Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 14

"Kakak, assalamualaikum..!" Firzha terpacul di muka pintu.
"Waalaikumsalam, masuklah." Firdha senang melihat adiknya setelah 2 minggu tidak bersua.
" Akak sihat? Baby macam mana? Siapa nama dia?" Tanya Firzha bertalu-talu. "Firzha sorry tak sempat jenguk akak dekat hospital."
"Alhamdulillah, kami dua-dua sihat. Akak tak kisah pun Firzha tak datang. Akak sekejap je dekat hospital tu. Kenalkan Amirah." Balas Firdha dengan senyuman yang manis.
"Amirah?" Firzha menimang anak saudaranya itu.
"Ya, Nor Amirah binti Abdul Muhaimin. Akak tak boleh nasabkan dia dengan nama Amirul." Jelas Firdha.
Firzha diam sahaja. 'Nampaknya, akak memang dah jatuh cinta dengan Amirul. Dia letak nama tu pada nama baby ni.'
'Macam mana nanti, ya? Aku dengan Abang Amar? Sudi ke dia terima aku yang pendendam ni? Ataupun, dia sekadar suka-suka??' Fikiran Firzha menerawang. 'Tak mungkinlah. Dia seorang yang baik. Mungkin dia serius. Entah! Aku tak nak fikir lagi Kata Kak Firzha, tawakkal je!!'
"Apa yang Firzha tergeleng-geleng tu? Ada apa-apa ke?" Firdha menduga.
"Ab.. Takde apa?" Firzha merahsiakan isi hatinya.
"Abang..?" Firdha mengusiknya.
      "Akak, ni hadiah birthday. Sekali dengan hadiah baby. Tahniah sebab dah jadi ibu dan selamat ulangtahun!" Firzha mengubah topik. "Sorry sangat sebab bagi hadiah lambat."
"Birthday akak ke? Akak tak sedar pun." Balas Firdha. Dia tidak mahu memaksa adiknya. Bimbang mereka berbalah lagi. "Besarnya hadiah ni!"
"Itulah.. Sibuk sangat beranak sampai tak sedar yang birthday anak dia sama dengan dia, 20 Mac." Ujar Firzha.
"Sama ke? Haah lah! Bila Firzha cakap baru akak sedar..!" Firdha menepuk dahi. "It's so nice of you!"
"My pleasure, kak." Balas Firzha sambil membantu kakaknya membuka hadiah.
      "Akak nanti nak ke sekolah ke? Adik dengar kawan akak, Liyana tu dah kabut buat persiapan nak sambut akak balik sekolah. Betul ke, kak?" Tanya Firzha seketika kemudian.
"Ikutkan hati, begitulah. Tapi, tengok dulu kata doktor dan para murabbi. Kalau mereka ada cadangan lain, akak redha." Balas Firdha tenang. "Eh, eh!! Bengkung dengan botol susu lah. Akak baru terfikir nak minta ibu belikan. Dah ada orang lain yang hadiahkan la pulak."
"Hadiah ni bukan dari Firzha seorang je, kak." Firzha teruja melihat reaksi kakaknya itu. Sudah bertahun-tahun dia menghadap muka kakaknya yang matang dan serius. "Ini duit Firzha, Kak Diana dan semua budak dorm kita. Kitorang nak akak kurus macam dulu."
Tiba-tiba air mata Firdha mengalir. "Terharu akak.."
*******

    Firdha tidak sabar untuk kembali ke sekolah. Dia tahu tanggungjawabnya menyusukan Amirah. Namun, anak itu tidak banyak kerenahnya. Hanya akan minum susu sepuasnya sewaktu Subuh, sebelum Zuhur dan selepas Maghrib. Amirah tidur nyenyak selepas menyusu di malam hari. Anaknya itu tidak pernah terjaga malam untuk menyusu. Firdha senang dengan keadaan itu.
    Pulang ke sekolah selepas berpantang, Liyana menyambutnya dengan penuh gembira. Begitu juga rakan-rakan sekelasnya yang lain. Mereka memberitahukan tips-tips SPM yang diberikan para murabbi kepada mereka. Firdha bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang baik hati. Amirah dijaga dengan baik oleh Misi Juwairah di bilik sakit. Dr Juwairah mengambil berat perihal anak yang tidak berdosa itu.  Hanya Firdha sahaja yang boleh menjenguknya.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous