Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 4

Hari itu, hatinya berasa kurang enak. Dia mengambil keputusan untuk tilawah di tempat biasanya. Dia membaca Surah An-Nur berulang-ulang kali, menghayati betapa indahnya hukum Allah yang diaturkan untuk hamba-hambanya yang sangat disayangi. Malangnya terdapat segelintir dari hamba-hambanya yang mengingkari nikmatNya, arahanNya, dan hukumNya.
   Sedang Firdha asyik menyendiri, bahunya ditepuk perlahan. Sesusuk tubuh duduk berhampirannya. "Ana datang nak minta maaf. Ana khilaf tapi ana benar-benar cintakan anti." Suara garau itu membuatkan bulu romanya meremang ketakutan.
"Ana tak rasa ini saat yang sesuai untuk berbincang."
Firdha mengangkat punggung, dia tidak senang dengan keadaan begitu. Amirul segera menarik tangannya, bimbang terlepas peluang untuk melepaskan rasa bersalah yang menyempit dada.
"Jangan pergi, ana cuma nak dengar kemaafan dari mulut anti."
"Lepaskan! Anta tak layak sentuh ana. Haram! Tak insaf lagi ke..!" Suara Firdha meninggi. Mujurlah tiada siapa yang melalui tempat itu kerana ini waktu kelas prep. Hanya mereka berdua yang ponteng kelas yang berada di situ.
Amirul terlepas tangan molek itu. Hatinya tergetar mendengar kata-kata itu apatah lagi melihat Al-Quran yang dipeluk erat oleh kekasih hatinya itu. "Ana cuma nak minta maaf." Sayu suara Amirul.
   "Ana tak kisah dengan apa yang anta buat, asalkan anta tak ulang lagi pada sesiapa pun. Ana tahu anta nak SPM tahun ni, jadi jaga hubungan anta dengan Allah. Dia-lah yang akan memberi kejayaan dunia dan akhirat. Semoga anta istiqamah dengan taubat anta. Jangan diungkit lagi kisah itu. Ana tak nak rasa kecewa tu menghambat hati. Ana cuma insan yang lemah, tak mungkin bisa sempurna. Begitu juga seluruh makhluk ciptaanNya, hanya Dia yang sempurna. Tiada tandingan dan tiada sekutu bagiNya. Ana tak tahu apa perasaan anta sekarang, tapi seperti yang ana tulis kelmarin, jika Allah mentaqdirkan ana untuk mengandungkan benih anta.." Mata Firdha mula berkaca. "Kita akan bincangkan maslahatnya bersama para ulama' ; ibu ana dan murabbi, murabiyah sekalian. Demi maslahat anak ni!" Firdha merenung muka Amirul.
   "Ana jelaskan, dia bukan anak anta, tapi dia punya hak untuk tahu siapakah yang menyebabkan ibunya ini melahirkannya ke dunia. Dan hak anta untuk mengetahui samada dia membesar dengan sempurna atau tidak wujud langsung ke bumi ini. Jangan pernah datang jumpa ana lagi. Jaga syara'. Ana maafkan segala dosa anta terhadap ana, sebelum ni, sekarang ni, dan yang akan datang insya-Allah. Wassalamualaikum!"
   "Tap..i. Waalaikumsalam." Amirul belum puas berbincang dengan kekasih hati yang telah dilukainya. Dia berlalu dengan sangat cepat seolah-olah tidak rela untuk menerima kehadiran aku.
Langkah longlai Amirul terhenti apabila dia terlihat batang tubuh Amar di hadapannya. Amar telah mengetahui segalanya, Amirul mengerti pandangan itu. Dia menunduk malu.
Amar memeluk sahabatnya itu. "Relakslah, kawan. Dia dah maafkan kau tu, kau redha je la. Insya-Allah, dosa kau terampun dan taubat kau diterima dek lembutnya hati seorang wanita. Insya-Allah."
Amirul menolak tangan Amar. Dia tahu sahabatnya itu cuba untuk memujuk hatinya namun nada hampa yang wujud dalam ayat Amar membuat dia hatinya pecah ibarat deraian kaca di atas tanah. Susah untuk dibersihkan, jika terpijak pasti luka.
*********
   "Sejak bila kau duduk kat situ, Mar?" Tanya Amirul setelah mereka tiba di bilik.
"Masa dia jerit 'haram' aku lalu kat situ. Owing to curiosity, aku mengintai kau dari balik pokok kelapa dekat-dekat situ. Aku janji aku takkan bagitau sesiapa. Aku tahu kau pasti berubah." Ujar Amar
"Aku harap kau laporkannya."
"Apa dia?" Amar terkejut mendengarnya. Amirul terus menarik selimutnya.
Umar lega Amar tahu.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous