Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 16

Puan Faridah lega urusan mahkamah itu sudah selesai. Dia berharap selepas ini dia tidak perlu menjejakkan kakinya ke tempat itu lagi.

"Anak puan nak kahwin awal?  Dia dah terlanjur ke?" Perli seorang pegawai mahkamah.
"Puan dah tak larat nak jaga anak puan ke? Bersabarlah puan, ada hikmahnya anak kita jadi begitu." 

Perit telinga Puan Firdha mendengar kata-kata itu. Mahu sahaja dia menjerit, "sebelum anak aku jadi macam yang korang tuduh, baik aku kahwinkan dia. Dah ada orang sudi, terimalah. Entah mana lagi aku nak cari menantu macam tu. Sabda Rasulullahyang mafhumnya; jika sudah berjodoh orang yang baik-baik, jagan ditolak. Bimbang akan menjadi fitnah pula. Aku nak mengelak benda tu terjadi."
      "Ibu belum tidur lagi?" Tanya Firdha setelh ibunya menjawab salam.
"Kalau ibu dah tidur, ibu tak dengar suara kamu. Kamu pun tak dengar suara ibu." Perli Puan Faridah.
"Ibu pergi mahkamah ke, petang tadi. Firdha ada telefon rumah tapi ibu tak angkat." Firdha mengadu manja.
"Ibu tertidur agaknya." Puan Faridah berselindung.
"Ibu, Firdha tahu ibu bukan jenis yang tidur petang. Lagipun, Firdha telefon selepas Asar. Ibu janganlah menipu, berdosa. Allah tak suka." Firdha berkata sayu. Pilu hatinya mengenangkan ibunya bekerja keras untuk mereka dua beradik. "Ibu banyakkanlah rehat. Firdha tengok ibu stres je belakangan ni.."
"Ibu dah biasa."
"Ibu dah tak macam dulu lagi. Ibu kena jaga diri elok-elok. Firdha letak gagang ni nanti ibu terus tidur, ya?" Pujuk Firdha.
"Dah tu, kamu telefon ni sebab apa?"
"Firdha memang sengaja nak tanya khabar ibu." Puan Faridah tertawa kecil mendengar jawapan anak sulungnya tiu. "Baiklah, ibu. Selamat malam, assalamualaikum!"
*****

SPM sudah berakhir. Kini tinggallah persiapan pernikahan mereka. Firdha berdebar-debar. Apatah yang akan berlaku di malam pengantin? Apakah ana akan menolaknya? Atau dia pun segan untuk menyentuh ana? Tapi, ibu pun dah fikir masak-masak. Amirah perlukan seorang bapa, dan tiada lelaki lain di dalam hidup ana yang layak. Amirul sudah menyesal, SPMnya 10A 1B. Kerja pun ada. Amirul diterima di Tadika Tarbawi An-Nasir. Ya Allah, aku bertawakkal kepadamu!
"Aku nikahkan dikau Amar Syafiq bin Abdullah dengan Firzha binti Munif dengan mas kahwin RM 15.70 tunai."
"Aku terima nikah Firzha binti Munif dengan mas kahwin RM15.70 tunai."
"Sah!"
     Alhamdulillah.
Firdha memeluk Amirul di sebelahnya. Entah mengapa, dia senang dengan suaminya itu.
     Alhamdulillah.
Tertunai jugak impian sahabat aku ni nak kahwin sama tarikh dengan aku. Terkejut jugak bila dapat tahu dia melamar Firzha. Entah bila diorang ni bercinta.
     Alhamdulillah.
Aku fikir tiada siapa yang inginkan aku setelah apa yang aku lakukan pada kakak. Amar sanggup terima aku si pendendam ni? Insya-Allah, aku akan jadi isteri yang baik untuknya. Aku janji dengan diri aku sendiri.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous