Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 5

"Akak, happy birthday! Moga panjang umur, murah rezeki." Firzha menemui kakaknya di bilik pagi itu. "Ini hadiah untuk akak dan Amirah."
"Insya-Allah." Firdha menyambut hadiah yang diberikan. "Akak pun nak bagi hadiah jugak. Congrats sebab dapat mumtaz SMA!"
"Terima kasih, akak! Sayang akak lebih." Firzha memeluk kakaknya.
"Firdha, abang dah lewat ni." Amirul mencelah.
"Sibuk je.." Rungut Firzha.
"Hormat abang ipar.." Firdha menasihati Firzha. Dia mencium tangan suaminya.
"Abang pergi dulu. Elok-elok jaga Amirah." Pesan Amirul.
"Insya-Allah, abang pun elok-elok bawak motor."
Amirul hilang dari pandangan setelah dia bersalaman dengan Amar.

"Okey lah, akak. Firzha nak pergi sekolah. Assalamualaikum." Ujar Firzha sambil mencuit pipi anak buahnya. Dia bersalaman dengan kakaknya.
"Waalaikumsalam, belajar rajin-rajin."

Amar hanya melihat telatah Firzha. Dia tidak tahu Firzha cemburu melihat kemesraan Firdha dan Amirul.
Mereka berdua ke dewan makan.
"Firzha nak makan dengan abang ke, nak makan dengan kawan-kawan?" Soal Amar seperti biasa. Dia tahu Firzha masih malu dengan rakan-rakannya yang lain kerana status perkahwinannya itu.
"Kalau Firzha puasa je boleh tak?" Firzha bertanya.
"Kalau Firzha dah sahur tadi takpe. Kalau belum abang tak benarkan. Sarapan tu sangat penting, apatah lagi untuk orang belajar." Balas Amar. "Macam mana, nak makan tak?"
"Firzha makan dengan kawan-kawan je lah." Jawab Firzha. Dia terus berlalu ke dewan makan puteri.
Amar terkedu. Dia gembira Firzha sudi makan seperti pelajar-pelajar yang lain. Cuma, wajah Firzha itu menimbulkan kehairanan baginya. 'Dia marah ke?'

*****
"Hai Amar, seorang je? Mana Firzha? Bukan antum selalu makan bersama?" Tegur Ustaz Saleh.
"Firzha makan dengan kawan dia ustaz."
"Oh, ingatkan antum bergaduh."
"Tak,  ustaz. Tapi tadi ana perasan macam dia marahkan ana. Ana tak tahu apa ana dah buat, tapi muka dia masam je."
"Perempuan ni, kalau kita buat, salah. Kalau kita tak buat pun salah juga." Ujar Ustaz Saleh. "Mungkin anta ada terbuat sesuatu yang dia tak suka ataupun dia nak anta buat tapi anta tak buat benda tu."
"Cubalah pujuk dia. Perempuan ni hatinya lembut, tapi kalau dibiar lama-lama nanti keras jugak."

Amar terdiam. Dia cuba berfikir apa yang boleh membuatkan isterinya itu marah akan dia. Setelah menghabiskan makanan, Amar mencuci pinggannya. Tiba-tiba, dia tersedar 'Firzha tu kuat cemburu.'

Amar memanggil Firzha setelah Ustaz Saleh siap berpesan kepada anak-anak Rumah Yatim dan Miskin As-Syifa'. Pada mulanya, Firzha buat tidak peduli, namun Amar menarik tangannya. Amar membawa Firzha ke tempat yang agak terselindung di situ. Tidak baik kalau ternampak oleh pelajar-pelajar lain.
"Firzha cemburukan Firdha, ya?"
"Perlukah cemburukan kakak sendiri?"
"Dulu sampai buat plan untuk Firdha.."
"Orang dah taubat la..!" Firzha melenting. Dia tahu dia banyak berdosa. Tapi dia sudah berubah.
Amar mencium dahi isterinya. "Kalau nak, cakap. Jangan dipendam sendiri. Abang tak nak isteri abang sedih."
"Tapi, hari tu abang suruh belajar dulu." Air mata Firzha sudah mengalir. Dia terharu.
"Itu sebab abang tak nak Firzha mengandung. Dua perkara ni berbeza, sayang."
"Insya-Allah, Firzha faham." Firzha mencium tangan suaminya. "Firzha pergi dulu, nanti lewat pula."
"Jangan kecewakan ibu lagi. Tebus kesalahan tu, belajar sungguh-sungguh." Pesan Amar.
"Firzha takkan kecewakan abang."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous