Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

   "Arghh!"

   "Ayiem ni kenapa..? Tension je Effy tengok.." Tegur Raffique. Dia risau dengan sikap Naim yang berkerut dahi sepanjang pagi. Mujur tidak ramai yang berkunjung ke salonnya hari ini. Maklumlah, hari kerja.

   "Mimpi buruk!" Balas Naim kasar.

   "Ayiem mimpi apa? Cuba cerita dengan Effy yang cute ni. Mana tahu Effy boleh tolong.."

   "Tak boleh blah ayat kau!!" Cemuh Naim, muak dengan rakannya yang perasan cantik itu. tetapi rakan itu sahajalah yang boleh dijadikan tempat meluah perasaan saat ini. Tiada orang lain lagi yang bisa membantu.
   "Malam tadi aku tidur awal. Then aku mimpi bini aku punya birthday party.Si Aliff gemuk tu tutup mata dia and suruh dia cari suami dia. Aku lah kan.." Naim menunjuk ke arah dirinya sendiri. "Sekali boleh pulak dia peluk mamat yang muncul dari planet mana entah. Hensem pulak mamat rambut tegak tuh. Aku marah la, cakap ' kau dah salah pilih la.' But then, Ain cakap 'layak la, jadi adik ipar. Sakinah, cerai je la dengan Naim tu. Nikah dengan dia ni.' Pasal tu la aku hot sangat ni.."

   "Tu cuma mimpi je kan..?" Tanya Raffique, menenangkan Naim yang sedang merengus seperti lembu jantan bermain Toro.

  "Ha'ah."

  "Eh, Ayiem? Bukan Ayiem suka ke kalau bercerai dengan Sakinah tu. Boleh kita bersama.." Raffique mula memasang muka gatal.

   "Banyak la kau!! Aku bukan macam kau, okey..!" Naim melenting. "Kalau kau nak terus dengan perkara macam ni, kau cari lelaki lain. Aku tak nak terlibat dengan gejala nyah macam kau!"

   "Eleh, berlagak! Isteri sendiri dibiarkan.." Balas Raffique sedikit provokatif. "Tapi Ayiem, sedih la.. Kenapa Ayiem clash dengan Amy?"

   "Dah la, jangan cakap pasal  ni lagi. Aku dengan Fahmi keparat tu, history. Kalau kau nak tahu sangat pergi tanya dia. Jangan sesekali ungkit pasal ni lagi!" Wajah Naim berubah sugul berbicara tentang ini.

   Raffique terdiam.

   "Weyh, aku takde mood lah nak kerja. Aku off lah  hari ni."

   "Potong gaji!" Tegas Raffique. Sengaja ingin menaikkan semula semangat suka berbalah Naim.

   "No sweat. Kalau kau tak cukup tangan kau call la. Aku dekat-dekat sini je. Nak destress.." Naim tetap begitu.

   "Um, whatever." Raffique tidak tahu lagi untuk memujuk Naim.

   Ketika melangkah keluar salon, Naim terpandangkan sepasang klip rambut berhias riben biru. Dia tertarik dengan rekaan comel klip rambut tersebut.
   "Hei, kalau aku ambil hair clip ni boleh tak?"

   "Suka hati Ayiem je. Bayar la! Ayiem fikir salon ni tak rugi ke kalau Ayiem pakai main ambil je stok salon ni. Ingat la, ini salon kita.."

   "Ya lah.. Yalah.. Esok aku bayar la.. Kedekut betul!" Naim menyimpan klip rambut itu ke dalam kocek bajunya. "Ciao..!"


   Naim mengunyah Cheezy Wedges lambat-lambat. perbalahan bersama Raffique tadi membangkit memori lalu. Kenangan bersama Fahmi menjengah ke ruang ingatan.

Januari 2032
   "Korang pakai benda alah ni, best ke?"

   "Ayiem.. Mesti la best. Tengok ni.. Amy nampak lawa, kan?"

   "Stop calling me Ayiem!" Tegas Naim. "Amy, aku tahu kita belajar jadi hairstylist tapi perlu ke kau jadi macam ni? Aku tak nak orang pandang kau hina.. Fahmi, stop doing this. Okay?"

   "Ayiem sayang Amy jugak, eh?" Tanya Fahmi sambil menayang wajah serupa kucing miang.

   "Sebagai manusia, memang aku sayang kan kau." Balas Naim dengan erti kata sayang yang berlainan.

   "Alah, mengaku je la.. Sebab Amy pun sayang Ayiem jugak..." Fahmi tiba-tiba mendekat dan mengucup bibir Naim.

   "F A H M I ! ! !"
***

   'Yang peliknya, lepas dari tu aku pulak yang addict dengan ciuman dia.. Isy isy iy.." Naim menggeleng sambil menyuap sepotong lagi Cheezy Wedges ke dalam mulutnya.
   "Eh?" Mata Naim membuntang. Dia ternampak Fahmi di kaunter.
   "Speak of the devil." Naim mengalih katalog berdiri ke hadapannya. Ekor matanya menjeling ke arah Fahmi. "Bila masa pulak lah dia balik Malaysia? Bukan dia dekat France ke sekarang ni..?"

   Henfon Naim menjerit minta diangkat.
   "Helo?"

   "Ayiem, customer jadi ramai la.. Tolong Effy please.."
   "Okey, aku dekat KFC ni. Kejap lagi aku sampai." Naim memutuskan talian. Kotak berisi Cheezy Wedges ditarik bersama.
   'Huh, selamat. Aku tak nak jumpa dia!' Detus hatinya.

*****

   "Abang dah balik..?"
   Sakinah masih menyambut Naim dengan headband di kepalanya. Naim tetap tidak memberi respon atas usaha Sakinah itu.

   Selesai makan, Sakinah mengemas dapur sementara Naim duduk menghabiskan airnya. Naim meletakkan cawan ke dalam sinki. Tiba-tiba dia menarik headband Sakinah.

    "Jangan pakai ni lagi." Tangannya menyepit sesuatu ke kepala Sakinah sebelum menyambung, "hodoh..!"

    Naim terus mencampakkan headband Sakinah ke dalam tong sampah sebelum berlalu ke bilik air.

   "Hodoh?" Sakinah terasa dengan kata-kata Naim. Dia mencapai klip rambut yang disisipkan Naim di kepalanya. "Abang belikan hairclip biru. Comelnya.." Sakinah tersenyum sendiri. "Tapi tak patut lah buang hadiah Kak Ain.."
   Klip rambut disisipkan semula di kepala. Sakinah mengambil semula headband yang terletak di atas timbunan sampah yang lain. Dia mengibas-ngibas headbandnya. Bersyukur kerana headbandnya tidak kotor, Sakinah kemudian memakainya di leher.

   Naim keluar dari bilik air. Mandian hangat malam itu sungguh menyegarkan dirinya yang penat bekerja. Namun, darahnya tersirap. Marah kerana Sakinah masih memakai headband biru itu. Kaki kiri Sakinah menjadi mangsa sepakan percuma darinya. Dia terus beredar ke bilik. Telinga sempat menangkap suara Sakinah mengaduh dan berkata, "apa salah ana..?"

   Sakinah melihat Naim pergi. Langsung tiada rasa simpati dengan kesakitan yang menjalar ke pehanya. Dia berasa tertipu. "Hipokrit! Sengaja nak main-mainkan perasaan orang.."
   Klip rambut ditanggalkan. Air matanya bercurahan.



   Malam itu, Sakinah masuk awal ke bilik. Dia terasa ingin tidur awal untuk menghilangkan rasa sakit ini. Namun, setelah disapu minyak, rasa mengantuk tidak juga hadir biarpun mata sudah dipejam. Rasa sakit menyerang lagi. Tiba-tiba air matanya mengalir. Hatinya sungguh sedih dengan peristiwa tadi. Dia menangis dan terus menangis. Jiwanya dihantui pelbagai soalan.
   "Kenapa abang buat macam tu?"
   "Siapa ana di hati abang?"
   "Kalau dia tak suka, kenapa dia kahwin dengan ana?"

   Sakinah hampir tertidur ketika Naim membuka pintu untuk masuk ke bilik. Sakinah memejamkan mata, berpura-pura tidur di hadapan Naim. Tiba-tiba kepalanya terasa diusap.
   "Kenapa kau tak boleh jadi seperti apa yang aku inginkan? Kalau macam ni, macam mana aku nak bukak hati aku untuk cintakan perempuan.." Kepala Sakinah diusap lagi. "Kau memang comel, tapi.. Maafkan aku." Satu ciuman singgah di kepala Sakinah.
   "Selamat malam,  si comel.."

   Sakinah membuka mata. Dia tidak dapat mempercayai apa yang didengarinya. Pipi diusap. Masih terasa hangat tangan lelaki itu. Seketika leher Sakinah kurang selesa. Dia meraba kolar bajunya. Eh? Dia menjatuhkan pandangan ke arah itu. Pin rambut yang ditinggalkan di tepi sinki tersemat elok. Sakinah berpusing menghempap tubuh suaminya.

   "Apa maksud abang dengan tapi?"
   "Kenapa abang belikan klip ni untuk ana?"
   "Kenapa ana kena sepak?"
   "Kenapa abang setuju berkahwin dengan ana?"

   Soalan bertubi-tubi menyinggah telinga. Naim terkejut dengan perlakuan Sakinah. Lebih mengejutkan lagi apabila air mata Sakinah menitis di wajahnya. Naim cuba bangkit menghadap wajah Sakinah.
   "Kau ni kenapa?"

   "Jawablah, siapa ana di hati abang..?!" Sakinah menolak tubuh Naim kembali terbaring.

   Naim terdiam. Terkedu dengan soalan itu. Sekektika kemudian dia tersenyum penuh makna sambil menarik Sakinah mendekati wajahnya. "Kau, bini aku. Selamanya."

   "Jadi kenapa abang sepak ana tadi? Sakit tau tak?! Sakit.." Sakinah menangis lagi. Dadanya kian sebak.

   P A P !
   Sakinah ditampar perlahan. Tangan Naim masih melekat di pipi. Sakinah terdiam biarpun tamparan itu tidaklah menyakitkan.

   "Sebab kau selalu buat apa yang aku tak suka. Kau panggil aku abang macam kau panggil si Aliff tu. Aku tak suka la. Dan jangan nak ber ana-ana depan aku. Bajet alim la? Mentang-mentang aku tak sekolah agama.." Tangan Naim beralih mengusap pipi Sakinah sebelum dia menarik headband yang masih tergantung di leher Sakinah.
   "Kau jangan la pakai headband ni lagi. Kau mengingatkan aku dekat Fahmi. Dah la aku baru nampak dia petang tadi. Aku tak nak buat benda jijik yang dia ajak dulu tu. Aku tak nak.." Suara Naim berubah sayu.

   Melihatkan keadaan Naim seperti itu, Sakinah menangis lagi. Tubuh Naim dipeluk erat.
   "Maafkan Sakinah sebab tak pernah tanya perasaan Naim selama ni.. Sakinah asyik fikir tentang diri Sakinah je.. Sakinah tak pernah ambil tahu tentang kisah hidup ab.. Naim sebelum ni.. Maafkan Sakinah.."

   "Hoi, hoi.. Selamba kau je nak panggil nama aku camtu." Naim menolak bahu Sakinah. Sakinah masih tidak mahu melepaskan pelukan. "Panggil la hubby."

   "Hubby?" Sakinah mengangkat muka.
   "Yes sweetheart.." Balas Naim. Dia memang sudah memikirkannya sejak Sakinah di hospital.

   "Kenapa mesti Bahasa Inggeris?" Sakinah sedikit tidak puas hati.
   "Sebab hubby tak belajar Bahasa Arab macam sweetie.."
   "Oh, sorry.. hubby.."

   Naim tersenyum senang.



  "Hubby.. May I ask you about your past? Ceritakan lah.." Sakinah mengambil tempat di sebelah Naim.

   "Why must I?"

   "So we can create a brighter future..!" Sakinah tersenyum.

   Naim mengeluh.
   "Apa yang sweetie nak tahu?"

   "Um.." Sakinah berfikir sejenak. "Macam mana hubby boleh jumpa Kak Ain? Macam mana boleh clash? Kalau tak clash mesti dah bahagia dengan Kak Ain kan? Takde lah jumpa Sakinah.."

   "Eh, mana pulak macam tu.. Hubby dengan Ain cuma cinta monyet je.. Cinta buta.."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous