Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 8

"Abang, kenapa abang senyap je..?" Firzha hairan dengan sikap suaminya dua tiga hari ini.
"Firzha tahu tak yang abang sayangkan Firzha?" Nada Amar kedengaran sedikit kasar.
"Firzha tahu. Kalau bukan kerana sayang, abang takkan pilih Firzha jadi isteri. Firzha sedar yang abang sangat sayangkan Firzha, sebab tu Firzha cuba berubah." 'Lagipun, Firzha sayang abang jugak.' Firzha hanya memendam ayat terakhirnya di dalam hati. Malu untuk mengatakan cinta terhadap orang yang telah menyelamatkan dirinya daripada jahiliah.
"Abang tanya Firzha, kenapa Firzha contact dengan Umar?"
"Ha, Firzha pun nak tanya.."
"Jawab soalan abang dulu!" Tiba-tiba Amar meninggi suara.
Firzha terkejut, serta-merta air matanya mengalir.
"Abang tak pernah tinggi suara macam ni.."

"Abang takkan tinggi suara kalau Firzha tak sakitkan hati abang." Amar merendahkan suaranya semula.
"Apa yang Firzha dah buat? Firzha tak pernah berniat nak sakitkan hati abang."
"Kalau macam tu kenapa Firzha buat zina dengan Umar? Tahu tak zina mata dan mulut terjadi antara dua orng ajnabi yang bertemu tanpa mahramnya? Kenapa Firzha kecewakan abang..?"
"Hazihi fitnah!" (Ini fitnah!) Firzha membuka laci mejanya. "Firzha memang berzina kalau Firzha ada perasaan pada Umar, tapi Firzha cuma sayangkan abang dan nak tanya abang tentang ni! Firzha tak pernah baca benda ni, walaupun Firzha rasa Firzha perlu baca surat abang yang Umar jumpa waktu gotong-royong besar-besaran bulan lepas." Firzha mengunjukkan surat yang diberikan Umar kepada Amar.
"Surat..?" Amar membaca surat tersebut.

Syamil sayangkan Amar dan Syamil takkan berhenti cintakan Amar.
Kalau betul Amar cintakan Syamil, masuklah meminang.
Jangan buat Syamil tertunggu-tunggu. Lagipun, anak ni milik Amar.

1437 - Syamil.

"Abang tak tahu apa-apa tentang surat ni." Dahi Amar berkerut seribu.
"Boleh Firzha tengok?" Firzha meminta.
"Sebaiknya jangan." Amar tidak mahu Firzha salah faham, namun dia merelakan juga isterinya membaca surat itu. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Firzha tersenyum nipis. "Dah agak dah. Mereka saja nak kenakan kita. Ini tulisan Firdaus."
Amar tidak mengerti kata-kata Firzha itu. "Kenakan kita, kenapa?"
"Wallahua'lam, tapi rasanya mereka berdua bencikan kita. Kesian Umar, jadi mangsa."

"Amar berkawan dengan Pidot?" Amar berkerut dahi.
"Dan Najmi." Balas Firzha.
"Ini masalah besar, kena bagitahu Ustaz Salleh."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous