala Naim ke dinding yang sudahpun berdarah ayam. Amarah berleluasa.

   "Kau bukan sekadar menghancurkan hati adik aku tu masa dia hidup. Dia dah mati pun kau tak mahu berbaik dengan dia?! Anak derhaka!!!"

   Darah mengalir lebih deras. Naim mengetap bibir agar tiada suara yang bakal menjengah telinga ibu dan adik ssaudaranya. Kata orang, selagi mana jenazah belum dikebumikan selagi itulah ia mendengar dan melihat persekitarannya

   "Ayah!!" Masyitah datang meleraikan kekecohan. "Ayah, berhenti! Ayah fikir Kak Yah suka ayah buat macam ni? Ayah fikir Mak Mah suka anak dia sendiri dibelasah?!" Masyitah mendepani ayahnya.

   "Dia ni anak derhaka! Mak sendiri meninggal tapi dia tak mahu tengok jenazahnya.."

   "Ayah, kalau boleh Ita pun tak nak tengok jenazah Kak Yah, yang kaku, pucat lesi, tak bernyawa.. Masyitah sedih.. Dia satu-satunya kakak Ita..." Wajah Masyitah kian suram. "Ayah bayangkan perasaan Abang Naim. Pak Wan dah lama takde, Mak Mah pulak menyusul. Sekali dengan Kak Yah pulak tu. Semua orang yang rapat dengan Abang Naim dah pergi.. Takkan lah abang tak sedih. Ita yakin, di sebalik wajah yang tabah tu, ada hati yang sedang menangis.. Ayah jangan la tambah lagi kesedihan Abang Naim... Mak Mah dan Kak Yah pun masih belum dikebumi. Ayah nak buat mereka berdua sedih jugak..?"

   Pak Pian membuka mindanya. Ada benarnya kata-kata budak Tingkatan Dua ini. Akhirnya Pak Pian berhenti, meninggalkan Naim dengan dahi yang luka. Masyitah menghulurkan sapu tangannya buat menekup luka Naim. Kemudian, anak Pak Longnya itu menuruti langkah ayahnya naik ke rumah. Naim meleraikan tangisan yang tertahan. Luka di dahi boleh ditekup, luka di hati hanya Allah yang tahu.

   Hati Naim terasa pedih. Tiada siapa yang akan menyambut hari lahirnya esok, seperti selalu. Tiada lagi senyuman manis dari bibir Safiyah mengucapkan selamat hari lahir. Tiada lagi gulai telur istimewa masakan ibunya. Yang tinggal hanya kesedihan.
   Naim nekad untuk menetap di bandar. Cita-citanya akan dicapai di salon rambut milik Raffique. Biarlah dia mengubat hati yang lara, sedang hemat orang kampung sudah melayang pergi.
*

   Sakinah menolak rambut Naim ke belakang. Wajahnya didekatkan dengan wajah Naim.

   "Takde parut pun.." Gumamnya. "Kalau luka mesti berparut. Ini takde kesan pun.. Hubby tipu, ya?"

   "Isy!" Naim menepis tangan Sakinah. Dia sedikit menunduk melindungi wajahnya yang kemerahan daripada dilihat Sakinah. "Raffique suruh letak BioOil setiap hari. Sebab tu parutnya lesap."

   Satu alasan yang logik diterima akal. Sakinah berpuas hati dengan jawapan Naim lantas bangkit berdiri. "Dah nak masuk Asar.. Sweetie nak mandi dulu lah."

   Baru sahaja dia melangkah, Naim menariknya ke dalam pelukan.
   "Kalau tunggu Asar, nanti mesti sweetie suruh tunggu sampai Isya', kan? Hubby dah tak sabar dah ni.."

   'Ya Allah, nakal benar suami aku..'

*****

   "Sadaqallahulazim.."

   Naim dan Sakinah menghabiskan bacaan. Kemudian, mereka menyiram air bunga mawar ke atas ketiga-tiga kubur Pak Wan, Mak Mah dan Safiyah.

   "Hubby, arwah mak dan Safiyah meninggal accident dengan lembu. Arwah ayah pulak kenapa?"

   Naim tergelak kecil. "Accident dengan lembu? Sweetie ni kelakar la." Dia memicit hidung Sakinah. Kemudian dengan nafas berat dia menjawab persoalan Sakinah tadi. "Masa tu arwah mak gaduh dengan hubby pasal nak jadi hairstylist ni. Arwah mak menentang kuat, hubby keluar dari rumah. Terasa hati.. Tiba-tiba arwah ayah yang tengah demam kuat, kejar hubby. Then dia terjatuh. Pendarahan teruk."

   "Innalillahiwainnailaihirajiun." Sakinah menggeleng. Benarlah, jika Allah ingin mencabut nyawa hambanya, Dia boleh mencabut dengan apa jua cara sekalipun.


   "Sekarang sweetie nak paksa hubby pergi mana pulak?"

   "Uhm, sweetie nak pergi rumah Pak Long boleh? Masyitah ada cakap yang Pak Long nak jumpa kita.." Sakinah bermanis kata. Dia takut Naim masih menyimpan dendam terhadap Pak Pian. Naim yang bersandar pada pintu kereta kelihatan berfikir panjang.

   "Hm.. masuklah." Naim tidak mempamerkan sebarang reaksi. Enjin kereta pun dihidupkan dan kereta meluncur sederhana laju menjauhi kawasan tanah perkuburan itu.


   Masyitah tersenyum girang. Dia masih lagi mengingati warna dan bentuk kereta Myvi milik abang saudaranya itu. Kini, kereta itu meluncur masuk ke pekarangan rumahnya.
   "Mak, Abang Naim datang.." Dia separuh berbisik kepada ibunya yang sedang memerah santan.
   "Shh. Biar ayah kamu yang jemput." Mak Non tidak berani untuk mendahului suaminya dalam membuat keputusan.
   Mendengarkan itu, senyuman Masyitah mati.

   Pak Pian berdiri di pintu. Dia mengerling kereta Naim dengan pandangan tajam.
   "Entah apa budak ni buat kat sini.."
   Pada asalnya, Pak Pian ingin menjerit menghalau Naim pergi dari rumahnya. Setelah melihat seorang perempuan bertudung litup dan berjubah belang-belang coklat, Pak Pian membiarkan sahaja Naim naik ke rumah dan mencium tangannya.

   Suasana sunyi dan janggal sehinggalah Masyitah datang menghidang air untuk mereka. Masyitah menggamit Sakinah yang duduk di kerusi berhampirannya, "Kak Sakinah.. Akak tak jawab lagi soalan Masyitah hari tu. Akak ni kerja gunting rambut jugak ke?"
   "Akak tak kerja."  Sakinah memastikan dia sentiasa mengukir senyuman di hadapan Pak Pian.

   "Tak kerja? Dah tu macam mana boleh jumpa? Mak akak jemput rumah kenal dengan akak? Ke jumpa lepas kahwin..?" Masyitah kehairanan.

   "Kalau dah jodoh, tak ke mana Ita oi.. Dah mak dia berkenan kat abang. Abang kan baik.. Sesuai jadi menantu.. Hehe." Naim berseloroh. Dia tidak mahu Masyitah bertanya lagi tentang pernikahan mereka yang serba suram itu.

   "Umur kamu berapa? Kamu tak bekerja?" Pak Pian tiba-tiba bersuara. Naim terdiam semula.

   "Saya 26 tahun. Selama ni saya cuma tolong ibu ajar budak mengaji." Balas Sakinah lancar biarpun dia terkedu sebentar pada awalnya
   "Eh, tua setahun dari Naim? Naim baru 25, kan?" Celah Mak Non yang muncul tiba-tiba dari dapur.
   Sakinah hanya tersenyum. Naim menghirup air untuk menyembunyikan rasa terkejut. Selama ini, dia tidak pernah bertanya tentang umur Sakinah, apatah lagi tarikh lahir isterinya itu.

   "Lapan tahun ni, kamu kerja dengan mak kamu je? Tak sambung belajar ke?" Pak Pian bertanya lagi. Tidak peduli akan fakta yang tidak penting itu. Dia hanya ingin mengetahui latar keluarga, pelajaran dan agama menantu saudaranya ini.
   "Eh, tak lah. Saya habis belajar di Jordan tahun lepas, Saya tak tahu nak cari kerja apa, sebab tu saya tolong ibu saya. Saya tak minat kerja macam abang saya.."
   "Hm, ruginya.."
   "Takde yang ruginya pak long. Islam mewajibkan kita untuk menuntut ilmu. Rasulullah bersabda; menuntut ilmu fardhu bagi setiap muslim. Jadi tak rugi apa saya belajar fiqh nikah. Saya boleh belajar uruskan rumah tangga." Sakinah tersenyum lagi.

   "Alhamdulillah.. lega hati aku. Kalau Mah tahu dia dapat menantu bagus macam ni, tentu dia tak gaduh apa dengan Wan." Pak Pian tersandar puas sambil berkata sendiri. Biarpun suaranya perlahan tetapi cukup untuk seluruh isi ruang itu mendengarnya. Apatah lagi suasana sunyi kerana sedari tadi hanya Pak Pian dan Sakinah yang berbicara.
   "Kedai kamu di bando tu, macam mana? Lancar ke idak??"

   "Hm, ada jugak la untungnya." Naim kekok. Dia tidak percaya ini sahaja masalah yang mencetuskan ketidak harmonian keluarganya. Perkara sekecil ini?

   'Lepas dah tanggungjawab aku jaga amanah arwah Hakimah..' Fikir Pak Pian. Mereka meneruskan perbualan dengan ceria. Masyitah paling becok bertanya itu dan ini kepada Sakinah. Macam budak-budak!

*****

   Pertemuan dengan Pak Pian dua hari lepas benar-benar membuatkan Naim keliru. Setelah mengetahui bahawa dia sudah berkahwin, pak longnya itu terus melayannya dengan baik seperti tiada apa yang pernah berlaku di antara mereka. Naim termenung sendiri di hadapan kaca televisyen.

   "Hubby menung apa tu? Jomlah minum." Sakinah menjemput suaminya minum petang.

   "Sorry, sweetheart. Hubby tengah fikirkan pak long tu.. Tiba-tiba je boleh baik, siap tanya pasal Salon Effy lagi.. Takkan semudah tu?" Luah Naim sebelum dia menghirup teh yang dihidangkan.

   "Sudahlah, hubby. Jangan difikirkan sangat. Bak kata pepatah, sedangkan pantai lagi berubah inikan pula manusia. Mungkin selama ni pak long ada simpan rahsia yang kita tak tahu, yang terpendam sejak kematian arwah mak. Wallahualam.." Balas Sakinah. Naim diam sahaja. Ada betulnya juga kata-kata Sakinah itu.

   "Hubby, berapa lama kita nak tinggal kat sini? Sweetie bosan la, tak tahu nak buat apa."

   "Anggap je lah ni sebagai honeymoon kita. Sweetie tak payah buat apa-apa. Biar hubby yang buat.." Naim tersenyum nakal. Sakinah mencebik.

   "Isy, tak best lah.. Bukannya kita pergi mana-mana pun. Bosan je duduk rumah ni."

   "Dah tu sweetie nak buat apa?"

   "Sweetie nak belajar gunting rambut. Boleh?"

   "Hmm.." Naim mengusap dagu sambil berfikir. "Boleh tapi ada syaratnya."

   "Sweetie tak kisah. Kalau hubby bagi syarat yang melanggar syarak, sweetie boleh pilih untuk tak belajar. Ilmu gunting rambut ni, dunia je.."

   "Suka hati sweetie je tuduh hubby nak bagi syarat yang tak munasabah.." Naim pura-pura marah.

   "Mana ada. Sweetie takde sebut pun pasal Sabah, Sarawak pun tak.. Sweetie lahir di Kelantan Darul Naim, itu fakta." Sakinah loyar buruk. Naim tergelak. Entah apa yang dicakapkan oleh isterinya ini.

   "Okeylah, okeylah.. Hubby cuma nak minta sweetheart ajarkan Al-Quran je."

   "Oh... Syarat tu susah sikit." Sakinah sengaja meleretkan huruf 'O'. Naim berkerut mendengarnya. "Kalau hubby belajar Al-Quran dengan sweetie, hubby tak kan khatam sampai ke hujung. Sebab Al-Quran ni banyak cabang. Sweetie cuma boleh ajarkan tajwid dan sejarah Al-Quran je. Lagipun ada hari-hari yang sweetie tak dapat nak ajar hubby."

   "Oh, fikirkan nak letak syarat.." Keluhan halus dilepaskan Naim.

   "Memang ada. Syaratnya, hubby kena sabar dan rajin." Celah Sakinah.

   "Itu je? Senang.." Naim memandang remeh syarat yang diberikan Sakinah.

   "Dan hubby kena hafal Quran jugak. Setiap Subuh, Maghrib dan Isya, hubby jadi imam. Sweetie nak dengar bacaan hubby." Tambah Sakinah.

   "Baca dalam solat?!" Naim berubah gelabah. Sakinah membuat muka selamba. Sengaja dia ingin mencabar suaminya itu.
   "Okay, I take your challenge!!"

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous