Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 10

"Apa benar dia yang melakukannya atau anti tak dapat mengecam dia. Kami perlukan pengesahan anti." Ujar Mudir Thalhah. Di kala itu, sudah ramai yang berkeliaran kerana sudah masuk waktu rehat. Ada pelajar yang sengaja mencuri dengar perbincangan guru-guru, ingin mendapatkan informasi peperiksaan dan spot check.
"Ya, benar seperti yang dia katakan. Ana menunggu kedatangannya sejak tadi." Firdha tersenyum nipis.
   "Abang Amir, kenapa tak beritahu ada seorang lagi yang terlibat?" Sampuk Umar, dia berdiri di sisi Amar. 'Sejak bila pulak budak ni kat sini?' Amar terkejut.
"Kenapa tak katakan yang Firzha telah mengupah abang untuk merogol kakaknya sendiri??" Umar memprovok. Firdha terpaku saat mendengar nama adiknya terlibat.
"Abang punya pilihan samada untuk mengikut hasutan Firdha itu atau menolaknya. Abang yang salah memilih jadi abang tak berani menyalahkan dia."
"Abang telah menyembunyikan kebenaran." Bidas Umar lantas menceritakan pertemuan antara Amirul dan Firzha pada malam itu.
   "Apa hal kau libatkan nama aku pulak!?!" Firzha yang kebetulan melalui kawasan itu terdengar namanya disebut. "Memang anti yang dendam pada kakak anti dan mempergunakan rasa cinta Abang Amir untuk merendahkan maruah kakak anti ni. Betul tak?" Balas Umar sambil tangannya menunjuk ke arah Firdha.
"Kak Firdha! Akak percaya ke kata-kata mamat poyo ni?" Kasar Firzha bertanya.
Firdha mengangguk lemah. "Akak kenal Firzha lebih lama dari mereka. Firzha sentiasa cemburukan akak walaupun akak tak buat apa-apa. Akak perasan tu. Akak cuba untuk memperbaiki akhlak Firzha, tapi.. Ini yang Firzha balas atas segala pengorbanan ibu? Ini yang Firzha nak tunjukkan pada ibu?? Berfikirlah dengan rasional."
Firzha menyerbu ke dalam memeluk kaki Firdha. "Kak, Firzha tak bermaksud nak sakitkan hati ibu. Jangan beritahu ibu tentang ni. Please..! Firzha tak nak ibu bencikan Firzha."
   "Maafkan akak Firzha. Kalau bukan akak yang beritahu, mudir akan beritahu ibu. Pihak sekolah akan hubungi dan maklumkan kepada ibu tentang hal ni. Sepatutnya, Firzha dekatkan diri dengan Allah. Barulah Dia akan mengangkat darjat Firzha. Firzha telah menzalimi diri sendiri. Balik nanti buat solat sunat taubat. Insya-Allah, ibu takkan marah Firzha. Allah akan lembutkan hati ibu." Firdha memeluk adiknya penuh kasih sayang.
Amirul tenang dan kagum dengan kekasih hatinya itu. Hatinya bertambah sayang, 'mengapalah aku sakiti hati yang suci tu?'
*****

    "Jadi, Puan Faridah, Firdha, apakah hukuman yang sesuai bagi mereka berdua?" Mudir Thalhah meminta pendapat. "Saya rasa eloklah mereka berdua disebat 10 kali atas kesalahan mereka." Usul Puan Faridah.
"Ana serahkan hal ni kepada Allah. FirmanNya dalam Surah An-Nur ayat 2, para pezina perlu disebat sebanyak 100 kali. Janganlah kita nafikan hudud Allah terhadap perogol seperti Amirul. Ana tak tahu apa yang sepatutnya untuk adik ana. Mungkin takzir. Wallahualam." Ujar Firdha tenang, namun hatinya pedih mengenangkan Firzha.
Puan Faridah dan Mudir Thalhah tersentuh melihat ketenangan Firdha. "Tapi, ana harap Amirul dapat menduduki SPM dengan baik." Luah Firdha. Puan Faridah memeluk Firdha. Terharu akan tabahnya seorang anak dalam mengharungi musibah sebegini.
"Ibu, maafkan Firdha tak dapat jaga adik dengan baik." Firdha membalas pelukan ibunya.
 "Tidak Firdha, kamu dah lakukan sehabis baik." Balas Puan Faridah. Mudir Thalhah berbangga kerana dapat melahirkan seorang murid berakhlak Al-Quran. Dia berdoa agar dapat melahirkan lebih ramai  lagi murid seperti Firdha.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous