Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

Salon Effy.
   "Kak Sakinah, ana rasa laparlah. Jom kita makan sama dekat KFC." Ujar Farihah.
   "Eh, Abang Faiz kan ada? Ana kena jaga kedai.." Sakinah berdalih.
   "Alah, pelanggan takde. Tutup je lah kedai.." Pujuk Faiz pula.
   "Akak, jomlah.. Ana belanja. Akak dah bagi ana gunting rambut free. Giliran ana pulak belanja akak makan. Akak belum lunch kan..?"
   Sakinah tidak dapat menolak lagi ajakan Farihah dan Faiz itu. Mereka keluar setelah Sakinah meletakkan sekeping nota di kaunter pembayaran.

   Di luar premis KFC, Sakinah ternampak kelibat Naim. Langkahnya terbejat melihat pipi suaminya diusap oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Bermacam-macam andaian merasuk fikiran.
   "Kak Sakinah, are you okay?" Tegur Farihah melihat Sakinah tertinggal di belakang.
   "Akak rasa.. tak sedap perut la. Akak balik dulu lah. Rehat dekat salon. Assalamualaikum." Bohong Sakinah sebelum dia terus meninggalkan dua beradik itu. Hatinya pedih. Air mata bercucuran.

*****
   "Alih tangan kau sebelum aku tumbuk muka kau yang cantik ni." Naim memberi amaran keras.
   Fahmi mengangkat tangan tanda mengalah. "Okey, Amy tak buat dah. Cuma.. story la masalah Ayiem. Amy tak sanggup tengok kawan Amy macam ni."

   Naim mengeluh. Pandangan beralih kepada jambangan bunga di atas meja. Fahmi menunggu kata-kata Naim. Nami mengeluh lagi.
   "Fahmi.. Aku rasa bini aku curang la."

   "Curang?!" Fahmi berpura-pura terkejut. "Isteri Ayiem?! Yang pakai telekung tu?!!"
   "Itu tudung labuh okey?! Bukan telekung!" Naim masih sempat mempertahankan Sakinah.
   "Okey, okey." Fahmi menenangkan Naim. "Amy tak rasa orang macam tu akan curang. Tak mungkin lah.. Salah faham kot.."
   "Yeah, maybe it really is a missunderstanding. Nanti lah aku tanya dia." Balas Naim sambil bangkit meninggalkan Fahmi. "Thanks, Mi."

   "Mie? Sweet jugak nama tu." Fahmi berkata sendiri. Dia masih belum berputus asa dengan Naim. Bunga mawar yang ditinggalkan Naim dicium. Fahmi benar-benar ditimpa angau.

*****
    Sejak tengah hari tadi, Sakinah belum berbicara dengan Naim. Naim juga seperti mengelak darinya. Sakinah menarik nafas. Dia harus segera menyelesaikan masalah ini. dia tidak mahu tidurnya terganggu dek masalah dunia.
   Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Sakinah berpaling menghadap Naim.

   "Hubby, petang tadi honey nampak hubby dengan kawan hubby. Honey harap hubby takde hubungan lebih dari tu dengan dia."
   Naim tidak memberi sebarang respon. Dia tetap berselubung di bawah selimut sambil membelakangkan Sakinah.

   "Hubby.. honey harap hubby tak kembali kepada maksiat liwat. Sesungguhnya liwat itu satu perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan sesiapapun sebelum kaum Nabi Luth yang telah ditelangkupkan tempat tinggal mereka. Sungguh pedih azab Allah bagi orang-orang yang menzalimi diri mereka."

   "Excuse me! Kitorang cuma berkongsi masalah je.." Naim berang, spontan dia bangkit menghadap Sakinah.
   "If so, how will you explain the roses..?" Sakinah menunduk. Suara dikawal sebaik mungkin supaya tidak mengikut perasaan yang bercampur baur antara marah dan sedih.

   "Eleh, entah-entah honey yang curang..!" Naim berdalih. Dia malu untuk menyatakan hakikat sebenar mengenai bunga yang dibelinya.
   "Me?" Sakinah terkejut dengan tuduhan Naim.

   "Yalah! Honey curang dengan Faiz keparat tuh..!"

   Air mata Sakinah gugur. Dia tidak tahan difitnah oleh suami sendiri. Kehilangan kepercayaan Naim membuatkan hatinya pecah berderai.
   "Honey tak sebut pun perkataan tu. Sanggup hubby tuduh honey curang?"

   "Yes, just the same way you did to me." Naim tetap mempertahankan egonya.

   "Honey tak pernah tipu hubby. Honey takkan buat perkara macam tu. Honey cuma tanya apa yang hubby buat dengan kawan hubby dekat KFC tu.. dengan bunganya, pegang-pegang lagi... Honey cuma nak tahu kebenaran. Tapi hubby.. hubby.." Air mata Sakinah mengalir deras.

   "So what? Aku dengan Fahmi cuma berbual sikit jer dekat tempat terang tuh. Kau pulak.. entah apa yang kau buat dengan laki tu dekat dalam salon Muslimah kau.. Lepas tu nak tegur orang pasal liwat pulak.. Dasar penzina!!"

   "Hubby!!" Sakinah tidak tahan mendengar tuduhan demi tuduhan yang keluar dari mulut Naim.

   "Kenapa? Kau nak marah aku balik? Kau tak puas hati dengan aku?" Naim berdiri mengambil beg yang tersusun di atas almari dan mecampaknya ke tubuh Sakinah. "Kalau kau tak puas hati sangat, kau ambil beg ni, sumbat semua baju kau, dan kau boleh berambus dari sini!"

   "Abang..." Sakinah menangis lagi. Dia tidak percaya Naim ingin menghalaunya dari rumah.

   "Keluarlah! Tunggu apa lagi?!"

   Sakinah menuruti kehendak suaminya yang sedang dilanda amarah. Hatinya remuk redam memikirkan sikap Naim menangani masalah salah faham ini. Sebelum melangkahkan kaki ke luar rumah, Sakinah sempat berpesan, "honey keluar bukan sebab honey curang. Honey keluar sebab honey turutkan kata hubby. Honey minta maaf, honey tak bermaksud nak sakitkan hati hubby. Honey harap hubby boleh bertenang dan fikirkan semuanya elok-elok. Honey balik rumah ibu, ya?"
   Sakinah menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya itu. Naim memalingkan muka seperti sudah betul-betul bencikan Sakinah. Tangannya disorok ke dalam poket. Air mata Sakinah mengalir lagi. Dia melangkah pergi dengan berat hati.

Tiga hari kemudian.
   "Ibu, Sakinah dah buat keputusan. Sakinah nak pergi rumah kawan. Kalau Abang Naim datang sini, tolong berikan dia surat ni, ya.."
    Siti Halimah merenung surat yang kini berada di tangannya. Kemudian, pandangannya jatuh kepada bagasi yang dibawa Sakinah.

   "Besarnya beg kamu, Sakinah. Kamu nak pergi mana? Kamu bergaduh dengan Naim ke? Datang sini sendiri malam-malam. Apa masalah kamu sebenarnya??" Tanya Siti Halimah merujuk kepada perkara yang berlaku tempoh hari.
   Sakinah datang ke rumahnya tanpa memberitahu. Dalam gelap malam, anak perempuannya itu datang dengan menaiki teksi sendirian. Matanya kelihatan sembap.

   Sakinah mengeluh kecil. Dia tidak mampu untuk menyembunyikan apa-apa dari pengetahuan ibunya. Namun, maruah suami tetap perlu dijaga.
   "Ibu janganlah risau. Kami cuma ada salah faham sikit je.." Sakinah tidak berterus-terang dengan ibunya. "Sakinah rasa kosong kat sini. Sakinah nak balik ke bumi Anbiya'. Sakinah nak minta nasihat dari kawan kat sana."

   "Sakinah, kamu gaduhkan apa dengan Naim? Janganlah lari jauh-jauh.. Teknologi maju, takkan lah kamu tak boleh call dia. Internet pun ada. Kamu janganlah belakangkan suami..." Pesan Siti Halimah. Dia risau dengan situasi rumah tangga anaknya ini.

    "Ibu jangan risaukan Sakinah. Sakinah okey je.. Akak tu takde henfon, suami dia tak bagi.. Sakinah cuma tahu tempat tinggal dia je." Sakinah memujuk ibunya. "Ibu jangan beritahu abang yang Sakinah ke Jordan tau. Cuma berikan dia surat tu je.."
   Siti Halimah tidak mampu lagi menghalang kerana Sakinah bukan lagi di bawah tanggungannya.

   "Sakinah pergi dulu ya, ibu." Sakinah menyalami ibunya sebelum dia berjalan kaki ke stesen bas berhampiran.



   Aliff memecah masuk ke rumah Faiz tanpa memberi salam. Keadaan pintu rumahnya yang sengaja dibiar terbuka membuatkan Faiz hanya menghadap wajah Aliff tanpa perasaan. Dia masih lagi berbaring di sofa tanpa menghiraukan Aliff yang sedang berang dengannya.

   "Apa kau buat dekat adik aku sampai dia merajuk lari ke Jordan, ha?!"
   "Jordan? Merajuk?" Faiz cuba memproses ayat yang didengarinya tadi. Kemudian, dia tersengih. "Heh, kalau dah sampai macam tu maknanya tak lama lagi diorang cerai la.. Tercapai impian kita..!"
   "Yalah tu! Kau tak tahu ke betapa bahayanya seorang perempuan duduk kat Jordan tu sendiri?! Kau pergilah cari dia.. Escort dia balik..." Jerit Aliff kerisauan.
   "STUPID." Faiz bangkit dari pembaringan. "Kalau aku jemput dia balik, suspicious la.. Entah dari mana aku tahu pasal pergaduhan diorang . Entah kenapa aku susah-susah pergi cari dia dekat Jordan tu.. Boleh pecah tembelang..!" Faiz mengeluarkan hujah untuk melindungi rancangannya daripada dirosakkan Aliff.
   "Dah tu.. biar je dia dekat Jordan?"
   "Dia yang pilih pergi sana.. mestilah dia ada matlamat. Aku tahu dia bukan jenis orang yang suka merayau tak tentu pasal. Tak lama lagi dia balik lah tu.."
   Aliff menunjukkan muka tidak puas hati kepada Faiz.
   "Kalau kau risau sangat, pergilah Jordan tuh. Itupun kalau kau tak takut bini kau kena curi dengan Naim la.." Ujar Faiz memprovok.

   Aliff terdiam sebentar. Seketika kemudian, dia mengangkat kaki tanpa berkata walau sepatah.

   Faiz tersengih gembira. Dia membuka henfonnya lantas mendail satu nombor.
   "Hello, Sarah. Lakonan you hari tu menjadilah.. Thanks, malam nanti I belanja you makan besar, okay?" Katanya. Kemudian dia terangguk-angguk sendiri. Berharap wanita di dalam talian itu melihat anggukannya.

   "..yish, Ayiem nak cerai dah?"
   Faiz yang baru memutuskan panggilan itu tersentak mendengar suara yang garau dari belakangnya.
   "Oh, dah bangun ke?" Faiz berbasa-basi sebelum menjawab soalan." Aku rasa tak lama lagi bercerai lah diorang berdua tu. Tengah berperang.."
   "Lepas ni boleh la dapat Amy..!" Lelaki itu tersenyum sumbing.
   "Memang itu je lah yang kau fikir , ya Effy?"



   Petang itu, Naim mulai berasa kekosongan. Dia cuba menghubungi Sakinah untuk memohon maaf tetapi nampaknya henfon isterinya itu tidak aktif. Naim mendail nombor Ain.
   Tut.. Tut.. Tup.
   Naim berasa pelik. 'Dia tolak panggilan?'
   Tiba-tiba satu mesej sampai ke henfonnya.
Awak nak apa dari saya? Awak kan ada Sakinah..
Kitorang bergaduh. Boleh bagi saya alamat rumah ibu? Saya terlupa. 
Oh, ya. Terlupa pula awak berdua bergaduh. Cepat-cepat la pergi cari dia. Jangan bercerai pula. perceraian itu dibenci Allah.
    Selesai solat Maghrib, Naim keluar ke rumah ibu mertuanya. Tidak susah untuk mencari rumah itu di dalam gelap malam kerana dia pernah ke situ sebanyak dua kali. Setelah bersalaman, Naim terus bertanyakan Sakinah.
   "Baru hari ni kamu nak cari dia?" Siti Halimah sengaja bersikap dingin.
   Naim meneguk liur. Tidak menyangka reaksi daripada ibu mertuanya itu.
   Siti Halimah mengeluh. "Ibu tak nak campur tangan, tapi tak baik kamu buat macam ni. Kamu berdua bergaduh sebab apa? Cuba beritahu ibu.."
   Naim tertunduk. Dia sedar, Siti Halimah bukanlah mahu memarahinya. Sekadar memberi teguran kasar.
  "Ibu.. Naim.. tak sanggup nak cakap." Mata Naim kelihatan berkaca. Setelah lama berjeda, dia berterus terang. "Naim takut Sakinah curang. Sebab hari tu, Naim nampak ada orang lelaki keluar dari bilik dia. Malam tu kami bergaduh. Dan Naim.. halau dia."
   "Astaghfirullahalazim.." Siti Halimah menggeleng. "Ibu rasa ini cuma salah faham. Kalau lah kamu datang awal sikit.."
   Naim mengangkat muka memandang wajah ibu mertuanya. Siti Halimah bangkit mengambil surat dari dalam almari.
   "Surat ni, Sakinah serahkan pada ibu tengah hari tadi." Ujar Siti Halimah sayu.
   "Sakinah mana?" Naim kehairanan.
   "Baca lah surat tu."

Assalamualaikum, hubby.
   Pertama sekali, honey nak minta maaf. Honey keluar dari rumah tu sebab hubby yang suruh. Honey tak pernah terfikir untuk tinggalkan hubby sebelum ni. Honey tak pernah curang pada hubby. Hubby ialah satu-satunya lelaki yang memiliki tubuh ni. Honey takkan serahkan kepada yang haram.
   Maafkan honey kalau honey ada menyinggung perasaan hubby. Honey mengaku honey cemburu tengok hubby dengan Abang Fahmi. Siap pegang-pegang pipi, bagi bunga.. Honey minta maaf kalau honey salah faham dengan hubby. Honey cuma nak pastikan hubby tak terlibat dengan liwat. Sebagai isteri, menjadi tanggungjawab honey untuk memperingatkan hubby. Honey minta maaf sekali lagi kalau hubby rasa honey tuduh hubby. Honey tak berniat begitu.
   Honey perlukan masa untuk bertenang. Honey sedih dengan tuduhan tak berasas hubby. Honey takde apa-apa pun dengan Abang Faiz. Izinkan honey ke bumi Anbiya'. Hubby ambillah masa, fikirkan baik-baik. Dan kalau betul hubby dengan Abang Fahmi berliwat.. Tolong ceraikan honey. Honey tak sanggup...
Jumpa lagi dua bulan. I love you...
Sakinah.

   Naim mendongak, menahan air mata daripada mengalir di hadapan ibu mertuanya. "Ibu, boleh Naim tinggal di sini?" Pintanya.
   Siti Halimah sekadar tersenyum hambar tanda persetujuan. Dia menunjukkan bilik Sakinah kepada Naim.

   Sebaik sahaja pintu bilik di tutup, Naim menangis. Dia sedih dengan permintaan Sakinah untuk bercerai. Dia juga turut terharu dengan deretan buku agama di dalam bilik Sakinah. Rak besar dengan lima kotak pemisah diisi dengan tafsir Al-Quran, buku-buku sirah, kitab-kitab pengajian dan majalah Islam.
  Selesai solat Isya', Naim memilih salah sebuah buku catatan Sakinah yang bertanda '31. Biarpun sebahagian besar isi buku itu ditulis dalam Bahasa Arab, Naim tetap mendapat tazkirah daripada cebisan-cebisan tulisan Sakinah yang lain. Tiba-tiba, matanya tertancap kepada satu ayat yang ditulis di dalam awanan kecil.
Biarpun bergaduh dengan suami, jangan sesekali sebut perkataan cerai.
Terus bersabar dengan kerenah suami.
  Naim terharu dengan kata-kata itu. Dia teringatkan kejadian tiga malam yang lepas. Sakinah hanya menurut katanya tanpa rela. Dia pula tidak pernah mencuba untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Sakinah.
    Naim berbaring sambil memeluk buku Sakinah itu. Tanpa disedarinya, dia terlena dalam perasaan sendiri.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous