Fitrah Cinta
9 January 2025.
"Kalau kau rasa kau cool sangat, kau try si Ain tu!" Cabar Khairul.
"Haah, budak tu, jinak-jinak merpati..!" Tambah Ahmad pula.
"Eleh, aku ni Naim lah.. Ultra-cool-man!" Naim perasan sendiri. Khairul dan Ahmad pula pura-pura muntah.
Naim bertindak pura-pura terlanggar gadis berudung biru bidang 60 yang menjadi rebutan sahabat-sahabatnya.
"Eh, maaf. Biar saya kutipkan.." Naim menghalang Ain mengemas barang-barangnya yang jatuh akibat hentakan tubuh Naim ke atas tubuhnya. Ain sekadar membiarkan perlakuan Naim.
"Terima kasih.." Ujar Ain tatkala barangnya dihulur.
"Awak ni comel la.." Naim memulakan bicara. Ain terssenyum simpul lantas melarikan diri. Dia malu. Itulah kali pertama dia didekati dan dipuji sebegitu oleh mana-mana lelaki sebelum ini. Hatinya terusik.
"Ain, buat apa kat situ!?" Ain tersentak dengan panggilan Alia. "Cepat la, kelas dah nak mula!!"
Salam, Ain kan? Saya Naim.. dapat number awak dari kawan..
"Ai, tak balas pun.." Naim mula mengakui kata-kata Ahmad tempoh hari. Gadis ini benar-benar jinak merpati.
"Mengaku kalah je la.." Usik Khairul.
"Kau takkan dapat dia.." Sampuk Ahmad pula.
"Bagi aku dua bulan." Naim yakin.
"Aik? Biasa sebulan je.." Khairul memprsoalkan Naim.
"Ini special case.."
*
"Macam tu je hubungan kitorang sebenarnya. Hubby cuma nak bersuka-suka je masa tu. Tapi dia anggap serius pulak. Malas la nak cerita, yang penting lepas tu kitorang dah tak contact lagi dah.. Hubungan tu bertahan tiga bulan je pun..."
"Tiga bulan je? Hubby tak cinta kan Kak Ain langsung ke?"
Naim menggeleng.
"Dah tu, kenapa hubby kacau Kak Ain lagi.. sampai kita boleh kahwin..?"
"Oh, sebab dia memang wish birthday setiap tahun.. Hubby just ambil kesempatan sebab masa tu adalah masalah dengan.. uhm, you can put it as.." Naim terdiam seketika sebelum dia menghabiskan ayatnya. "Boyfriend."
"Boyfriend?"
12 Mac 2032.
"Fahmi, we need to talk." Setelah seminggu Naim cuba mengelak daripada berjumpa Fahmi, akhirnya dia sendiri yang mengakhiri semua itu.
"Cakap je lah. Ayiem yang lari dari Amy. Sampaikan sanggup nak pindah bilik semua.." Fahmi bersikap dingin. Dia terasa hati dengan perlakuan Naim.
"Fahmi, aku.." Naim ragu-ragu. Dia tahu kata-katanya selepas ini akan mengubah seluruh hidupnya.
"Ada apa, Ayiem..?"
"Aku.. sebenarnya.."
"Yes?" Fahmi bosan menunggu.
"Aku.. Aku.."
"Isy, cakaplah cepat..!" Fahmi melenting.
"Aku rindukan kau!"
Naim menelan liur. Dia tidak sanggup memikirkan reaksi Fahmi sebentar lagi.
Fahmi terkesima. Otaknya masih memproses apa yang diperkatakan oleh Naim tadi.
"Do you mean it?"
Lambat-lambat Naim mengangguk.
"Wah, betullah you sayangkan I, ya Ayiem.." Fahmi memeluk dan mencium pipi Fahmi. Naim tidak dapat bertahan lagi. Dia menarik wajah Fahmi mendekat dan menciumnya.
Fahmi terharu, dia menarik Naim terus ke bilik mereka. "Jom!"
Pintu bilik ditutup. Naim terpinga. Dia tidak faham apa yang membuat Fahmi begitu teruja.
"Ayiem sayang kan Amy kan?" Ujarnya sambil membuka baju.
" I.. do." Naim masih bingung.
"Sekarang Amy nak Naim buktikan."
Fahmi membuka baju Naim pula. Naim memahami fikiran kotor Fahmi. Dia naik loya dan terus pitam.
*
Lepas hari tu, hubby terus berhenti kolej dan balik kampung. Hubby nak lupakan semua tu. Hubby juga nak selesaikan hal antara hubby dengan mak.
20 January 2032.
"Mak Mah, Abang Naim potong rambut cantik lah.. Mak Mah biar la Abang Naim bukak kedai. Mesti ramai yang datang. Kaya Mak Mah nanti.." Pujuk Safiyah.
Sejak dahulu lagi dia hanya mempercayai abang saudaranya itu untuk memotong rambutnya. Dia tidak pernah lagi ke kedai untuk menggunting rambut sejak di Tahun Dua sekolah rendah.
"Aku hantar abang kamu ke bando tu untuk belajar jadi doktor. Setakat kerja gunting rambut tu, berapa yang dia boleh dapat?" Sanggah Mak Mah.
Naim diam sahaja. Sudah muak dengan perbalahan yang sama setiap kali.
"Mak Mah.. bagi la Abang Naim peluang. Biar dia bukak kedai.."
"Takde! Aku nak dia kahwin cepat. Kalau dia tak carikan menantu yang sepadan, jangan harap aku nak redha dia jadi tukang gunting..!" Bentak Mak Mah sebelum dia masuk ke rumah meninggalkan Naim dan Safiyah di belakang rumah.
"Safiyah, kau ada duit tak?" "Senior abang nak bukak salon kat KL nun. Dia ajak abang jadi partner dia tapi kitorang tak cukup modal. "Pinjam duit kau RM50. Nanti abang ganti balik.."
"Tak payah la bang.. Abang nanti datang rumah, Yah bagi duit tu. Abang tak payah ganti. Yah cuma nak pastikan abang berjaya capai cita-cita abang dan tak sia-siakan duit Yah." Balas Safiyah sambil membetulkan rambutnya.
Naim mengambil keputusan untuk mengikut Safiyah ke rumahnya. Setelah menunggu beberapa minit di luar rumah, Safiyah keluar semula menyerahkan sepucuk sampul coklat kepada Naim.
"Wah, tebalnya..! Ada berapa kat dalam ni?"
"Abang guna je semua. Nanti-nanti kalau abang berjaya, Safiyah juga yang tumpang bangga. Kan?"
Naim terdiam. terharu dengan pertolongan adik saudaranya yang masih belajar di Tingkatan Empat itu. Sejak kematian ayahnya dua tahun yang lalu, Safiyah lah orang yang paling rapat dengannya.
"Terima kasih, Yah."
Naim menaiki motornya, bersedia untuk pulang.
"Abang.." Naim terhenti. "Jangan lupa cari bini. Biar sejuk hati mak abang tu. Berkat hidup." Pesan Safiyah.
Naim hanya mengangguk. Serba salah dengan dirinya sendiri.
*
"Eh, mana mak abang? Sakinah tak nampak pun mak abang masa kita nikah hari tu.."
"20 Mac, Safiyah dengan mak bertembung masa elak lembu tengah jalan. Tepat sehari sebelum birthday hubby, diorang berdua pergi. Itu sebab bila Ain mesej, hubby terfikir mungkin ini peluang untuk tebus dosa dekat mak.."
"Oh. Maaf, bang. Sakinah tak tahu.." Ujar Sakinah apabila melihat wajah Naim meredup.
"It's hubby, okay..!?" Marah Naim sambil memicit hidung Sakinah. Sakinah mengusap hidungnya yang memerah.
"Sorry..."
"Macam mana dengan sweetheart? Tak pernah couple ke?"
"Uhm? Tak, cuma masa sweetie dengan Abang Aliff ambil usuluddin dekat Jordan dulu.." Sakinah menguap kecil. "Ada orang meminang melalui abang.. Tapi ibu tak bagi kahwin, suruh habiskan belajar dulu."
"Oh, macam tu.."
"Jom lah tidur.. Sweetie mantuk la.." Sakinah menarik selimut.
"Mantuk?" Naim hairan mendengarnya. Dia memandang pelik ke arah Sakinah tetapi Sakinah sudahpun tertidur. Naim memandang jam di atas rak sebelahnya. 'Patut lah pun, dah pukul 1.15..'
*****
"Assalamualaikum!" Naim terus merebahkan badan ke sofa setelah dia mengunci semula pintu rumah.
"Waalaikum salam.." Jawab Sakinah dari dapur.
"Sweetheart buat apa tu? Meh sini!" Naim memanggil apabila Sakinah tidak muncul-muncul di sisinya seperti selalu.
"Maaflah, hubby.. Sweetie tengah potong bawang tadi.. Baru nak goreng.."
Naim menarik Sakinah ke dalam dakapannya.
"Hari ni makan apa?"
"Sup ayam."
"Itu je?"
"Ada sayur goreng sekali. Cukuplah untuk kita berdua." Balas Sakinah. "Hubby nak tambah apa-apa lagi ke?"
Naim tidak menjawab. Dia mengeratkan lagi rangkulan di pinggang Sakinah.
"Hubby, lepas lah.. Sweetie nak masak ni.." Sakinah lemas dengan pelukan Naim.
"Sekejap lagi. Please.."
Sakinah memandang wajah suaminya yang kelihatan redup. Dia menduga mungkin Naim punya masalah di tempat kerja.
Sakinah terasa bosan. Dia memicit-micit lengan Naim sambil berzikir.
"La ilaha illallah.. La ilaha illaallah.."
Hati Naim bergetar mendengar zikir itu. Dia melepaskan Sakinah dan terus bangkit menuju bilik air. Setelah itu, Sakinah ke dapur menyudahkan masakannya. Siap berhidang, Sakinah mengemas dapur sambil bernasyid.
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Naim yang berada di bilik mandi terasa hati. Matanya berkaca.
Tengah hari. Salon Effy.
Naim menjalankan kerja seperti biasa menggunting rambut pelanggan. Tiba-tiba datang seseorang yang juga mendatangkan gundah di hatinya.
"Hai, Ayiem.." Naim disapa lembut. Dia menahan perasaan lantas berpaling sambil memerli lelaki itu. "Waalaikumsalam."
"Hei, Ayiem. Sorry la Effy tak bagitau yang Amy nak datang.. Effy takut Ayiem marah dan tak bagi Amy datang sini. Sorry la Ayiem.." Pujuk Raffique apabila melihat Naim sudah melangkah ke bilik rehat.
"Ayiem! Sorry la.."
Naim menghalang Raffique di pintu bilik.
"Dia datang sini sebab aku ke sebab kau..?"
"Sebab... Ayiem."
P A N G !
Pintu dihempas betul-betul di hadapan muka Raffique.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment