Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 9

"Ana tak nak kita terdengar apa-apa yang tak sepatutnya." Hujah Amar.
"Takpe, kalau terdengar kita buat-buat tak dengar. Sementara cikgu takde baik kita hantar." Balas Luqman. "Kita amanah dengan diri sendiri."
"Cakap senanglah." Omel Amar. Luqman buat tidak peduli.
    'Eh, siapa pulak yang duduk dekat dalam bilik guru tu?' Amar ternampak kelibat Firdha. 'Firdha tak sekolah? Kenapa??' Timbul tanda tanya di dalam hatinya.
"Luqman, anta pergi dululah. Ana ada hal kejap." Amar berpisah jalan dengan Luqman.
"Amar, amanah!!" Tegur Luqman. "Shh!!!"
   "Besar tanggungjawabnya untuk anti jaga kandungan tu." Cikgu Hajar menasihati. "Anti perlukan sokongan dari.." "Hasbiyallahu ni'mal nasir. Cukuplah Allah sebagai penolong." Balas Firdha.
   'Astaghfirullah, ini kena bagitau Amir cepat!' Fikir Amar. Dia terus berlari ke Kelas 5 Siddiq meninggalkan Luqman di belakang.
**********
   "Assalamualaikum, boleh jumpa Amirul Imran sekarang?" Panggil Amar. Dia tercungap-cungap mencuri nafas. Amirul pelik dengan kehadiran Amar begitu. Belum pernah selama ini, Amar mencarinya di waktu sekolah. "Ada apa, ni?"
"Firdha, dia...." Amar menceritakan segala yang dilihatnya.
   "Kau serius...??!" Amirul terkejut. Amar hanya mampu mengangguk. "Jom kita pergi sekarang!!"
Rakan-rakan sekelas Amirul hairan dengan kejadian itu, tetapi mereka tidak mahu ikut campur dalam masalah orang lain.
Umar ternampak kelibat kedua senior sebiliknya itu berlari-lari ke arah pejabat. Dia mengesyaki sesuatu lantas bertindak mengekori mereka berdua.
   "Kali terakhir, kami bagi peluang pada anti untuk beritahu kami tentang dia. Lepas rehat ni, kami pihak sekolah akan hebahkan berita ini ke seluruh kelas Tingkatan Empat dan Lima, putra dan putri." Ugut Mudir Thalhah.
"Ana redha dengan kehendakNya, dan ana ingin hidup dengan melalui taqdirNya."
   "Cikgu, sebenarnya.." Amirul menjerit ingin membuat pengakuan. Amar menarik tangannya, "fikirkan tentang SPM. Kau kena buat pilihan dengan bijak." Dia berbisik mengingatkan tentang SPM. "Ini tanggungjawab aku. Bila mana kau tahu tentang tu, wajib atas aku hudud. Aku dah bersedia sejak hari tu lagi."
Firdha tersenyum. Benarlah janji Allah. Dia akan memberi petunjuk kepada hamba-hambanya yang mendekatkan diri kepadanya. Dan inilah yang dilihatnya dalam mimpi setiap malam yang diisi dengan istikharah.
"Apa anta berdua buat di sini. Belum rehat lagi dan bukankah pihak sekolah dah umumkan supaya jangan lalu kawasan pejabat ni sehingga habis rehat?" Tegur Mudir Thalhah.
"Sebenarnya, Amir..." Amar memulakan bicara untuk Amirul.
"Sebenarnya, ana.." Amirul gugup apabila terlihatkan senyuman nipis di bibir Firdha. "Ana nak buat pengakuan." Semua murabbi merenung ke arahnya, tidak percaya.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous