Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 3

"Kaujangan suruh aku buat macam tu lagi. Aku dah insaf. Kau pun bertaubatlah. Firdha kata kalau kita ni masih tergolong orang beriman, lebih baik kita taubat nasuha. Ustaz Umar pun dah ingatkan tadi dalam kuliah dia. Kita tak boleh biarkan dosa menjauhkan kita dari Allah. Bertaubatlah, semoga Allah merahmati hidup kita." Amirul menasihati.
"Kau nak aku dengar cakap perempuan tu? Kau tak faham ke yang aku bencikan dia?! Tak kiralah siapa pun dia, pada aku dia tu membencikan!! That's it. Unchangeable!!" Dia bertempik.
"Maksud kau, permanent?" Amirul membetulkan tatabahasa Inggeris yang digunakannya.
"Hah, betullah tu budak genius!"
   "Tapi, tu bukan sekadar kata-kata Firdha. Allah telah berfirman: wahai orang-orang beriman, bertaubatlah dengan taubat nasuha. Kita tak boleh sangkal kata-kata Allah..!" Amirul mendakwah lagi.
"Habis, kalau tak bertaubat tak berimanlah???" Dia bertanya.
"Kita akan tergolong orang munafiq. Na'uzubillahi min zalik!!" Amirul menjawab.
"Munafiq??" Dia memarahi Amirul. "That's enough! Perlilah lagi!! Hina aku!"
"Bukan aku yang labelkan kau. Allah yang mencela orang-orang yang memusuhi saudaranya sendiri. Kau tak ingat hadits Rasulullah: tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri. Kau tak ingat ke?"
   "Dah lah! Kalau kau tak nak buat, sudah. Sekurang-kurangnya, dia rasa rendah diri depan ibu sebagaimana yang aku selalu rasa bila berdiri sebelah dia." Ujarnya angkuh.
"Apa yang dia dah buat kat kau, sampai kau dendam macam ni?" Amirul tidak tahan lagi.
"Kalau adik kau masih hidup, tak  mustahil dia rasa apa yang aku rasa. Korang terlampau sempurna sampaikan kitorang rasa tak larat nak hadapi hari-hari muka dengan kehadiran korang. Dah lah, nanti Firdha gedik tu carik aku pulak." Dia melangkah pergi tanpa salam.
"Assalamualaikum, hati-hati jalan. Dah malam ni! Nanti jatuh pulak.." Pesan Amirul.
'Hanya kerana Firdha tu lebih hebat dari dia, dia hilang punca sampaikan syaitan merasuk ke hati dalam miliknya. Dia tahu, tapi dia ego. Semoga suatu hari nanti dia akan berbaik semula dengan jantung hati aku tu.'
   Tanpa mereka sedari, Umar melihat dari balik pokok kelapa yang tertanam berdekatan situ.
"Abang Amir buat apa dengan putri tu malam-malam macam ni? Bukan dia tu pelajar bermasalah??"
*******
   Pulang dari kelas prep, Amar masih tidak melihat kelibat Amirul. Bila ditanya kepada Umar, jawabnya 'wallahua'lam'. Umar seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Namun teman sebilik yang muda tiga tahun daripadanya itu juga harus diberikan haknya untuk bersuara. Biarlah Allah menjaga rahsianya, dan biarlah Allah juga yang menyingkap kebenaran itu.
   "Assalamualaikum, sorry lambat balik. Aku busy sangat tadi." Amirul yang baru pulang itu terus naik ke katilnya. "Kau dari mana lah?" Tanya Amar. "Aku dari kantin, kena denda sebab ponteng prep." Balas Amirul selamba. Dahi Amar berkerut. "Kau ke mana?"
"Ke mana-mana saja."
Amar bertambah hairan. Umar kian curiga.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous