Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 17

"Kenapa anta tak masuk?" Tanya Firdha kenapa adik iparnya itu.
"Ana takut. Nervous." Wajah Amar dibasahi peluh.
"Teruk jugak dia muntah. Anta tahu dia mak...?"
"Itulah, ana takut dia mengandung."
"Nauzubillah.. ada lagi seminggu untuk exam. Janganlah ada morning sickness."

Doktor keluar dari bilik rawatan.
"Doktor, isteri aya macam mana?" Tanya Amar cemas.
"Isteri?" Doktor tersebut kehairanan. Pada pengetahuannya, Firzha baru 17 tahun.
"Adik saya macam mana, doktor?" Firzha mencelah, membuatkan doktor tersebut memadam pertanyaan di hatinya.
"Dia tak apa-apa. Cuma keracunan makanan. Ambil ubat. Dan dia boleh balik untuk SPM. Cuma dia kena datang semula esok untuk further investigation. Takut infected by any virus or protozoa. Itu je. None else." Doktor tersebut tersengih panjang. "Dia makan apa semalam?"
Setelah beberapa ketika, Amar pula tersengih panjang. "Itulah orang kuat.."

" Sayang makan budu? Mana dapat ni, makan budu malam-malam..?"
"Alah, Jumaat 2 hari lepas ada orang jual. Beli lah sikit. Satu cawan kecil je."
"Eh, tadi bukan baru minum air oren ke? Berhentilah makan budu tu.."
"Kenapa pulak?"
"Oren ada vitamin C, udang ada arsenik kalium. 2 chemical ni kalau bercampur boleh jadi racun. Tak tahu ke?"
"Takpe, sikit je. Firzha kan kuat..."

"Oh, Firzha memang keras kepala sikit." Firdha tersenyum.
"Haha! No comment." Amar hanya ketawa memikirkan kerenah isterinya itu.
"Alhamdulillah dia tak mengandung."
"Alhamdulillah.. Jom masuk papah dia balik."

*****
"Manis.."
"Happy anniversary, sayang. Hari ni dah masuk 2 tahun kita kahwin. Terima kasih sebab terima abang dengan sepenuh hati." Amar menongkat dagu memerhatikan kecomelan isterinya.
"Tak, abang. Terima kasih sebab pilih sayang untuk jadi isteri abang. I felt terribly humble." Balas Firzha.
"You dont need to be like that." Rambut yang terjurai disisir Amar ke belakang. 'Barulah jelas muka comel isteri aku ni..'
"I have been like that since I heard your propose from my mother. I think its unbelievable. But it has come true." Firzha hanya berkata jujur. Tangannya tidak berhenti menyuapkan kek strawberi shortcake di hadapannya. Sesekali ke mulutnya sendiri, sesekali ke mulut Amar.

"Kalau sayang nak tahu, cinta abang untuk sayang ibarat strawberi."
"Tapi strawberi ada yang manis dan ada  yang masam."
"Cinta abang pun macam tu jugak.. Kalau Firzha betul, abang puji.. Kalau Firzha tersilap, abang tegur straight forward.."
"Um.." Firzha mengangguk-angguk. "Firzha sayang abang macam.." Firzha cuba membalas kata-kata itu. "Abang!!!" Amar mengeluh kecil. "Itu ke perumpamaannya?"
"Kenapa nak bandingkan dengan yang lain, kan..?"
"Haha..." Mereka berdua tertawa. 'Betul jugak kata-kata tu..'

"Firzha takde hadiah apa-apa untuk abang ke?"
"Haah, terlupa..!" Firzha menepuk dahi.
"Baguslah sebab abang yakin abang akan dapat hadiah tu esok. Hadiah yang kita prepare sama-sama."
"Hadiah apa?" Firzha tidak mengerti.
"Esok kan Firzha ambil result..?"
"Yelah result esok..." Air muka Firzha berubah.
"Abang anggap tu sebagai hadiah. 1B ganti dengan RM30 1C ganti dengan RM50. macam mana? Dare to take the challenge?"
"No~!" Firzha menggeleng. Dia sungguh nervous memikirkan hari esok.
"Abang tak kisah macam mana pun rupa hadiah tu.." Amar cuba menenangkan Firzha. "Esok abang ikut pergi sekolah. Dah lama abang tak jejak sekolah tu. Rindu rasanya.."

*****
"Tahniah, Firzha!"
"Congrats to the max, friend."
"Mabruk..!!"
Firzha hairan dengan semua ucapan tahniah yang diucapkan oleh rakan-rakannya.
'Bagus sangat ke result aku. I hope it hits the target.'

"Tahniah ustaz ucapkan. Kamu dapat result SPM terbaik untuk tahun ni."
Firzha tidak percaya dengan apa yang tertera di atas kertas keputusannya. Amar mengintai dari belakang.
"Abang dah cakap dah. I can count on you..!"
Firzha terasa lemah. Pandangnya semakin kelam dan .. gelap.

*****
"Allahuakbar.." Amirul mengazankan anaknya yang baru lahir itu.
"Alhamdulillah, comel anak kita.."

"Assalamualaikum..!" Firzha dan Amar terpacak di muka pintu.
"Waalaikumsalam, masuklah.." Balas Firdha.
"Tahniah sebab dapat anak baru!" Ujar Firzha.
"Tahniah sebab dapat result.." Firdha juga mengucapkan tahniah buat adiknya. "Firzha dapat berapa?"
"Haha! Orang tu pengsan lepas tengok result..!" Amar mengusik.
"Orang pengsan sebab lain lah..!" Firzha menolak bahu Amar.

"Dapat berapa dia, Mar?" Amirul juga ingin tahu.
"Fuh, kita pun kalah aku cakap dengan kau, Mir! 12A++!!"
"Wah, great job sister!!"
"Abang Amar tipu jelah.." Firdha segan. "11A+ je. 1A biasa. Dari mana entah datangnya lagi 1A+.."
"Dari sini lah..!" Amar mengusap perut isterinya.
"Geli...!!!"
"Amar.." "Firzha.." Firdha dan Amirul dapat merasakan sesuatu.
"3 minggu.." Ujar Amar sambil menunjukkan 3 batang jarinya. Firzha tertunduk malu.

!i!walhamdulillahirabbilaalamin!i!

ad's note : sorry sebab tiba-tiba jeh habiskan macam ni. harap korang enjoy. do comment and share.. =]

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous