Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 6

Firdha berhati-hati agar anak kecilnya tidak terjaga. Dia baru pulang dari solat Isya'. Amirul masih tidak kelihatan. 'Mungkin sedang berbual dengan Amar.' Fikirnya.
"Kek siapa atas meja tu?" Firdha terpandang sekotak kek di atas meja.
"Bi.." Rengek Amirah.
"Amirah terjaga? Kesian dia.. Meh sini sayang." Firdha mendukung anak kecilnya.
"Abi.." Rengek Amirah lagi.
"Amirah dah tahu bercakap? Alhamdulillah, pandai anak umi.." Firdha tersenyum riang. "Cuba sebut Allah. Allah.."
"Ah.." Amirah mencuba.
"Comel." Puji Firdha. "Nanti anak umi cuba lagi. Insya-Allah, pandai."

Firdha tersenyum sendiri. Dia masih ingat bagaimana Amar memujuk Firzha. Dia tahu yang Firzha itu memang sukar dipujuk. Pernah berhari-hari Firzha tidak bercakap dengan ibu hanya kerana sebatang aiskrim Malaysia yang berharga 20 sen.
Firdha tersenyum lagi. Membayangkan betapa romantiknya Firzha dan Amar berdating. Dia sendiri tidak pernah begitu dengan Amirul. Dia tidak pernah terfikir pun.
Firdha tersenyum. 'Seorang perempuan itu tempatnya di rumah, dalam rumah pun boleh romantik kan?'

"Assalamualaikum.." Amirul memeluk Firdha dan mencium ubun-ubun isterinya.
"Waalaikumsalam, abang. Tadi Amirah panggil abang. Dia dah pandai bercakap." Firdha memberitahu.
"Iya?" Amirul teruja. "Alhamdulillah, pandai anak abi." Sambung Amirul sambil mencuit pipi Amirah.

"Abang itu kotak apa?"
"Happy birthday. Abang tak tahu nak bagi hadiah apa.. Ini je yang termampu." Ujarnya sambil membuka kotak kek tersebut.
"Takpelah, bang. Firdha dah cukup bersyukur ada orang bagi Firdha hadiah." Balas Firdha.
"Meh sini, abang nak suapkan."
"Malulah, bang.."
"Bukan ada orang lain pun.. Kita je kat sini."
Firdha menyambut suapan Amirul dengan muka yang merah. Kemudian, dia pula menyuap suaminya itu. Amirul berasa gembira.

"Abang rasa tak puas hati kalau bagi Firdha hadiah ni je. Abang nak bagi something lebih valuable untuk Firdha. Firdha nak apa?" Tanya Amirul setelah mereka menghabiskan sepotong kek tiramisu yang dibelinya itu.
"Firdha tak perlukan hadiah, bang. Tapi kalau abang nak bagi hadiah untuk Amirah, Firdha tahu apa yang sesuai.." Firdha tersenyum-senyum.
"Kalau ibunya gembira anaknya dapat hadiah, abang lagi gembira." Amirul tersenyum besar. "Cakaplah, apa dia?"
"Sejak kita kahwin, abang tak pernah sentuh Firdha kan? Amirah perlukan..." Firdha sudah tertunduk malu. "Adik." Dia naik ke katil, berselubung di bawah selimut. 'Malunya..'
Amirul hanya tersenyum. Dia mendekati isterinya dan berbisik, "abang dah lama tunggu saat ni. Abang nak Firdha bersedia dulu, sebab tu abang tak kacau Firdha. Abang takut Firdha fikir abang kahwin dengan Firdha hanya kerana ini. Tapi, Firdha tak rasa terlalu awal ke untuk Amirah menjadi seorang kakak?"
"Nabi bangga dengan umatnya yang ramai."

*****
Amar memeluk isterinya dari belakang. Firzha berasa rimas lalu meleraikan rangkulan Amar. Dia mahu fokus untuk SPM. Amarl tetap tidak melepaskan pelukannya.
"Abang ni kenapa? Firzha tak dapat nak fokuslah. Add math ni bukannya senang." Rungut Firzha.
Amar terdiam seketika. Kemudian dia mengukir senyuman.
"Takde apa. Abang cuma nak tengok isteri abang belajar je." Katanya.
"Yalah tu." Firzha tidak mempercayainya.
"Betul lah, abang cuma nak tengok Firzha belajar."
Firzha merenung mata suaminya itu. "Apa-apa je lah."
'Kenapa dengan abang ni? Selalunya, bila orang belajar, dia duduk dekat katil je. Pelik..'

Amar mencium ubun-ubun Firzha. Firzha menepis. Amar tergelak kecil. Dia duduk di katil seperti biasa, menanda buku-buku kerja Firzha yang amat banyak.
'Alhamdulillah, dia nampaknya dah lupakan tentang tu.'

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous