Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 7

"Hei, Firzha!"
Firzha terpusing-pusing mencari suara tersebut.
"Hoi!"
Firzha ternampak kelibat Umar di tepi tandas. Dia membuat isyarat tangan, 'kau panggil aku?'
Umar memberi isyarat supaya Firzha mendekatinya. Firzha hanya menurut.
"Ada apa?" Firzha bertanya. Dia menjaga jarak di antara dia dan Umar. Bimbang syaitan membisik.

"Kau tahu tak yang Amar tu pernah couple dengan Kak Syamil?" Tanya Umar.
"Setahu ana, abang tak pernah couple dengan sesiapa." Balas Firzha dengan sopan.
"Kau tahu tak apa yang kitorang jumpa masa gotong-royong semalam?" Tanya Umar lagi.
"Ana tak tahu dan ana tak nak tahu." Firzha ingin segera beredar dari situ. Dia tidak mahu kepercayaannya terhadap Amar luntur kerana orang luar.
"Kitorang jumpa benda ni." Umar menunjukkan sehelai kertas merah jambu kepada Firzha. "Mula-mula aku tak percaya. Tapi bila dah baca, terus hilang rasa hormat dekat si keparat tu."
Kata-kata kesat yang dikeluarkan Umar menarik perhatian Firzha. Setahunya, Umar seorang yang soleh.
"Kau kata, korang jumpa. Korang tu siapa?"

"Aku dan kawan-kawan aku." Umar bersikap selamba. Dia semakin mendekati Firzha.
"Ana tahulah, tapi takkan lah kawan kau tu takde nama. Ana nak tahu nama diorang." Firzha sedikit berang.
"Hai.. Kau ni peliklah. Bahasakan diri 'ana', tapi panggil orang lain kau." Umar mengubah topik.
"Baik kau beritahu aku, siapa sebenarnya yang jumpa kertas ni." Suara Firzha semakin keras.
"Aku, Pidot dengan Amy."

Firzha mengeluh. Dia kenal benar dengan Firdaus dan Najmi. Mereka itu jugalah yang menghasutnya supaya membenci kakaknya sendiri. Firzha kesal Umar berkawan dengan mereka. Firzha mengambil kertas tersebut.
"Aku nasihatkan kau supaya bertaubat. Aku tahu kau budak baik. Kau sepatutnya belajar untuk SMA, bukannya berjoli, honeymoon dengan orang yang tak sedar diri nak SPM. Kau tak sepatutnya rosakkan diri kau dengan berkawan dengan mereka. Aku doakan korang semua dapat hidayah dan taufiq daripada Allah. Terima kasih lah, bagi aku surat ni." Firzha beredar dari tempat tersebut. Dia cepat-cepat kembali ke kelas apabila loceng dibunyikan.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous