Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

8 Ogos 2032.
   "Dah seminggu aku biarkan dia dekat hospital tu.. Hurm.. aku patut jemput dia dengan senyuman. Harap-harap dia pun tersenyum tengok aku.." Naim mengomel sendiri sambil membetulkan rambut di hadapan cermin. Bersiap untuk melangkah keluar rumah.

   Naim berasa gembira. Seminggu dia tidak menemui isterinya itu. Dia takut akan menyakiti wanita itu lagi. Naim tekad berubah. Seminggu ini, dia telah menghabiskan masa membaca buku tazkirah isterinya yang dijumpai di bilik. Biarpun 70% buku itu ditulis dalam Bahasa Arab, namun banyak juga mutiara hikmah yang diambil daripada tulisan Sakinah itu.


   "Assalamualaikum, dah sedia nak balik..?" Sapa Naim ramah.

   "Abang.." Sakinah menyalami suaminya. Wajahnya tampak muram. Entah apa yang difikirkannya.
   "Semua dah siap.."

   "Oh, jom lah.." Senyuman Naim mati. Moodnya berubah apabila melihat wajah Sakinah begitu.

   Sakinah murung sahaja. Tiada sekuntum senyuman pun yang dihulurkan. Sepanjang perjalanan, mereka diselubungi kebisuan. Naim kehilangan kata. Sakinah pula tenggelam dalam zikir. Tanpa sedar, Naim mengeluh.


   Sesampainya di rumah, Naim meletakkan beg baju isterinya di tepi kabinet TV. Dia duduk di sebelah Sakinah yang sedang berdiri di depan sofa sambil membuka tudungnya. Naim menarik Sakinah jatuh di atas sofa dan menolaknya berbaring sehingga dia kini berada di atas wanita itu. Mengelus lembut wajah indah milik isterinya.

   Sakinah terkejut. Jantungnya berlari kencang, sekencang larian mereka yang berada di tanah Gaza. Posisi Naim menghalangnya untuk bangun. Muka Sakinah mulai memerah melihat wajah lelaki itu terlalu rapat dengan wajahnya.
   "Abang.. ana masih haram solat."

   Naim terhenti. Dia bangkit berfikir sebelum masuk ke bilik meninggalkan Sakinah. Wajahnya kelihatan mencuka.

   Sakinah duduk tegak di atas sofa. Nafasnya jadi tidak teratur kerana malu. Entah apa yang difikirkan Naim, melakukan hal seperti tadi.
   'Seminggu ni, abang rindukan ana..?'


   Naim membawa gunting keluar dari bilik. Dia menarik rambut Sakinah kasar. Dalam marah, dia bertanya

   "Kau tahu tak aku sayang siapa sebenarnya?"

  Air mata Sakinah keluar dari tubir matanya menahan sakit. Kekeliruan berganda menghalangnya untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan Naim.
   Naim menggunting rambut Sakinah secara rawak. Kemudian dia bertanya lagi, "kau tahu tak apa tempat kau pada aku?"
   Sakinah tidak menjawab. Membuatkan Naim bertindak menggunting lagi rambut yang ditariknya.
   "Kau tahu tak kenapa aku buat kau macam ni..?"

   "Sebab ana tak dapat jawab soalan abang.. Ana tahu abang marah, ana minta maaf.." Jawab Sakinah cemas. Dia tidak mahu Naim merosakkan lagi rambutnya dengan guntingan tak seberapa itu.

   "Hmph, tahu pun!" Naim melepaskan gunting ke atas meja.
   "Dah, masuk bilik!" Arah Naim sebelum dia ke dapur.

   Sakinah melihat ke arah rambutnya yang bersepah di lantai.
   "Ya Allah, najis..." Air mata bercucuran ke lantai  mengingati hukum memotong rambut sewaktu berhadas.

   "Redha lah, Sakinah.. Ikut kata suami..." Sakinah memaksa diri, melangkah longlai ke dalam bilik.

   Sakinah berbaring di katil, berselimut sambil menahan tangis. Sakit di hati, cuba dibuang jauh-jauh.

   Naim muncul membawa semangkuk bubur sayur. Dia duduk di birai katil menghadap Sakinah. Setelah ditiup bubur yang masih panas itu, dia menyuakan sesudu ke mulut Sakinah.
   "Bukak mulut. Aku masak sendiri nih.."

   Sakinah menurut dalam keliru. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Ah, ana tak dapat tahan..

   "Eh, asal nangis..? Panas sangat?? Aku ambilkan air.." Naim meletakkan mangkuk bubur di atas rak bersebelahan katil. Dia terus keluar mencari segelas air.

   Sakinah masih keliru. Keliru menerima layanan ini. Naim melayannya seperti anak kecil, sedangkan sebentar tadi nyata wajah berang lelaki itu. Air matanya terus mengalir. Dia tidak tahu untuk berfikir apa tentang ini.

*****
    Sakinah terasa lebih segar setelah dia selesai mandi wajib. Dia melihat sekeliling rumah. Berselerak. Sakinah hanya tersenyum hambar. Rambutnya yang bersepah di lantai dikutip dan ditanam di dalam pasu bunga di hadapan rumah. Sedang dia mengemas buku-buku dan majalah di ruang tamu,  Sakinah terjumpa sebuah buku berwarna biru. Muka hadapannya bertandakan X dengan pen marker merah.

   Biru . Sungguh menarik hati . Mungkin dia memang orangnya . Betul ke pilihan aku ni ?

   "Eh, ini macam diari. Tak elok la kalau ana baca.." Sakinah meletakkan buku itu di atas TV. Dia tidak mahu menceroboh hak privasi Naim. DIa tidak mahu menjadi isteri yang sebegitu. Sebaiknya dia terus bertanya dari hati ke hati.

   "Abang Naim suka warna biru..?"

   Sakinah berkira-kira. Dia membuka almari pakaian. Betullah, dia tidak memiliki apa-apa baju berwarna biru. Kebanyakan bajunya hanya berwarna coklat atau peach.

   P A P !

   "Aduh, ya Allah!" Sakinah melatah. Sebuah kotak bercorak beruang comel dengan saiz muat dua tapak tangannya jatuh mengenai kepala.
   "Apa ni..?" Sakinah melihat isi di dalamnya.

   "Headband biru?" Sakinah berfikir sebentar. "Oh! Ini hadiah daripada Kak Ain..! Hadiah sempena perkahwinan hari tu." Sakinah tersenyum sendiri. Alhamdulillah...


   Sakinah memakai headband hadiah Ain kepadanya. Dia ingin menyambut Naim pulang selayaknya seperti pasangan suami isteri. Malangnya, Naim tidak memberi sebarang respons.

   "Masak apa hari ni?"

   Sakinah terkedu sebentar.
   "Abang... nak makan?"

   "Tak lah! Sebab tu aku tanya.."

   Naim merengus. Tualanya disangkut ke bahu sebelum dia berlalu ke bilik air.
   Sakinah tersenyum senang. Sudah lama Naim tidak menjamah masakannya.


   Selepas Maghrib, mereka menonton televisyen bersama. Sakinah duduk tegak di sisi Naim. Kekok rasanya berdua begitu.
   Tiba-tiba Naim menarik lembut rambut Sakinah yang tidak lagi sama panjang akibat guntingan Naim beberapa hari yang lalu. Sakinah berdebar.

   "Kau boleh solat..?"

   Tergamam dengan soalan mendadak Naim, Sakinah hanya mengangguk.

   "Hm.. ikut aku."

   Sakinah hanya mengikut sahaja Naim yang menarik tangannya ke bilik stor. Hatinya tertanya-tanya.

   "Kau tak rasa nak gunting rambut ke?"

   "Abang izin kan ke? Ana ikut je."

   Naim naik menyampah dengan kesopanan Sakinah.
   "Duduk situ diam-diam." Katanya sambil mencapai gunting di kabinet berdekatan.


   Rambut Sakinah yang separas pinggul habis dipotong Naim. Rambut yang sudah 10 tahun disimpan panjang dipotong pendek begitu sahaja oleh Naim. Bahkan lebih pendek berbanding rambut yang digunting secara rawak tempoh hari. Sakinah terasa ingin menangis. Sedih melihat rambutnya bertaburan di lantai. Buat seketika, dia menggigit bibir bawah. Menahan perasaan.

   "Suka?" Tanya Naim sambil menunjukkan wajah baru Sakinah di dalam cermin.

   Sakinah tidak sanggup melihatnya. Dia menunduk.
   "Asalkan abang suka."

   Mendengarkan itu, Naim terus meninggalkan Sakinah sendirian.
   "Kemas bilik ni!"


   Sakinah menangis di tikar sembahyang. Apa yang berlaku sebentar tadi benar-benar menimbulkan satu persoalan di hatinya. Batinnya menjerit. Keliru dengan sikap Naim yang sentiasa berubah-ubah. Seperti dia pula yang baru keguguran.
   Sakinah mencapai Al-Quran kecil miliknya. Dia melupakan Naim yang sedang leka menonton televisyen di luar. Keputusannya untuk solat di bilik stor ini setelah siap mengemasnya merupakan keputusan yang baik. Dia tidak perlu menghadap wajah Naim yang memberi masalah kepadanya. Al-Quran terus menjadi peneman.

   Sakinah masuk ke bilik. Sempat dikerling jam di ruang tamu yang menunjukkan tepat jam 1.00 pagi. Sakinah berdiri sebentar di tepi katil. Naim sudah menguasai ruang sehingga sukar untuk dia mencari tempat melabuhkan diri. Sudahnya, dia menyelit di bawah ketiak Naim. Dia lebih rela begitu daripada tidur di luar bertemankan bunyi jam berdetik.
   Naim berkalih tiba-tiba. Membenarkan Sakinah mencari ruang keselesaan. Sakinah mengucap syukur di dalam hati. Kemudian Naim berkalih lagi, memeluk dirinya. Sakinah tergamam.

   "Stupid! Kau dah salah pilih.."

   Sainah terkejut. Dia menyeluruhi wajah Naim. Takut-takut lelaki itu terjaga dan menghalaunya.

   "Apalah Ain..."

   Tidak lain tidak bukan, Naim sekadar bermimpi. Mimpi sehingga dia mengigau sendiri.
   Sakinah mengeluh. 'Mimpi Kak Ain ke? Entah bila ana akan mendapat tempat di hati Abang Naim..'

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous