Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 12

Firdha melihat kereta Ustaz Salleh membawa Amirul pergi. Tiba-tiba hatinya berasa pilu. "Siapalah yang akan menjalankan hak bapa ke atas si kecil ni nanti.."
   "Firdha, anti okey ke nak belajar macam ni?" Tanya Liyana, prihatin dengan keadaan rakannya itu.
"Ana masih boleh bertahan. Terima kasihlah, anti sudi bagi pinjam nota ni. Kata doktor, lepas ni ana tak boleh datang sekolah lagi dah. Ana tak sesuai belajar di sekolah. Lagipun, junior-junior mesti pelik tengok ana. Doktor takut ana stres dengan mereka. Pihak As-Syifa tengah carikan ana seorang tutor. Mungkin senior-senior SPM tahun ni akan bantu ana." Jelas Fidha kepada Liyana.
"Jadi, tahun depan ana tak jumpa anti lagilah di sekolah?" Tanya Liyana muram.
"Jangan macam tu. Ana pasti akan datang juga ke sekolah. Sebelum bulan enam ana akan habis berpantang. Insya-Allah, lepas tu ana akan selalu datang sekolah." Firdha berusaha menyedapkan hati rakannya.
"Habis tu, anak ni siapa yang jaga nanti?" Liyana penasaran.
"Ana sedang fikirkan lagi." Liyana mengangguk-angguk mendengar jawapan Firdha itu.
******

   Awal persekolahan tahun itu merupakan satu pengalaman baru buat Firdha. Dia akan belajar seorang diri tanpa rakan-rakan yang lain. Dia sungguh bersyukur kerana terdapat senior-seniornya yang sudi datang mengajarnya. Tetapi apa yang mengejutkannya apabila Kak Syamil yang mengajar Bahasa Arab Tinggi mengaku mencintai Amirul.
"Sebenarnya, ana sukakan Amirul. Bila mana ana dengar khabar angin yang Amirul sukakan anti, ana jadi terumbang-ambing. Ana tak tahu macam mana nak hadapi hidup. Baru je ana berfikir nak melamar dia lepas habis SPM, tapi alih-alih dia ni jadi perogol pula." Keluh Kak Syamil. "Patah hati, ana." 
"Besar cita-cita akak nak jadi Khadijah Kuwailid r.a., tapi sekarang ni akak kena redha. Dia adalah dirinya, akak faham tak apa yang ana cuba katakan? Akak lebih berhak mencari yang lebih baik daripadanya." Nasihat Firdha. 
"Akak sedar yang Firdha dan anak Firdha lebih berhak terhadap dia. Akak redha." Ujarnya sayu. "Tidak, kak. Walaupun anak ni anak dia, tapi ana berhak mendapatkan seseorang yang lebih baik dari dia." Tegas Firdha. 
"Kamu bencikan dia ke? Fikirkan maslahat anak tu. Dia perlukan seorang bapa. Lagipun, Amirul dah bertaubat dan terima hukum hudud. Kita semua telah menyaksikannya." Kak Syamil mengingatkan hari di mana Amirul disebat 100 kali di hadapan semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima. 
"Ana tak bencikan dia. Tapi ana juga tak mencintai dia. Ana teringin menjadi seperti Aisyah r.a., tapi Allah menghendaki yang lain. Ana cuba untuk teruskan istikharah. Mudah-mudahan ana temui jawapannya."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous