Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 8

"Ya, kamu ada masalah apa?" Tanya doktor muda itu. Firdha menelan liur berkali-kali. Dia takut untuk memberitahunya. Tetapi, dia tidak boleh lama menyimpan rahsia. Lebih baik mengaku daripada rahsia itu bocor sendiri. Cikgu Mazriana menggenggam tangan Firdha. Dia ingin memberi semangat kepada anak muridnya itu. Air mata Firdha mengalir deras. Betapa Allah masih menyayanginya sehinggakan dia masih dapat hidup di kalangan orang-orang soleh hingga ke hari ini. Namun.. ah! Ana kena beritahu juga!
   "Sebenarnya, cikgu.. Ana, dah 12 minggu.." Suara Firdha tersekat-sekat. Dia gerun memikirkan reaksi daripada warden Asrama Putri As-Syifa' itu. "Dah 12 minggu kandungan ana."
"Hah, anti mengandung?!" "Hah, kamu mengandung?" Kedua-dua cikgu dan doktor muda itu terperanjat.
"Anak siapa ni, Firdha?!" Cikgu Mazriana terkejut.
"Anak ini tak berbapa, cikgu. Ana mengandung anak luar nikah." Air mata Firdha bercucuran.
"Ana tanya anti terus terang. Siapa yang buat kamu mengandung?"
Firdha diam sahaja. Hatinya bulat untuk tidak memberitahu siapa yang melakukannya. Setelah berminggu-minggu dia qiyam dan solat istikharah. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Biarlah ketentuan Allah itu berlaku. Dia redha segalanya.
   "Minta bertenang, cikgu." Doktor Iman cuba menenangkan keadaan. "Biarpun dia mengaku yang dia mengandung, tapi kita tak boleh pastikan sampailah kita lakukan ujian."
"Tapi doktor, dah 12 minggu lepas kejadian tu." Firdha meluahkan resah di hatinya.
"Awak serahkan kepada dia ke?" Doktor itu menduga hati Firdha.
Firdha menggeleng, "dia paksa ana. Tapi, ana kesian kan dia. Dia nak ambil SPM nanti."
"Astaghfirullahalazim, ada lagi tiga bulan je sebelum SPM."
    "Siapa yang buat semua ni pada anti, Firdha?! Cuba beritahu ana." Cikgu Mazriana tidak dapat bersabar lagi.
"Cikgu, jangan buat dia stres. Anak itu berhak untuk hidup." Doktor Iman menegur Cikgu Mazriana. "Saya akan berikan vitamin yang sesuai untuk pertumbuhan bayi itu. Awak elakkan stres dan jaga pemakanan, ya? Awak tak boleh makan benda-benda seperti nanas. Rujuk cikgu-cikgu awak dalam hal ini."Pesan Doktor Iman kepada Firdha. "Saya tahu awak budak baik dan awak sayangkan bayi ni. Berjuanglah. Bukan senang nak jaga kandungan ni. Apatah lagi, tahun depan giliran awak pula untuk SPM. SPM sambil jaga anak." Doktor muda itu positif memberi motivasi kepada Firdha. "Jihad!"
********
    Seluruh bilik guru MTSIS gempar dengan berita kehamilan Firdha. Mereka berbincang siapakah yang harus menasihati Firdha untuk memberitahu tentang putra yang memperlakukannya sebegitu dan siapakah yang akan menguruskan masalah ini.
   Misi Juwairah bangun mendekati Firdha yang duduk di meja guru kelasnya, Cikgu Hajar lalu menasihati. "Firdha, dengarkanlah. para murabbi murabbiyah semua risaukan anti. Anti tak kesian ke, kami jadi pening dengan masalah anti? Tolonglah beri kerjasama."
"Ana redha denganNya dan hanya kepadaNya orang-orang Muslim bertawakkal." Kata-kata itulah yang telah diulanginya sejak dari tadi.
Ustaz Umar pula bersuara, "janganlah anti kesiankan orang yang memilih neraka sebagai tempat tinggalnya. Sesungguhnya azab akhirat itu lebih pedih daripada hukum hudud. Kalau benar anti sayangkan dia, berikan hak para pendosa."
"Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun."
Para murabbi putus harap untuk menunggu jawapan daripadanya. Sejurus itu, mereka berbincang untuk mengumpulkan seluruh pelajar putra Tingkatan Lima dan mengadili mereka satu per satu.
   "Luqman, ana tak rasa yang kita sepatutnya berada di sini sekarang. Para murabbi macam ada perbincangan tergempar je." Luah Amar yang tidak sedap hati dengan keputusan Luqman untuk menghantar rekod kehadiran pada waktu itu kerana baru menyedari yang mereka sudah terlewat. "Ana tak nak lepaskan tanggungjawab ana."


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous