Epilog
Saban hari, aku menjenguk ke luar tingkap.
Masih segar di ingatanku, betapa sukar untuk dia melalui setiap detik..
Membawa kandungannya ke sana ke mari. Sambil belajar untuk SPM.
Dan kini, aku melihat seorang lagi yang mengalami nasib yang sama.
Pernah aku persoalkan, kenapa Allah takdirkan mereka sebegini?
Alhamdulillah, rupa-rupanya Allah ingin memberikan mereka pahala jihad.
Suatu hari seorang Sahabiyat radhiyallahu anha bertanya kepada Rasul SAW :
jika mereka [lelaki] boleh keluar berjihad, maka apa yang tinggal bagi kami?
dan Rasul SAW menjawab : Apabila seorang wanita hamil maka dicatatkan pahala jihad baginya.
Sekiranya dia meninggal semasa melahirkan ia dikira syahid.
Sungguh, akulah yang hina. Allah ingin menggembirakan mereka dengan pahala jihad, tapi aku..
Astaghfirullah wa atubu ilaih.. [dan aku bertaubat kepadanya]
Kadang-kala aku terfikir, mengapa dia sangat gembira dengan keadaan ini?
Tidakkah dia bimbang dengan keadaan dirinya? Tidakkah dia berasa sakit?
Kemudian, aku teringat sebuah kata-kata :
Wanita sangat gembira bila bersama dengan orang yang dicintainya.
Dan lebih gembira lagi bila mereka dapat membuktikan cinta mereka kepadanya.
Barulah aku faham.
Bila dilihat kembali, aku pula berasa cemburu.
Betapa mudahnya wanita untuk berada di syurga sehingga Rasul SAW juga bersabda :
Sesungguhnya wanita seungguh mudah untuk ke syurga.
Namun, lebih ramai yang berada di neraka.
Atau begitulah mafhumnya.
*****
"Hai, abang. Pandang ke mana tu? Kalau nakkan dia, pergilah. Tinggalkan Firzha.."
Aku tersedar dari lamunan. Dan di depan mataku, Firdha duduk bersama dua orang anaknya, betul-betul di tempat di mana dia belajar dahulu. [Rujuk Ampunilah Hamba 1]
Haih, cemburu lagi isteri aku ni.. Sabar je lah aku memujuknya.
"Sayang, macam mana abang nak tinggalkan sayang sedangkan sayang lah satu-satunya wanita di hati abang? Even mak abang sendiri pun abang dah tak ingat muka dia macam mana. Lagipun, sayang dah buat segala macam pengorbanan untuk abang. Abang tak sanggup, dan abang takkan benarkan diri abang untuk buat macam tu." Aku cuba memujuknya. Dia malah memuncungkan bibir dan menjauh dariku. Duduk dibirai katil. Merajuk lah tu.
"Sayang, jangan macam ni. Tak baik untuk kesihatan. Kalau jadi apa-apa kat baby nanti macam mana?"
"Baby.. Baby.. Baby.. Abang tak pernah sayangkan Firzha kan? Semua yang abang cakap tu tipu jerh! Abang cuma fikirkan baby, bukannya Firzha!!" Firzha terus menyarungkan tudungnya dan keluar dari bilik. Marahnya, sampai pintu pun dihempas. Kesian, pintu.
Aku mengeluh. Aku betul-betul tak faham dengan perempuan. Dia sayang, dia ingin buktikan.. Tapi, dia selalu marahkan aku. Seriously... Aku hanya mampu menggeleng.
*****
Firzha melabuhkan punggung di sebelah Firdha. Dia mendengus kasar.
"Kenapa akak..." Firzha terhenti.
"Kenapa apa?" Firdha terkejut.
"Hmm.. Takde apa-apa." Bukan kerana anak-anak saudaranya masih di situ, tetapi dia merasakan tidak patut melibatkan kakaknya dalam masalah rumah tangga yang dihadapinya.
Firdha tersenyum. "Akak dengar Firzha dengan Amar selalu bergaduh. Kenapa?"
Firzha jadi marah bercampur malu. "Abang Amar beritahu akak ke?"
"Taklah, Abang Amirul yang cerita. Dia minta akak nasihatkan Firzha." Ujar Firdha dengan tenang.
"Firzha tahu, kami bertiga selalu risaukan Firzha? Daripada dulu lagi, sejak kita kahwin."
Firzha membuat muka selamba namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa kencang jantungnya berdegup saat ini. Perasaan malu dan marah bercampur baur.
"Apatah lagi Amar. Dia bertanya tentang Firzha semasa Firzha ke sekolah. Walaupun sejak Abang Amirul semakin sibuk dengan kerja dia dah kurang bertanya, tapi dia masih lagi bertanya tentang Firzha. Orang mabuk cinta, macam tu lah. Semua yang dia rasa, dia cuba sorokkan. Tapi dia tetap tak nak orang sana rasa terpinggir. Amar bukan jenis yang suka berterus-terang, dik. Cuba fahami dia."
"Tapi.."
"Sudah lah, Firzha. Tak elok duduk bawah terik matahari ni. Kamu tu dah sarat mengandung, body temperature high. Dah, pergi masuk. Fikirkan segala kebaikan Amar. Akak nak mandikan Amirah dan Faris." Firdha terus beredar. Membuatkan Firzha tidak sempat berkata-kata.
****
"Firzha, ikut abang baca ni."
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه
شيء في الأرض ولا في السماء
وهو السميع العليم
Firzha hanya menurut.
Amar mengikut Firzha ke dalam wad bersalin.
Tang Firzha digenggam erat.
Beberapa zikir dibisikkan berulang-ulang kali.
*****
"Wah, Firzha. Doktor jealous sangat dengan kamu." Doktor Aini berkata setelah memberikan ubat kepada Firzha malam itu.
"Maksud doktor?"
"Kalau kamu nak tahu, kamu ni sangat beruntung. Bukan saja berjaya jadi ibu muda, tapi ada suami yang sangat penyayang. Pertama kali doktor tengok ada lelaki yang sanggup pegang tangan isteri dia masa bersalin tanpa dilepaskan walaupun sekali. Muka dia pun tenang macam takde apa yang berlaku." Doktor Aini memuji-muji Amar. "Suami doktor sendiri pun tak macam tu, tau."
"Kenapa susah untuk lelaki genggam tangan isteri dia waktu bersalin?"
"Lah, waktu kamu teran kamu tak rasa ke yang kamu genggam tangan dia kuat macam mana? Wanita bersabung nyawa tau untuk melahirkan.. Kamu tak sedar?" Doktor Aini beredar setelah selesai memeriksa keadaan Firzha.
Firzha terdiam mendengar kata-kata Doktor Aini itu.
'Patutlah Abang Amar selalu pandang Kak Firdha semacam. Rupa-rupanya dia kagum dengan wanita bersalin. Mesti dia a bit traumatic. Waktu Kak Firdha bersalin dulu pun, dia yang tolong.'
Tidak semena-mena air mata Firzha mengalir.
*****
"Minta maaf, bang." Firzha tidak melepaskan kucupan di tangan Amar.
"Untuk apa?" Amar terperanjat dengan keadaan itu.
"Sebab selalu salah anggap kasih sayang yang abang berikan pada Kak Firdha. Firzha faham yang abang sangat kasihan kan Kak Firdha dan kagum dengan kegigihan dia belajar sewaktu mengandung, bukan." Ujar Firzha. "Firzha jugak nak ucapkan terima kasih sebab bersabar dengan sikap Firzha. Firzha tahu Firzha selalu melampau dengan abang.."
"Abang tahu Firzha cemburu. Salah abang jugak sebab tak berterus terang dengan Firzha. Abang tak reti..." Amar menarik tangan kanannya. Dia mengubah topik. "Comel anak kita. Nak bagi nama apa? Abang takde idea. Abang cuma terfikirkan nama perempuan je."
"Abang, maafkan Firzha ya?" Firzha masih berasa bersalah.
"Okeylah, tapi dengan syarat." Amar tahu yang Firzha takkan berhenti meminta maaf selagi dia tidak menyatakannya. "Firzha tak pernah bahasakan diri 'sayang', rasanya dah setahun abang menunggu."
"Abang hint kan Firzha ke? Maaf sebab buat abang menunggu selama 18 bulan. Selama ni, Firzha ingat abang yang tak faham hint Firzha. Rupanya, Firzha yang blur. Maaf."
"Shh! Jangan cakap macam tu." Tegur Amar. "Orang blur takkan dapat 12A+.."
"Abang ni.. Firzha ada 1A lah abang...!"
"Sama je. Ni anak ni, tak de nama ke?"
"Rasulullah bagi masa seminggu, gunakanlah masa tu. Jangan rushing sangat.. Sayang sendiri pun tak terfikir apa-apa lagi."
"Whoa, orang 12A+ keluarkan hadith.." Usik Amar.
"Abang ni....."
Mereka berdua tertawa bahagia.
ad says : sori, gatal nak menulis tapi tak banyak idea. sori jugak becoz aku tak dapat google kan hadith2 tu semua. so, yang ada cuma mafhum dari hati dan kepala otak aku yang hina ni jerh. sorie, sorie, sorie.........
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment