Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Latest List
Full List

05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Bab 13

"Ana harap anti sudi terima ni daripada Amirul. Dia minta ana tolong jagakan anti. Tengok-tengokkan kandungan anti. Katanya, dia berharap sangat dapat berkahwin dengan anti. Dia sangat cintakan anti." Amar menemui Firdha di suatu tengah hari ketika Firdha sedang berehat daripada pelajarannya. Amar setia di As-Syifa sebagai tukang masak dan tukang kebun. Dia ingin menjalankan amanah Amirul supaya menjagakan Umar, Fidha dan Firzha. Firdha mengambil kotak yang dihulurkan dan diletakkan di sisinya.
"Ana tak tahu. Ana nak fokus pada SPM. Ana perlu sediakan diri ana. bulan depan bulan terakhir anak ni dalam rahim ana. Ana nak ke sekolah semula." Firdha menguap-usap perutnya yang semakin memboyot. "Amirul, kalau dia serius anta katakan kepadanya untuk datang bertemu ibu. Jangan pula dia langgar hak wali ana."
"Anti setuju ke nak kahwin dengan dia?" Amar merenung wajah Firdha. "Ana dah kata, ana tak tahu."
Amar diam. Dia menghormati perasaan Firdha. 'Barangkali dia tension. Yalah orang mengandung.'
   "Ini, kalau boleh minta tolong anti." Amar menghulurkan sebuah kotak yang lebih kecil daripada tadi. "Tolong sampaikan kepada Firzha." Firdha menerima kotak itu dengan penuh ragu. 
"Amirul yang bagi?"
"Tak.." Amar malu untuk mengatakannya.
"Daripada siapa ni?" 
"Er.. sampaikan aje pada Firzha." 
"Anta.." Firdha merenung wajah Amar. "Takpe lah."
"Terima kasih banyak."
******
Pagi Rabu yang hening itu, Firdha masih belum keluar dari biliknya. Amar resah. Selalunya seawal 8.00 pagi, Firdha akan menunggu senior-seniornya di kantin sambil menelaah sebentar. Tetapi, kini sudah pukul 9.00 dan Firdha belum lagi kelihatan. Syamil ada mengatakan kepadanya yang mungkin dia tidak dapat hadir hari ini. Dia yang perlu menengokkan kelas Firdha pagi itu. Amar semakin resah melihat pintu bilik Firdha masih bertutup.
"ARGHH...!" Firdha tiba-tiba menjerit.
Amar meluru ke pintu bilik Firdha. "Firdha! Anti tak apa-apa?" Amar cemas.
"Air ketuban dah pecah!!" Sahut Firdha dari dalam.
Amar semakin cemas. "Apa aku nak buat sekarang?" Dia berkata sendiri.
"Tolong beritahukan Cikgu Mazriana. Dia tahu apa yang patut dilakukan!" Firdha mendengar kata-kata Amar itu.
"Okey, anti tunggu ya." Balas Amar.
"Cepat pergi..!" Firdha tidak dapat menahan lagi. Dahinya berkeringat. Dia tidak lupa membasahi lidahnya dengan zikrullah. Moga-moga Allah menjaga anak ini dari segala keburukan.
    Malam itu Amar menghubungi Amirul dan menceritakan pengalamannya.
"Anak kau perempuan, Mir. Kecik comel je! Sebesar tapak tangan aku kepala dia..! Sayang bukan kau yang iqamah-kan dia. Firdha kata, dia nak letak nama.." Amar terhenti.
"Nama apa, Mar? Aku pun nak letak nama. Zainab." Amirul menunggu kata-kata Amar.
"Firdha namakan.. Nor Amirah."
   "Serius??!" Amirul melompat dari kerusi.
"Sungguh, aku sendiri tengok dia tulis atas borang sijil lahir tu." Amar teruja menceritakannya. "Dia tulis.. Nor Amirah binti Abdul Muhaimin."
"Abdul Muhaimin?"
"Kata Firdha, dia sukakan nama Allah itu. Dia harap bapanya jadi seorang pelindung keluarga yang bertanggungjawab." Nada suara Amar berubah.
"Masih ada peluang untuk aku. Aku yakin dia akan terima. Mana ada lelaki lain dalam hidup dia." Amirul juga mengubah nada suaranya.
"Wallahualam. Dia nampak sayu bila dia tengok anak dia tu." Beritahu Amar.
"Aku harap semua ni berakhir segera."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>