Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

21 Mac 2032, 8.03am

   'Eh, hari ni birthday dia.. Cepat pergi wish.." Ain berkata-kata sendiri setelah melihat kalendar yang ditampal khas oleh suaminya pada cermin di meja solek. Dia terus membuka henfonnya dan menghantar mesej.
Thanks, Ain. Ingat lagi dekat aku.. Kau single lagi ke..?
   Mata Ain terbuntang melihat mesej masuk itu. Ini kali pertama lelaki itu membalasnya sejak mereka putus hubungan sebagai kekasih tujuh tahun lalu.
Ain dah jadi mak orang la.. Anak Ain dah masuk umur setahun.
Alah, boleh cerai, kan? Jom couple dengan aku..
   Ain mengucap panjang. Dia tidak mengendahkan lagi mesej-mesej Naim yang seterusnya.

*****
   Aliff hairan dengan sikap isterinya. Sejak tiga hari yang lalu, henfon isterinya itu asyik bergetar. Namun Ain tidak pula mengangkatnya malah pernah memadamkan terus henfonnya itu. Bila ditanya mengapa, Ain hanya menjawab
"its not important."
   Aliff bertindak mengintai isi henfon isterinya. Dia benar-benar diburu rasa ingin tahu.
Ain, jom la date. Kita pergi Parkson..
   "Ain!!" Aliff tidak keruan. Dia mendapatkan Ain yang sedang memasak di dapur. Henfon dicampak ke atas meja. "Apa semua ni, Ain?"

   Ain terkujat. Dia tahu baran suaminya sukar dipadam sekiranya api kemarahannya sudah meledak. "Ain.. Ain cuma wish birthday dia je.." Dalam gagap, Ain cuba membela diri.

   "Wish birthday.." Aliff tersenyum mengejek.
   "Birthday lelaki ajnabi boleh wish ke?"

   Ain terpempan. Dia mengakui kesalahannya. Dia sedar inilah padah jika terlanjur menyatakan janji.

7 tahun yang lalu.
   That's fine. Apparently, Alia tu interesting jugak. So, kita break la. Bye..
   Ayat tersebut masih segar diingatannya. Setelah beberapa lama berendam air mata, Ain nekad. Dia menggagahkan diri menekan SMS itu untuk Naim.
Salam.. Terima kasih sebab sudi mencintai diri ini. Biarpun hubungan kita bertahan sebulan je, tapi Ain nak ucapkan terima kasih sebab sudi bersabar dengan Ain dan sudi berkongsi rasa cinta itu untuk Ain. Naim, awak orang pertama dalam hidup saya. Saya takkan pernah lupakan awak. I'll look forward to your birthday.
***
   "Maafkan Ain, bang.. Ain dah janji dengan diri sendiri untuk wish birthday dia setiap tahun." Ain mula menitiskan air mata. Menginsafi kekhilafan diri.
   "Naim tak pernah balas mesej Ain sebelum ni. Ain tak tahu kenapa.. tahun ni.." Air mata Ain semakin deras mengalir. Umpama hujan memotong angin.
   "Maafkan Ain.."

   Aliff kecewa dengan sikap isterinya. Setelah tiga tahun berkahwin, ketahuan juga aktiviti isterinya ini. Aliff cuba mengawal amarah. Air mata wanita itu sedikit demi sedikit memadam api yang sedang membara di hatinya.
   "Jangan cari abang.." Aliff terus keluar dari rumah. Meninggalkan Ain bersama anaknya, Aina.



   "Aliff.. kamu datang sendiri? Mana Ain dan Aina?" Siti Halimah terkejut menerima kunjungan anak lelakinya malam itu. Aliff diam sahaja. Siti Halimah menduga terdapat pertelingkahan dalam rumah tangga Aliff.
   Siti Halimah membiarkan sahaja anaknya itu menenangkan diri. Dia menyuruh anak bongsunya, Sakinah supaya memasak lebih daripada biasa.

*****
   "Kamu bergaduh dengan Ain ke, Aliff? Ibu tengok telefon kamu dok menjerit-jerit, tapi kamu tak angkat pun. Apa dah jadi ni, Aliff?" Aliff diam sahaja.
   Siti Halimah menunggu penuh sabar. Dia sudah masak dengan perangai anaknya. Jika dia mendesak, pasti Aliff akan terus memendam.
"Aliff rasa nak bercerai lah, mak.."
   Siti Halimah terperanjat.
   "Astaghfirullah.. kamu tahu tak apa yang kamu cakapkan ni?"

   Aliff sedar perceraian itu dibenci Allah. Dia kemudiannya menceritakan perkara yang terjadi dengan harapan ibunya mempunyai jalan penyelesaian.

   "Naim..." Siti Halimah mengangguk-angguk. "Sedap nama tu. Sesuai jadi menantu.."

   "Ibu..!" Aliff terasa dipersendakan.

   "Maksud ibu, Naim boleh kahwin dengan Sakinah. Ya lah, daripada dia ganggu isteri kamu.. baik kita carikan dia isteri.."
   Mendengarkan itu, Aliff sedikit lega.
   "Tapi.. ibu sanggup ke? Naim tu macam bukan orang baik-baik je.."
   "Ibu yakin Sakinah boleh ubah dia." Balas Siti Halimah berserta senyuman.

   "Ya, ibu? Ibu panggil Sakinah..?" Sakinah kebetulan datang menghantar teh bunga buat ibu dan abangnya.
   Siti Halimah tersenyum lagi. "Sakinah, mari duduk sini sayang.."
   Sakinah duduk dengan sopan di sebelah ibunya.

   "Sakinah, ibu tengok Sakinah dah sedia nak jadi seorang isteri.."
   "Mestilah.. Ibu yang kata, setiap orang mesti bersedia hadapi masa depan. Apatah lagi sebagai muslimah.." Balas Sakinah tanpa mengesyaki apa-apa.
   "Hmm.. kalau ibu suruh Sakinah kahwin esok?" Siti Halimah mengusik.
   "Isy, ibu ni..." Sakinah sedar ibunya sekadar mengusik. Dia tertawa kecil. "Kalau ya pun, bagilah Sakinah masa untuk istikharah.."

   "Jadi, boleh la ya?" Siti Halimah meminta kepastian.
   "Maksud ibu..?" Sakinah berkerut memandang ibunya. Dia tidak lagi melihat sebarang unsur gurauan dalam kata-kata ibunya. Mata bertemu mata. Ternyata, ibunya tidak lagi bergurau. Sakinah menelan liur.
   "Sakinah masuk dulu lah.."

   Siti Halimah tersenyum memandang Aliff. Tangan mencapai cawan teh lantas dibawa mendekati bibir.
   "Ibu rasa dia setuju.."

*****
Parkson, 9.00am
   Jumaat malam itu,  Naim dikejutkan dengan mesej daripada Ain. Dia menggeleng lantas kembali berbaring di katil. Dia ingin tidur awal untuk pertemuan mereka esok.
'Eh, aku dah lupa muka dia macam mana..'
   Naim bangun menghantarkan mesej kepada Ain. Mereka berjanji untuk memakai baju sama warna esok hari.
   Biru.

Esoknya, 8.57am
Awak dah sampai? Saya cari ni..
Awak duduk dulu, saya dah dekat dah.
   Naim mencari tempat duduk berdekatan tembok luar kopitiam. Mudah untuk dia mencari Ain, mudah untuk Ain mencarinya.
   Beberapa ketika kemudian, muncul seorang lelaki berkemeja biru dengan corak kotak-kotak menghulurkan salam kepadanya.
   "Awak Naim, kan?" Naim mengangguk dengan penuh ragu. "Saya Aliff, suami Ain."

   Naim menyambut salam yang dihulurkan Aliff. Dia gementar berhadapan dengan lelaki itu.

  "Kau kacau bini aku.." Ujar Aliff perlahan sambil melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Naim. Naim bertambah gemuruh. Namun dikawal perasaan itu dengan sebaik mungkin.
   "Kenapa kau buat macam tu?"

   Naim menelan liur.
   "Saya.. cari jodoh, bang." Naim tergagap.

   "Cari jodoh ke, nak rampas isteri orang??" Balas Aliff kasar. Namun suaranya tetap dikawal rendah.

   "Maaf, bang. Saya tahu saya salah. Tapi.." Naim berkira-kira untuk meneruskan bicaranya.
   "Kau terdesak nak cari yang halal ke?" Tebak Aliff sesuka hati.
   Naim terus berdiam.

   "Macam ni lah.." Aliff menyuakan sepucuk sampul berwarna coklat. "Dalam ni ada gambar adik aku. Mak aku kata, daripada kau mengacau isteri aku lebih baik kau kahwin dengan adik aku. Dapat pahala, takde dosa." Aliff mengawal nada percakapannya agar lelaki di hadapannya dapat menerima dengan hati terbuka. Ini juga sebahagian daripada dakwah. Aliff menyambung lagi, "ada baiknya kalau kau tak buka sampul tu."

   Dahi Naim berkerut kehairanan.

   "Bukan sebab apa.. Cuma nak jaga syarak." Aliff memahami reaksi Naim. Dia juga bersikap sedemikian ketika ibunya menyuruh dia berpesan begitu kepada Naim. Semua itu hanya tanggapan Aliff. Sebenarnya, Naim berkerut dahi atas sebab lain.
   "Sebenarnya macam ni.." Aliff mula bercerita kepada Naim.

Semalam, 8.00 pm.
   "Kita bagi dia masa tiga bulan untuk kukuhkan kewangan. Tapi kalau tak cukup jugak duit belanja harian dia, ibu serahkan keputusan kepada Sakinah. Samada dia nak tunggu lagi atau terus je kahwin." Siti Halimah menceritakan perancangannya.

   "Sakinah tak kisah kalau dia tak berharta. Selayaknya, dia Muslim yang baik." Celah Sakinah yang setia di sisi ibunya.

"Sebulan sebelum nikah, Sakinah pergi kursus kahwin. Kalau Naim pun belum, dia kena pergi kursus pada hari yang sama. Kalau dah, lepas habis kursus kamu bertiga pergi makan bersama. Ini satu-satunya pertemuan sebelum nikah."

   Aliff dan Sakinah tekun mendengar perancangan merangkap perintah ibunda tercinta.

  "Segala persiapan hantaran, persandingan serta belanja kursus tu, ibu tanggung. Yang tinggal cuma mahar yang menjadi syariat dan juga baju pengantin lelaki. Biarlah Naim sendiri yang tentukan pakaian dia."

   "Ibu nak sediakan semua??" Aliff sungguh terkejut dengan keputusan Siti Halimah. Sedangkan pernikahannya sendiri, tiada langsung campur tangan dari ibunya.
   Ibu tua itu sekadar mengangguk.

   "Kalau pihak keluarga Naim nak buat hantaran; yalah mungkin mereka rasa maruah tercalar ke, terasa ke,.. boleh la datang rumah, berunding. Kalau takde aral melintang, insya-Allah 26 Jun nanti Sakinah menikah ya.."
***
"Kau setuju dengan cadangan mak aku?"
    Naim terdiam mendengarnya. Otaknya masih mencuba untuk mentafsirkan semua itu.
    'Keluarga pelik..? Propaganda? Keluarga pelik..? Propaganda? Biar betul ni..'

   "Tak kisahlah.. Kalau kau setuju, contact la kitorang. Tapi kalau kau tak setuju, jangan kacau bini orang lagi. Berdosa besar tu.." Aliff tidak betah menunggu jawapan daripada Naim yang kelihatan kusut fikirannya. Dia bangun dari tempat duduk.
"Saya setuju."
Aliff terhenti. Dia memandang wajah serius Naim. "Kau takde nak bincang dengan keluarga kau dulu ke?"
"Mereka semua dah meninggal.."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous