Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

   Naim tersedar dari tidurnya. Salon tidak lagi meriah seperti selalu setelah notis menyatakan salon Muslimah tutup selama 2 bulan ditampal di pintu masuk Salon Effy. Disebabkan rindu yang memuncak, Naim bersendirian di dalam Salon Muslimah Sakinah sehingga dia tertidur sebentar tadi.

   "Yeah..! Diorang akan bercerai...!!"
   Naim tersentak mendengarnya. Suaranya yang cukup dikenalinya itu berasal dari luar bilik. Dia menguak sedikit daun pintu secara perlahan untuk mengintai perbualan hangat yang berlangsung di luar itu.

   "Tak lama lagi kita akan dapat apa yang kita nak. Cheers..!" Faiz mengangkat cawannya yang berisi teh lalu disambut oleh dua orang yang lain. Naim mengintai dengan lebih dekat. Dia tidak dapat melihat dengan jelas lelaki yang berada di sebelah Raffique.
   "Suara tadi macam..."

   "Tak sangka plan Ayish success.." Puji Raffique.
   "Idea apa yang wicked sangat tu? Success, eh..?" Suara yang mencurigakan itu kedengaran lagi.
   "Entah la kenapa Naim tu bodoh sangat. Aku cuma pura-pura betulkan zip seluar je kat depan bilik tu. Dia pulak yakin sangat yang kitorang berkhalwat kat dalam tu. All thanks to Sarah..! Haha!" Balas Faiz menjawab persoalan yang dilontarkan suara tadi. Naim mengetap bibir.
   "Hei, jaga sikit mulut tu! Ayiem tak bodoh!!" Suara itu tiba-tiba membela Naim.
   "Sabar, Amy..." Raffique menarik tubuh yang bangun berdiri itu duduk semula. "Amy jangan lupa janji Amy tau.." Sambungnya dengan suara menggoda membuatkan si empunya badan melenting.
   "Semuanya belum macam yang kita janjikan. Effy tu yang kena sabar!!"

   "Hoi!! Rupanya semua ni kerja korang..!" Naim menyergah. Dia tidak dapat lagi menahan perasaannya.
   "Aku dah agak kau ada kaitan dengan semua ni, Fahmi! patutlah kau boleh tiba-tiba muncul dekat KFC hari tu.."

   "Ayiem.. Kitorang boleh jelaskan..." Tergagap-gagap Raffique cuba menjelaskan.

   "Ah, takde! Aku tak nak dengar kata-kata munafiq macam korang.. Mulai hari ni, aku berhenti kerja!!!" Putus Naim dalam marah lantas beredar menaiki keretanya.
   Raffique dan Fahmi terpempan. Faiz tersenyum sumbing.

*****

wajib tekan
   Naim sekadar menghabiskan masa melihat pemandangan di dalam bangunan Suria KLCC. Hari ini bukan hari minggu tetapi bangunan itu tetap penuh sesak dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Nampaknya sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang.
   Naim melepaskan keluhan. Sudah dua hari sejak dia berhenti bekerja dengan Raffique. Dengan kelulusan SPM yang dimilikinya, dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya selepas ini. Dia belumpun memberitahu ibu mertuanya mengenai perkara ini. Naim mengeluh lagi.

   "Hei, Naim..! You kat sini? Tak kerja ke?"
   Satu suara menyapa. Naim mengangkat muka.
   "Oh, hai Julie.. Assalamualaikum." Naim memberi salam kepada wanita berbangsa Cina itu.
   "It's Juliana lah. Lupa ke..? Waalaikumsalam." Juliana menarik muka namun tidak lupa menyambut salam yang wajib dibalas itu.
   "Julie ke, Juliana ke.. Sama je..You tu lagi teruk, lupa bagi salam." Naim memberi paku buah keras. Moodnya tidak mengena hari ini.
   "Okay, my bad.." Juliana mengalah. Punggung dilabuhkan di sebelah Naim. "So, how's work? Dah lama tak nampak Sakinah. Where has she been actually? Siap cuti pulak tuh."

   "We had a fight and dia lari ke Jordan. Katanya dua bulan lagi baru balik."
   "Jordan?!" Juliana betul-betul terkejut.
   Naim sekadar mengangguk.

   "Rupa-rupanya semua ni conspiracy budak-budak gay tu untuk pisahkan kitorang. So, I quit my job." Ulas Naim.
   "Effy?" Naim menunduk. "Mana you tahu? Entah-entah you salah faham tak.." Juliana sekadar menginginkan kepastian.
   "I dengar live depan mata. They wanted us to be separated.." Balas Naim dengan nada kecewa.
   "They? Who?" Dahi Juliana berkerut hairan.
   "Him, Fahmi who loved me just like he did, and.. Faiz. Lelaki pilihan Abang Aliff."
   "Aliff?" Juliana tambah hairan mendengarnya.
   "It's hard to explain.."

   Juliana terdiam apabila Naim mula merengus dan mengusutkan rambutnya sendiri. Juliana faham, malah dia pernah mengalami situasi yang lebih teruk daripada ini.

   "So, what about work? Takkan nak tunggu Sakinah tanpa buat apa-apa? How will you live together when you dont have the money for it..?" Tanya Juliana setelah keadaan semakin reda.
   "Entah la.. I ada fikir jugak tapi..." Kekusutan berganda membuat Naim tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
   Mereka terdiam lagi.

   "Hei, dekat tempat kerja I ada satu kedai baru tutup. Apa kata kita sewa kedai tu and make it our salon?"
   "OUR salon?" Naim menekankan perkataan 'our'. Dia sedikit ragu dengan apa yang didengarinya.
   "Yes.. I suka dengan cut style Sakinah. So, I tanya la sikit-sikit macam mana dia belajar gunting rambut. I rasa I boleh tolong you menggunting rambut lepas kerja.."
   "What about your husband? And, bila masa you kerja?"
   Juliana tersenyum hambar. "Dah lama kami bercerai, you tak tahu ke? He's still a christian. Even my family pun dah buang I. Sebab tu la I kena kerja untuk sara hidup I. I harap dapat ambil anak I duduk dengan I."
    Naim terkedu. DIa tidak sedar akan status Juliana kerana mereka sudah lama tidak berbual. Dia tidak dapat membayangkan keadaan Juliana semasa dia baru memeluk Islam di bawah bimbingan Sakinah.

okeh. boleh tutup lagu.


   Naim pulang semula ke rumah ibu mertuanya dengan perasaan lega. Dia sudah menemui kerja yang baru. Tidak sia-sia dia melepak di KLCC dan bukannya pulang ke rumah sendiri tadi. Dia tidak perlu lagi menyorokkan status kerjanya daripada Siti Halimah.

*****
   Usai solat witir, Naim berbaring di atas katil bujang isterinya sama seperti beberapa hari yang lalu. Dia berfikir, entah apa yang dilakukan Sakinah saat ini di Jordan.
   Tangan yang sedari tadi terletak di atas perut, ditarik menyilang ke bawah bantal. Tiba-tiba dia tersentuh sesuatu yang keras dan sedikit kasar. Spontan dia bangun mengangkat bantalnya.
   "Diary?"

   Naim bingung sebentar. Bagaimana buku log bersaiz A5 yang berbalut kertas bercorak bunga kecil itu tersimpan elok di bawah bantal tempat dia tidur selama lapan hari tanpa dia sedari?
   Naim menggeleng, menyesali kejahilannya. Dia terus membuka buku tersebut biarpun sedar dia sedang mencerobohi hak peribadi Sakinah.

   Dia terus menyelak helaian pada buku tersebut satu persatu sehinggalah dia ternampak satu ayat yang menarik perhatiannya. Dia tekun membacanya.

29 September 2029.
   Musim bunga telah berlalu dan musim luruh pun tiba. Kata orang, musim luruh itu musim cinta. Mungkin benar kerana sekarang ini hati dipenuhi sejuta perasaan cinta yang sepatutnya hanya berikan kepada seorang lelaki bergelar suami.
Entah di mana silapnya sehingga hati ini jatuh kepada orang yang tidak sepatutnya. Ya Allah, aku tahu cinta ini hanya berlandaskan nafsu. Bantulah aku untuk mengatasinya, Ya Allah...

5 Januari 2030.
   Setelah dua minggu tidak melihatnya, akhirnya dia muncul lagi di tempat sama dia selalu duduk. Hati tertanya-tanya mengapa dia begitu setia duduk di situ biarpun hari begitu sejuk. Dengan nekad, kaki ini melangkah untuk bertanya terus kepadanya. Jawabnya, dia sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah. Sekolah Al-Falah itu kebetulan hanya berjarak 2 meter dari hostelku.
Hati ini sedikit lega mendengar bahawa dia sudahpun berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Namun, perasaan yang hadir empat bulan yang lalu masih lagi memenuhi setiap ruang di hati. Semakin hari semakin rindu untuk melihatnya. Dan pagi tadi, aku dengan berani meminta untuk bersahabat dengannya.
Dia tersenyum manis dan membalas, "bukankah setiap mukmin itu bersaudara?"
Ya Allah, hati ini semakin bahagia bila memikirkan aku akan mendengar kata-kata itu lagi hari esok. Ya Allah, hindarkanlah kami dari segala maksiat..

30 Ogos 2030.
   Abang Aliff sudah menempah tiket untuk pulang ke Malaysia. Tak lama lagi, kami akan berpisah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi. Sedih memikirkannya. Dia ialah rakan yang baik. Sangat gembira berbual dengannya dan setiap kali bertemu, pasti hati ini berasa terisi dengan tazkirah yang diberikannya. Aku rasa esok aku akan berterus terang dengan dia. Aku tidak mahu membawa pulang perasaan ini. Aku berharap dengan cara ini akan memudahkan aku untuk menghapus perasaan yang tidak benar ini. Ya Allah, hapuskan perasaan ini dari hatiku. Tingkatkan lah imanku agar aku dapat melupakannya dan terus hidup dalam redhaMu.

3 September 2030.
   Alhamdulillah. Semalam, kerana kurang yakin aku cuba meminta nasihat daripadanya tentang cara-cara untuk melupakan orang yang kita cintai. Dia berkata, "sesungguhnya cinta itu fitrah. Kalau sudah istikharah maka ceritakanlah perkara ini kepada wali. InsyaAllah, dengan menyerahkan urusan ini kepada mereka penyelesaian akan wujud. Lagipun, pada usia kamu, saya telahpun ada seorang anak."
Mungkin itu akan jadi tips berguna sekiranya tiba waktu untuk itu suatu hari nanti. Tapi kali ini lain. Jadi aku terpaksa berterus terang dengannya bahawa aku sudah jatuh hati padanya.
Aku fikir dia akan memaki atau menganggap aku pelik. Namun dia hanya tertawa. Dan tawa itu sungguh sopan bagai menggoda untuk aku jatuh hati padanya sekali lagi.
Dia menasihati aku supaya memikirkan semula apa yang membuatkan aku jatuh hati padanya. Dia mengatakan bahawa aku keliru dengan perasaan sendiri. Aku belum pernah jatuh cinta dan itu membuatkan aku tersilap menilai perasaan kagum sebagai cinta. Aku bukanlah mencintai dirinya, sekadar mengagumi dirinya.
Benar, sepanjang berada di dalam perut kapal terbang ini aku berfikir semula tentang kata-katanya itu. Dan semua kata-katanya tidak bercanggah sedikitpun. Aku sedar aku hanya kagum dengan suaranya yang merdu ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran itu. Wajahnya yang bersih dan comel, kesopanannya dalam berkata-kata, apatah lagi dia seorang yang sangat taat kepada Allah dan suami. Nampaknya, aku bersahabat dengan seorang teladan dalam menjadi seorang mukminah solehah dan juga seorang isteri mithali.
Alhamdulillah. Ya Allah, aku benar-benar bersyukur dengan pertemuan yang Kau aturkan dengan seorang wanita bernama Ummu Hani.

   'Dia pun pernah mencintai rakan sejenis..? Ceh!' Fikir Naim mengejek Sakinah. Hatinya benar-benar terbakar mengetahui Sakinah mencintai seseorang. Dia sedar dia tidak sepatutnya cemburu namun hati mana yang tidak terusik bila mengetahui isteri sendiri mencintai orang lain.
   Naim menyelak helaian kosong di sebelah catatan tadi. Dua helaian kosong itu hampir-hampir membuatkan dia berfikir catatan Sakinah sudah berakhir. Namun di helaian ketiga dia mendapati sebuah catatan yang baru sahaja dicatit 10 hari yang lalu.

17 November 2032.
   Lima hari lagi hari lahir aku. Aku dapat rasakan aku akan menyambutnya sendirian.
   Dua hari lepas aku bergaduh dengan Abang Naim. Betapa sakitnya hati bila dituduh curang sebegitu. Patutlah statistik perceraian di Malaysia sangat tinggi. Siapa yang tahan jika dituduh melakukan sesuatu yang tidak dia lakukan?
   Mungkin, Abang Naim juga sakit hati bila aku mengajukan soalan seperti itu. mungkin dia berasa aku menuduhnya melakukan perkara tidak baik dengan orang lain. Aku terlupa yang Abang Naim dipaksa melakukan liwat. Dia tidak pernah berasa suka diperlakukan begitu oleh seorang lelaki. Mengapa lah aku tidak bersangka baik dengan dia, suami aku sendiri?
   Abang Naim ada sebut nama lelaki itu semalam. Kalau tak silap nama itu jugalah yang disebut sebagai orang yang memaksa dia berliwat. Hubby, maafkan honey sebab bersangka buruk terhadap hubby. Ya Allah, ampunilah dosaku..
   Tadi, aku menulis surat untuk Abang Naim. Andai dia tidak datang menjemputku di sini esok, aku ingin ke Jordan. Aku tahu aku tidak layak untuk membuat keputusan seperti ini. Tapi, aku tidak sanggup untuk mendengar dia menjatuhkan talak bagiku. Biarlah masa memberi ruang untuk aku menyediakan diri. Lagipun, ini juga boleh menjadi peluang yang bagus untuk Abang Naim berfikir dengan baik samada dia masih perlukan aku atau tidak. Kata mereka, berjauhan boleh menerbitkan rindu.
   Aku boleh menumpang di rumah Ummu Hani. Masjid-masjid di Yarmouk juga banyak yang boleh aku pergi untuk mengisi bekalan iman dan ilmu. Aku harap Ummu Hani juga sudi untuk berkongsi ilmu rumah tangganya dengan aku. Aku juga boleh membantunya menjaga anak-anak. Wah, bagaimana agaknya Ahmad sekarang? Mesti semakin comel. Sudah dua tahun sekarang, rasa tak sabar pulak tiba-tiba.
   Khilaf atau pertelingkahan memang lumrah manusia, tetapi Rasulullah melarang daripada membiarkan pergaduhan berlarutan. Seperti dalam hadisnya,
“Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” 
“Barangsiapa memutus hubungan dengan saudaranya selama setahun maka ia seperti mengalirkan darahnya (membunuhnya)"
 Aku harap Abang Naim datang esok. Ya Allah, bimbinglah hambamu ini daripada melukakan hati suamiku.

   Naim kelu. Berjauhan mengajarkan kita erti rindu? Benar lah kata-kata itu. Kerana dia terasa berat untuk menghadapi hari esok. Satu lagi hari.. tanpa Sakinah.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous