Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 15

Hari itu, dia menjejakkan kakinya di tanah Johor setelah sekian lama meninggalkannya. Berbekalkan keputusan 10A 1B dalam SPM dan pengalamannya sebagai seorang cashier sepenuh masa di Kedah dahulu, Amirul ingin mencari rezeki supaya dia dapat menjaga Amirah dan Firdha dengan baik.
    Kepulangannya ke Asy-Syifa' tengah hari itu disambut oleh Amar. Dia memohon untuk menetap lagi di rumah anak-anak yatim dan miskin itu. Dia ingin berkhidmat dengan tempat tingglnya itu. Ustaz Salleh bersetuju setelah berbincang sebentar dengan Cikgu Mazriana dan warden-warden asrama yang lain. Amirul bersyukur. Kini, dia ingin memohon kerja daripada pihak sekolah.
   "Macam mana, Amir? Dapat tak?" Tanya Amar setelah Amirul pulang dari sekolah malam 25 haribulan itu.
"Kau tahu, Mar? Firdha nampak aku tadi. Dia nampak terkejut sangat. Aku takut jugak kalau pihak sekolah terima aku. Tak sedia lagi nak bersemuka dengan dia." Amirul membuka bajunya. Dia kepanasan. "Alhamdulillah, pihak sekolah cadangkan aku untuk mohon kerja di Tadika Tarbawi An-Nasir. Pihak MTSIS tak nak cikgu semuda aku. Belum cukup pengalaman!"
"Takpelah, Mir. Kurang-kurang, pihak sekolah tetap berikan kau peluang untuk cari kerja. Kau rasa bila duit kau akan cukup untuk meminang dia?" Amar cuba memberi sokongan.
"Aku takde banyak, Mar. Tapi kalau sekadar nak buat majlis akad nikah tu, insya-Allah cukup." Balas Amir. Amar mengangguk-angguk, "yang wajib tu mesti didahulukan."
"Okeylah, aku nak pergi mandi. nanti petang sikit aku nak pergi mohon dekat tadika tu."
   "Aku rasa lebih baik kita masuk meminang cepat. Lagipun, Fir.. Amirah nak masuk 3 bulan."
******
   "Firdha, kamu terima ke lamaran dia?" Puan Faridah bertanyakan Anak sulungnya itu.
"Firdha ikut ibu je. Kalau ibu rasa Firdha perlu kahwin, Firdha redha. Kalau ibu rasa dia tak layak untuk Firdha, Firdha redha." Balas Firdha yang masih menyusukan Amirah.
"Ibu mahu dengar keputusan dari kamu. Isi hati kamu. Kamu ada hak dalam menentukan pasangan hidup kamu. Ibu tak mahu aniaya anak ibu sendiri." Ujar Puan Faridah. "Ibu tanya kamu, kamu suka kalau ibu kahwin kamu dengan dia?"
"Firdha redha, bu.  Dia bapa Amirah. Dia kata, dia sangat sangat cintakan Firdha. Tapi, cara dia salah. Dan Firdha tak kenal lelaki lain selain dia." Balas Firdha dengan nada suara yang lemah.
"Ibu anggap kamu terima dia." Puan Faridah mengeluh. "Kalau diikutkan, ibu tak nak kamu kahwin dengan orang macam tu. Tapi, kamu yang kata dia sangat mencintai kamu. Ibu akan berikan hak orang bertaubat padanya. Ibu berikan peluang ni padanya. Kalau dia tak jaga amanah ni dengan baik, kamu pun lebih tahu daripada ibu tentang hukumnya."
"Ibu jangan paksa diri. Ibu wali yang layak menentukan. Firdha takde sesiapa selain ibu. Ibu pilihlah untuk Firdha. Firdha redha dengan apa yang ibu redha, kerana redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa." Firdha mendesak Puan Faridah untuk memikirkannya lagi.
"Sudahlah Firdha. Amirah tu makin besar. Dah 5 bulan dah. Ibu nak fikir tentang adik kamu lagi. Amar meminang dia secara senyap. Ibu fikir nak kahwinkan diorang berdua. Ibu tak nak Firzha jadi lebih teruk. Memang dia sedang berubah, tapi ibu takut itu sekadar hangat-hangat tahi ayam." Puan Faridah mengeluh lagi. "Ibu fikir nak bersumpah dekat mahkamah, supaya adik kamu tu dapat kahwin."
"Ibu.." Firdha kasihankan ibu. Ibu jangan paksa diri. Firdha nak tolong ibu, tapi Firdha tak tahu macam mana. Maafkan Firdha kalau Firdha banyak menyusahkan ibu.
Kata-kata itu  tidak terluah. Hanya disimpan di lubuk hatinya. Dia tidak mahu ibunya susah hati.
"Ibu, fikir dulu baik-baik. Mungkin ada jalan yang lebih mudah. Ibu janganlah susah-susah nak naik mahkamah tu." Firdha menasihati.
"Ibu dah tekad. Jangan gugat keputusan ibu." Puan Faridah serius tiba-tiba.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous