Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 5

Akulah yang telah membunuh senyuman yang menawan itu. 
Kenapa dia masih tidak menginsafi? Saudara sendiri telah disakiti. Namun hatinya puas.
 Aku berdosa, tidak menghalang bahkan menjadi wasilah pada dendam itu. 
Syaitan menghasut, qarin merasuk. Dan hatiku ternoda atas hawa nafsu. Dosa mengisi ruang. 
Si dia tetap tabah walau hatinya telah dicarik oleh tangan aku si pendosa ini. 
Sungguh indah akhlaknya, persis akhlak Rasulullah. 
Kini tibalah saat untuk aku berubah, kembali bertaubat kepada Al-Ghafur. 
Sebagai balasan atas ketabahan, kesabaran dan kemaafan yang dicurahkannya.
   Catitan itu merupakan luahan hatinya. Dia melekatkan kertas catatan itu di lokar miliknya. Semoga ia menjadi motivasi untuk dia meneruskan hidup tanpa bergelumang lagi dosa-dosa semalam. Dia mencatit sehelai lagi kertas nota untuk dilekat di meja belajarnya di kelas.
cukup sekali itu. aku puas T.T
 aku maafkan, jangan diungkit lagi kisah semalam
bertaubatlah, Al-Ghafur akan menganugerahkan 
yang lebih baik dari itu
   "Cantiklah ayat ni! Aku copy boleh tak aku pun nak taubat jugak dari segala jahiliah yang aku tengah aktif ni. Fb lah, YM lah, twitter, tumbler, macam-macam lagilah. Dah sebut pasal salah guna internet ni, memang berdozen-dozen lah, kan?" Tegur Nu'man. Tangannya sudah ligat menyalin kata-kata dari kertas nota itu. "Tapi, kau dekat As-Syifa', ada masalah apa? Aku yang berulang ni memanglah terdedah dengan maksiat."
   Amirul menunduk sayu. "Maksiat, sorang-sorang dalam masjid pun boleh. Maksiat tu meluas, Nu'man oi."
"Betul jugak. Meh, kita sama-sama taubat. Mulakan dekat saiyidul istighfar." Nu'man mengingatkan sambil bibirnya mengoyak senyuman.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada sembahan selain Engkau. Engkau menciptakan aku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perjanjian denganMu dan untuk mengabdikan seluruh hidupku, dengan seluruh mampuku. Aku berlindung denganMu dari segala kejahatan apa yang telah aku lakukan. Aku mengaku atas nimatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku. Dan sesesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, Ya Allah. 
   "Insya-Allah aku boleh lupakan dia." Ujar Amirul perlahan antara dengar dan tidak.
"Apa kau cakap?" Tanya Nu'man. "Ha? Takde apa!" Amirul jadi segan.
"Lupakan dia? Kau nak lupakan siapa? Ha? Cuba kau story dengan aku. Kau ada hati dekat seseorang, ya? Story lah sikit. Budak putri ke, atau budak luar?? Kau ni kedekut lah."
"Aku cuma berharap aku dapat lupakan jahiliah tu! Bukannya ada sesiapa..! Ikhlas kerana ALLAH!! Kau jangan nak teruskan maksiat la.." Amirul naik berang.
"Yalah, aku ni nak buat dosa lain pulak. Sorry aku sakitkan hati kau." Nu'man mengakui kesilapannya.
   "Dah selesai bertekak? Ana nak serahkan borang ni untuk kelas antum. Memandangkan antum je yang ada dalam kelas ni, jadi.." Luqman yang sedari tadi berdiri di pintu kelas itu bersuara.
"Assalamualaikum, dari tadi kami ucapkan tapi antum tak mendengar." Sambung Amar di sebelahnya. Mereka berdua selalu bersama. Selaku ketua kelas, Luqman sentiasa sibuk begitu juga Amar sebagai penolongnya.
   "Maaflah kalau aku ni pekak pagi-pagi." Ujar Nu'man yang masih berdendam dengan Luqman gara-gara kekasihnya jatuh hati kepada ketua pelajar itu dan bertindak memutuskan hubungan antara mereka.
"Luqman, bertaubat!" Sambil mengambil kertas yang dihulurkan Amar, Amirul mengingatkan.
"Jangan putus asa, Allah bersama!" Amar membisikkan kata-kata semangat buat sahabat baiknya itu.
Amirul membalasnya dengan senyuman.
**************
   Seperti biasa, usai solat Zuhur, mereka akan bersalaman. Namun pada hari itu, seluruh surau putri MTSIS gempar apabila Firdha pengsan tiba-tiba.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous