Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 6

"Kakak! Akak dah sedar." Dia mendengar suara Firzha setelah dia mengerdipkan matanya buat kali kedua. Setelah dia tersedar, dia hanya melihat adiknya dan juga jururawat sekolah.
"Alhamdulillah, anti dah sedar. Anti berehatlah dulu di sini. Jangan balik ke kelas. Takut nanti pengsan lagi." Pesan Misi Juwairah.
   "Kakak, bukan ke kita selalu uzur sama-sama? Kenapa pula kakak masih boleh solat lagi? Bulan lepas pun sama." Firzha bertanya.
"Mungkin Akak stres belajar. Maklumlah tahun depan SPM. Mungkin sebab stres, hormon jadi tak stabil." Balas Firdha.
"Akak nampak gemuk." Tanya Firzha lagi. "Akak stres, jadi tanpa sedar, mungkin akan terlebih makan. "
"Yakah? Jadi, Firzha temankan akak, ya?"
"Tak perlu lah. Firzha tahun depan PMR. Jadi, kena fokus betul-betul dalam kelas. Firzha pun tak suka buka buku, kan? Jangan sia-siakan peluang untuk menyerap ilmu."
"Tapi, akak.."
"Takpe, akak boleh jaga diri. Lagipun Dr Juwairah ada."
Firzha mencebir-cebirkan bibir sambil memakai kasut di pintu bilik sakit. "Aku baru je pelan nak ponteng kelas." Omelnya sendiri.
   Minggu ini yang ke sembilan. Maknanya betullah, ana mengandung.  Insya-Allah, ana akan kena morning sickness lambat sikit. Tapi, perlukah ana beritahu Amirul? Dia berhak tahu, tapi dia nak SPM. Bismillahi tawakkaltu 'alaika. [Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya.]
   Malam itu, Firdha duduk di koridor tempat dia sering ber'uzlah. Berharap Amirul akan datang supaya mereka dapat berbincang tentang benih yang sedang membesar di dalam rahimnya. Tiba-tiba, dia terlihat kelibat manusia dari balik batang kelapa di situ.
"Assalamualaikum, Amirul!" Dia tekad mendekati kelibat itu dan menegurnya.
"Waalaikumsalam. Anti cari Amir, tapi ana bukan Amir."
"Anta kawan dia yang depan pejabat hari tu, kan?" Firdha mengecam wajah yang mengusiknya tempoh hari.
"Ya, memang itu ana. Ana.." Amar tidak sempat memperkenalkan dirinya.
"Boleh tolong lagi sekali tak? Macam hari tu?" Firdha kelam-kabut menulis nota untuk Amirul.
"Insya-Allah. Tapi, Amirul tidak mahu diganggu." Balas Amar lembut.
"Katakan ini urgent!"
******
maaf ganggu tapi   anc  kalau boleh,
ana nak jumpa untuk berbincang tentang anal  itu.
FM AprDp
"Amir, ini untuk kau!"
"Apa tu?" Amirul berbasa-basi. Dia sudah tahu jawapannya.
"Urgent dari.." Amar mengerling ke arah Umar yang sudah terbaring di atas katil. "dari dia."
Amirul mencapai kertas huluran Amar dan mengonyokkannya. "Buangkan.."
Amar terperanjat melihatnya. "Woi, dia punya cemas cari kau!  Punyalah muka dia hampa melihat aku, bukan kau! Kau suka-suka je nak buang kertas ni! Entah apa yang dia nak dengan kau! Kau tak peduli pulak!"
"Penting ke?" Amirul mengangkat sebelah kening.
"OF COURSE LAH PENTING!!" Balas Amar.
"Kalau kau rasa penting, apakata kau selesaikan. Aku dah bertaubatlah. Aku tak nak menyelam dalam zulmat sekali lagi. Kau pun faham, kan?" Amirul menepuk bahu Amar.
"Tapi, ini masalah kau!" Balas Amar lagi.
"Aku nak FOKUS pada SPM." Amirul sudah naik ke katilnya. Kawasan privasinya di dalam bilik itu telahpun dibersihkan.
"Kau tak rasa teringin ke nak tahu tentang ni?" Amar memujuk Amirul untuk membacanya.
"Apakata kau bacakan dan beritahu aku tentang apa yang dia cuba katakan?" Cadang Amirul.
"Ini surat dia untuk kau, bukan aku." Amar cuba amanah dengan surat Firdha.
"Kalau macam tu, buangkan. Aku tak nak surat tu." Amirul menarik selimut. Dia berpura-pura berdengkur tatkala Amar memanggilnya.
"AMIR!!!"
Amar mengeluh. Dia meletakkan kertas nota itu di suatu sudut tersembunyi di dalam lokar Amirul. Dia berharap Amirul tidak terlambat untuk mengetahui perkara penting yang cuba disampaikan Firdha.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous