Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 2

"Assalamualaikum, Firdha. Amirul kirim salam." Usik Amar tatkala Firdha menemani Liyana ke pejabat. Firdha jelak mendengarnya. Dia tidak pasti samada Amirul bercerita tentang hal semalam kepada putra yang mengusiknya ini. Firdha melipat kertas nota yang sering dibawanya bersama. "Nah, ini untuk Amirul. Anta jangan buka." 'Eh, Firdha kenal Amir?' Detus hati Amar. Setahunya, Firdha seorang yang tawadhu' dan tidak pernah mengambil tahu hal-hal pelajar putra. Amar menyimpan kertas nota itu ke dalam kocek seluarnya. "Insya-Allah, ana akan sampaikan."
"Jomlah, nanti terlambat pula masuk kelas." Ajak Luqman yang baru keluar dari bilik guru yang bersebelahan dengan pejabat.
*********
   "Assalamualaikum, Amir!" Tegur Amar sejurus itu dia duduk di sebelah sahabat baiknya yang senang dipanggil 'Amir'. Sekurang-kurangnya, lebih senang daripada 'Amirul'. Lagi pula, ia lebih bermakna kata Ustaz Umar. Amirul sekadar menganggukkan kepalanya bagi menjawab salam daripada Amar.
"Kenapa ni, Mir? Penat ke? Biasalah tu, kitakan budak SPM. Memang biasalah kalau penat!" Amar hairan melihat Amirul begitu muram. Dia menarik sehelai lipatan kertas dan dihulurkan kepada Amirul. "Ini, surat daripada Firdha. Aku terjumpa dia depan pejabat tadi. Saja je aku nak usik dia, tak sangka pulak tiba-tiba dia nak kirim nota tu pada kau. Terkejut jugak aku. Bila masa kau contact dia?"
   Amirul terkedu membaca nota tersebut, lantas dia bertanya, "dia ada cakap apa-apa dengan kau ke?"
"Takde, dia cuma pesan jangan buka nota tu. Nota tu pasal apa, Mir? Aku nak tahu jugak.."
"Ini nota biasa je la." Balas Amirul sambil mengonyokkan kertas itu menggunakan tangan kirinya.
Amar mencebik, "apatah yang rahsia sangat sampai nota tu dikonyokkan macam tu sekali."

sekiranya ana mengandung, ana tahu untuk mencari anta.
sekiranya tidak, jangan pernah ungkit lagi kisah semalam.
sekiranya anta masih beriman, bertaubatlah dengan taubat nasuha.
dan sekiranya anta beritahu kepada orang lain, 
anta sendiri yang akan menerima padahnya. 

Amar melihat wajah Amirul sugul sepanjang berada di dalam bas. Dia jadi hairan, 'bila masa pulak Amir dengan si Firdha tu contact. Entah apa yang tertulis dalam nota tu sampai Amir jadi camni. Tapi aku kena amanah, diorang berdua tak nak aku tahu tentang nota tu. Biarlah Allah yang mengadili pertengkaran diorang ni. Semoga Allah campakkan semula ketenangan yang hilang dalam hati Amir.'
   Kuliah Ustaz Umar memberi kesedaran di dalam hati Amirul. Dia tidak boleh begini. Dia tidak boleh terus bergelumang dalam dosa merogolnya itu. Dia harus bertaubat. Seperti yang telah dikatakan acap kali oleh Firdha, "aku mesti solat taubat nasuha! Ummi dan walid mesti terseksa melihat anak tunggal diorang melakukan dosa dan meninggalkan doa untuk diorang. Aku kena kembali kepada fitrah aku sebagai seorang Muslim!" Tapi, dia nak jumpa aku lagi malam ni. Katanya, kali kedua.. Tapi kenapa dia sanggup buat macam tu dekat Firdha. Bukan ke Firdha tu dia punya..."
   Amirul menggelengkan kepala. Dia sedar kini. Dia telah terjebak ke dalam sebuah kancah permusuhan. Dia mendirikan solat sunat taubat nasuha untuk menebus dosanya yang besar itu. Dia berharap untuk tidak akan lagi melakukan dosa. Kemudiannya dia berdoa agar dikuatkan iman untuk menghadapi ketua 'projek haram'nya ini.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous