Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Prolog

Firdha terhenti mendengar namanya dipanggil. Jejaka itu menghala ke arahnya sambil berkata "kau kakak Firzha, bukan?" 
"Kalau ya, kenapa? Dan kalau bukan, kenapa?" Ayat yang biasa digunakannya jika ingin merahsiakan sesuatu. 
   Jejaka itu menggenggam tangannya dan mengheretnya ke sebuah bilik, "aku Amirul." "Anta nak apa daripada ana, Amirul?" Firdha menggigil. Dia tidak tahu apa sebabnya jejaka yang mengenalkan dirinya sebagai Amirul itu, mengheretnya ke bilik itu. Firdha ditolak ke katil.
Amirul mengunci pintu bilik tersebut. "Anta nak buat apa ni?!"
   Amirul tidak menjawab. Dia mendekati pujaan hatinya itu dan mengelus lembut bahu Firdha. Firdha terkaku. Dia terlalu takut dengan keadaan itu sehinggakan dia tidak dapat bertindak. Dia tahu, tudung dan segala pakaiannya akan lucut.
   'Kenapa aku tak kejutkan Firzha, tadi? Kenapa aku tak ajak Kak Diana? Walaupun Firzha sedang tidur, walaupun Kak Diana khusyuk study, aku tak patut ke tandas sendirian..' Fikirnya. 'Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan juga dosa-dosanya. Aku pohon, bantulah aku menghadapi dugaan yang kau berikan ini. Ya Allah, Ya Dhar, Ya Nafi'..'
***
   Amirul mengejutkan Firdha. Dia harus menghantarnya pulang ke dorm sebelum dia tertangkap. Firdha menitiskan air mata melihat jejaka itu 'ini memang bukan mimpi!'
"Maaflah, sebenarnya aku sangat sangat mencintaimu. Tapi.." Amirul tidak menghabiskan kata-katanya."Kau pakailah benda itu. Darah kau takkan tumpah. Aku akan hantar kau pulang."
Firdha hanya menurut kata-kata jejaka itu. Dia tidak mampu berfikir dengan waras. Dia benar-benar lemah.
   Mereka berjalan ke asrama perempuan Rumah Anak Yatim dan Miskin Asy-Syifa'. Sampai di tangga ke bilik Firdha, Amirul meminta maaf sekali lagi. "Maaflah, sampai sini je aku boleh hantar kau. Naiklah.."
"Betul ke anta Amirul? Budak paling pandai di sekolah kita? Maahad Tahfiz Sains Ibn Sina?!" Firdha bertanya dengan nada tegas.
"Aku takkan berani menipu."
   "Kalau begitu, kenapa anta khianati Pencipta kita? Anta telah mendustakanNya tatkala Dia berkata, 'jangan dekati zina!' Bagaimana perasaan anta jika adik anta, yang anta sayangi diperlakukan sebegini? Mana anta dapat tuala wanita yang anta bagi pada ana ni? Apa yang membuatkan anta hilang rasa ihsan terhadap Rabb Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar?" Amirul tersentak.
"Ana tak minta jawapannya. Ana cuma mahu anta berfikir dan bertaubat. 'Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah dengan taubat nasuha.' " Firdha meninggalkan Amirul dan mendaki tangga di hadapannya perlahan-lahan. Sakit di badan tidak akan dapat menandingi sakit di hatinya.
Sambil beredar, Amirul berkata perlahan "maaf."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous