Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 11

Pihak sekolah telah menetapkan bahawa Amirul akan dipindahkan sekolah ke Kedah. Hukum sebat ditunda selepas SPM atas permintaan Firdha. Amar sedih mengenangkan sahabatnya itu. Dia membantu sahabatnya mengemaskan barangan untuk berpindah sekolah. Umar pula entah mengapa, tidur awal hari itu.
"Wei, kau okey ke nak pindah ni? Jauh kot, Kedah dengan Johor ni. Kau tak sedih ke??" Amar bertanya.
"Aku redha, lagipun ini wasilah supaya taubat aku diterima. Aku harap Firdha dapat terima aku lagi nanti." Amirul menjawab tenang.
"Kau masih sayangkan dia? Aku takut jugak tengok dia tu. Entah macam mana nak SPM tahun depan. Silap-silap beranak dalam dewan periksa." Luah Amar.
"Aku tak rasa macam tu. Ada lagi 6 bulan je sebelum dia bersalin. Nak trial pun okey, aku rasa."
Mereka diam seketika, menumpukan perhatian dalam mengemas baju.
   "Kau pergi sana jangan lupa aku, Mir. Umar tu susah kalau kau takde. Entah siapa dia nak tanya nanti kalau dia tak faham. Aku bukan pandai sangat nak mengajar orang ni."
"Itulah, aku nak mintak tolong kau. Tolong tengok-tengokkan Umar, jangan biar dia jadi macam aku. Jagakan si Firzha tu, nasihatkan dia jangan dendam-dendam lagi. Jangan biar dia kawan sembarangan orang. Aku tahu dia budak baik. Tolong jugak jagakan Firdha, kalau dia bersalin nanti kau tolong azankan ya. Aku takde. Insya-Allah SPM nanti aku datang, tapi lepas tu aku tak boleh duduk sini. Haram. Aku nak carik duit dulu. Nak meminang Firdha."
"Kau dah nekad ke nak kahwin dengan dia?" Amar menduga.
"Aku nak jaga anak aku. Walaupun dia takkan di-bin-kan dengan nama aku, tapi aku nak jaga hak dia."
"Kau dah fikir masak-masak, ya Mir? Aku sokong kau. Yalah, kita ni hidup dah tinggal sebatang kara. Nak nikah nanti, entah siapa aje sedara-mara yang datang. Kawan-kawan je lah harapan kita, kan?"
"Aik? Kau pun dah fikir nak kawin ke? Lain macam je bunyi." Amir mengusik.
"Ada dah calon dalam hati aku ni. Cuma, tak terluah je lagi. Aku pun nak ikut jejak kau. Mudah-mudahan kita satu pelamin." Balas Amar tersipu-sipu.
"Insya-Allah. Nanti-nanti kau jangan lupa contact aku. Aku nak tahu jugak perkembangan anak aku tu."
"Dah la, jom tidur. Esok banyak benda kau nak harung."
   Tiba-tiba sehelai kertas jatuh dari dalam lokar Amirul. Amirul melihatnya. "Amar, ingat lagi tak nota ni?"
Amar melihat nota yang dimaksudkan Amirul. "Nota yang Firdha bagi dua minggu lepas?" Amirul mengangguk.
"Kalau lah aku tak degil waktu kau suruh aku baca hari tu, mesti keadaan tak kecoh macam ni." Luah Amirul kesal.
"Tapi, kalau tak jadi macam ni, aku pun tak tahu yang Firzha tu menghasut kau buat maksiat ni." Balas Amar mengingatkan tentang hikmah perkara yang terjadi.
Amirul terdiam. Dia menyimpan nota itu di dalam sebuah buku untuk dijadikan kenangan.
******


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous