Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

   "Sweetheart," Seru Naim apabila mereka berdua menghadap makanan. Sakinah terhenti daripada menyenduk nasi.
   "Yes..?"

   "Boleh tak pergi mandi dulu?"

   "Hah?! Kenapa?" Sakinah hairan. "Sebab bau bawang?"
   "Eheh.." Naim menahan gelak melihat Sakinah mencium baunya sendiri. "Tak la.. cuma lepas mandi kan nampak segar..?"
   ". . .  Okey." Sakinah mengalah. Dia bergerak mencapai tuala.

   Naim menutup hidangan. Dia mengeluh. Hampir sahaja dia menitiskan air mata jikalau isterinya itu tidak bertindak comel di hadapannya tadi. Sakinah tertanya-tanya. entah masalah apa yang dihadapi Naim sehingga suaminya itu lain benar dari biasa.

*****
   Mana sweetheart ni? Naim tertanya-tanya. Dengan mulut yang dipenuhi kerepek kentang, dia meninjau-ninjau ke dapur. Ternyata Sakinah tiada di situ. Sayup-sayup kedengaran suara Sakinah. Naim menutup televisyen. Dia memicing telinga sambil tertanya dengan siapakah Sakinah berbicara?

   Sakinah perasan kelibat Naim di pintu stor yang sudah dia kemaskan seeloknya. Serta-merta bacaannya terhenti.
   "Ada apa, hubby?"
   Naim menggeleng. "Rasa tenang bila dengar sweetheart baca Quran."
   "Tak nak baca ke? Rasanya, tak pernah dengar hubby baca Quran.."
   "Hm.. Ajarkan?" Soalan itu membuatkan Sakinah berkerut dahi. "Hubby dah lama tinggal Al-Quran. Tak tahu la tajwidnya elok lagi ke tak.."

   "Okey, Sakinah tengokkan.."

   Tidak lama kemudian, kedengaran azan berkumandang. Naim segera menutup mashaf Al-Quran yang mereka gunakan.
   "Cepat. Lepas ni kita ada hal penting.."
   "Hal apa?" Sakinah tertanya.
   "Hubby dah tak sabar nak makan sweetie.." Jawab Naim sambil tersengih nakal.
   "Astaghfirullah.. macam mana nak capai khusyuk kalau macam ni?"

*****
   Nikmat pernikahan itu sungguh meluas. Sesuai dengan sifatNya yang maha Pemberi. Al-Wahhab. Segalanya untuk hambaNya. Namun masih ada segelintir yang tidak mahu bersyukur. Lupa diri. Sehingga mengundang murka.
   Sakinah dan Naim meneroka nikmat itu. Seketika, Naim teringat akan Fahmi yang muncul di salonnya petang tadi. Dia tertanya-tanya betapa nikmat perkara yang dilakukan oleh Fahmi dengan kaum sejenisnya.

   Sakinah terasa sentuhan Naim itu. "Hubby!"
   Sakinah cepat-cepat berguling sehingga posisinya menghalang Naim menyentuhnya lagi. "Astaghfirullah, apa hubby cuba buat?!"

   Naim terkebil. Dia bertanya kembali, "Apa yang hubby buat?"

   "Hubby teringin nak buat liwat, kan? Bertaubat la, hubby. Jangan biar nafsu berleluasa dalam hati hubby..!"

   "Liwat? Ahhaha! Macam mana hubby boleh liwat isteri hubby sendiri..?" Naim terasa kelakar dengan pernyataan Sakinah.

   "Hubby.. Takrif liwat ialah memasukkan qubul ke dalam dubur. Rasulullah sendiri melarang para suami mendatangi isteri mereka daripada belakang.. Sakinah tak nak hubby berbuat dosa, sebab tu Sakinah halang tadi."

   "Oh, macam tu pun boleh?"

   "Tak boleh..!"

   "Okey, okey.. Hubby faham."


   Mereka terdiam. Memikirkan topik yang bagus untuk menutup topik pelik ini. Lama kebisuan menyelubungi, Sakinah akhirnya bersuara.
   "Hubby.. Sweetie teringin nak balik kampung hubby. Sweetie nak tengok tempat hubby membesar. Dan sweetie nak ziarah kubur arwah ibu. Dan Safiyah. Yalah, tak sempat jumpa at least dapat ziarah kubur pun okey jugak kan?"

   "Bagus jugak tu. Abang pun memang nak mengelak dari dia."

   "Dia? Siapa dia..?"

   Naim mengeluh. "Fahmi. Dia datang salon petang tadi. Dia lah boyfriend hubby."

   "Oh, sebab tu la hubby murung je. Terserempak bekas kekasih rupanya. Haha!" Sakinah terus tertawa.

   "Sweetie..! Kenapa gelak??"

   "Tak.. Bukan.." Sakinah terhenjut-henjut menahan tawa. "Sweetie cuma gembira. Hubby murung bukan sebab sweetie rupanya. Sweetie gembira sangat." Sakinah masih tertawa. Geli hati dengan dirinya sendiri yang memikirkan Naim sudah tidak mahu bersamanya. Dia senang Naim berkongsi masalah dengannya.

   "Sudah la. Sweetie memang sengaja nak buat hubby marah kan?!" Naim menarik selimut, pura-pura merajuk.
   "Hubby.." Sakinah mula memujuk.

Seminggu kemudian, Kampung Hilir Sungai.
   'Memori...'
   Naim memandang keluar tingkap bilik yang menghadap belakang rumah. Di situlah tempat di mana Safiyah selalu bertekak dengan ibunya mengenai dirinya.

   "Assalamualaikum..!"

   Naim tersentak mendangar suara yang kuat melaung dari luar rumah. Dia segera keluar melihat gerangan tetamu itu.
   "Waalaikumsalam.. Masyitah?"

   "Wah, betul lah abang dah balik..!"
   Masyitah naik tanpa dijemput dan terus memeluk Naim.


   Sakinah terkejut melihat suaminya berpelukan dengan perempuan yang tidak sikenalinya. Dia cuba mengikis sebarang prasangka. Sakinah meletakkan air yang dibancuhnya ke atas meja. Bimbang jika berlama air itu akan jatuh ke lantai.
   "Hubby, air dah sedia. Jemputlah tetamunya minum."

   Naim dan Masyitah tersentap. Masyitah segera melepaskan pelukan. Dia melihat ke arah pemilik suara yang tak dikenalinya itu.
   "Cantiknya.." Ujar masyitah tatkala bresalaman dengan Sakinah.
   "Tadi ayah cakap abang ada bawak balik perempuan. Tak sangka cantik macam ni."

   Sakinah terkedu. Perempuan itu menyapa dengan mesra sekali.

   "Er.. Sakinah,. Ini sedara hubby. Adik Safiyah." Naim memperkenalkan.
   "Oh..Nama akak, Sakinah.. Saya Masyitah. Akak ni cantik lah.. Akak tahu gunting rambut jugak ke?"
   Soalan bertubi-tubi dari Masyitah membuat Sakinah terkedu.

   "Dia ni peramah.." Naim menjelaskan.

*****

   "Abang Naim, mak kirim salam." Ujar Masyitah setelah dia bertenang dan menghirup sedikit teh yang dibancuh Sakinah.

   "Waalaikum salam." Balas Naim. Dia duduk di tepi pintu menghadap tangga. Melayan perasaannya sendiri.

   "Abang lama ke dekat sini?" Tanya Masyitah.

   "Entah." Balas Naim sepatah.

   "Abang nak bukak salon kat sini pulak ke? Hari tu duit Kak Yah RM500 dah buat salon kat KL, kan? Becok mulut Masyitah bertanya.

   Naim tertunduk. Masih sedih mengingatkan kematian Safiyah.
   "Abang cuma ambil RM50 untuk salon. Selebihnya abang dah serah semula masa kenduri arwah hari tu."

   "Oh.." Masyitah sedar perubahan wajah Naim. Dia mencari topik lain untuk dibicarakan.
   "Macam mana Kak Sakinah boleh jumpa Abang Naim? Korang bercinta eh? Siapa suka siapa dulu? Abang Naim baik tak dengan akak? Ke dia nakal??" Masyitah mengusik Sakinah.

   "Ita, boleh senyap tak!? Kitorang dah kahwin, tak payah la banyak tanya..!" Marah Naim. Dia terus melangkah masuk ke bilik. Pintu dihempas kuat.

   "Uih, marahnya.." Masyitah sedikit terkejut dengan reaksi Naim.
   "Macam akak boleh berkahwin dengan abang??"

   "Ibu akak yang pilih dia." Sakinah tersenyum nipis. Dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan pernikahan mereka yang bermula dengan kacau-bilau itu.
   "Masyitah, bercinta lepas kahwin itu perkara yang manis tau. Ingat tu."

   "Wah, bercinta lepas kahwin.." Masyitah teruja mendengarnya. Seketika pandangannya terarah ke luar. "Nanti Ita nak dengar cerita akak. Akak mesti cerita tau. Ita terpaksa balik sekarang. Nanti ayah mengamuk pulak kalau Ita balik lewat."
   Masyitah terus menaiki basikalnya dan pulang setelah bersalaman dengan Sakinah.

   Sakinah memasuki bilik. Dia mendapati Naim masih lagi merenung ke luar jendela. Seperti ada yang mengganggu.

   "Hubby.. Kenapa hubby marah Masyitah macam tu, tadi? Ada apa-apa yang sweetie tak tahu ke?"

   "Sweetie, tengok sini.." Naim menunjukkan ke arah dinding di luar bilik mandi bersebelahan stor. "Tu, nampak tak dindingnya berkarah merah?"

   Sakinah hanya mengangguk.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous