Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 9

"Kau repot hal aku dekat ustaz, ya?"
"Tak. Tapi kau buat rumah tangga aku berantakan." Firzha terus berjalan biarpun Umar mengejarnya.
"Kau tak patut beritahu sesiapa tentang aku." Umar memarahi Firzha.
"Aku takde apa-apa perjanjian dengan kau."  Balas Firzha. "Kalau adapun, aku tetap tak boleh derhaka pada suami aku."
"Kau memang saja nak kenakan aku, kan?" Umar membengis.
"Bukan kau ke yang nak kenakan aku?" Firzha memerli.

Umar terhenti. Dia benar-benar marah kini. Firzha terus berjalan tanpa mempedulikan Umar. Biarlah lelaki itu dengan masalahnya. Dia tidak sabar untuk pulang.Tiba-tiba, Umar menekup mulut Firzha dari belakang. Dia menarik Firzha ke arah semak berdekatan.
Firzha tersentak. Dia menggigit tangan Umar dan terus berlari biarpun buku-bukunya jatuh tertinggal di situ.
Umar tidak dapat mengejar. Dia mengerang kesakitan.

Pintu ditutup. Firzha terus menaiki katil dan menyelubungi dirinya di dalam selimut.
"Firzha, okey tak?" Amar mendekati isterinya.
"Pergi!! Jangan dekat..!" Firzha menghalau.
"Firzha, ini abang ni.." Amar memujuk.
"Tak.. Berambuuss..!!"

Amar tidak tahu bagaimana mahu memujuk Firzha. Firzha kelihatan begitu takut.
'Baik aku minta tolong Firdha.'
Amar mengunci pintu dari luar dan terus ke bilik Amirul.

"Amirul ada?"
"Takde, abang belum balik lagi. Kenapa ni? Macam kena kejar je." Firdha hairan melihat Amar.
"Um.." Amar berfikir sejenak. Tidak elok jika dia meminta pertolongan Firdha tanpa kehadiran dan izin Amirul. Tapi, Firzha dalam keadaan serius.
"Firzha.. ada masalah sikit. Boleh anti tolong dia?"
"Insya-Allah, kenapa dengan dia?" Firdha mengelek Amirah dan membawanya keluar.
"Ana tak tahu. Dia macam histeria." Jawab Amar.
"Dah beritahu Ustaz Salleh?" Tanya Firdha.
Amar menggeleng. Dia tidak terfikirkan hal itu.
"Ana takut jugak ni. Ana mengandung dah 8 minggu. Takpe lah, ana cuba tapi kena ajak orang yang pakar jugak." Ujar Firdha.
"Anti mengandung?" Amar terkejut. Tiada sebarang tanda pun.
"Shh, ana nak bagi surprise kat Abang Amir. Ana tak morning sickness pun kali ni." Firdha tersenyum senang.
"Oh.."
"Jomlah kita panggil Ustaz Salleh." Ajak Firdha sambil mengelek anak kecilnya, Amirah.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous