Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 3

Amar bangun berdiri, dia melaung "Wahai orang-orang Tongkang Pecah, tolong dengar ni baik-baik. Isteri aku dapat mumtaz SMA! Dia tak bangga pun, dia menangis tau...!"
"Abang buat apa ni? Malu lah.." Firzha menarik Amar untuk duduk.
"Firzha dah dapat mumtaz, kenapa Firzha nak kata Firzha tak layak pulak? Abang bangga tau dapat isteri cerdik macam ni. Siap buat announcement lagi. Bangga ni...!" Balas Amar.
"Tapi Firzha tak sepandai abang. Abang dapat mumtaz semua 90%+. Firzha ada satu je yang 92%. Lain semua 85%+ je." Adu Firzha.
Amar tersenyum.

"Lelaki diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu berbanding wanita yang hanya mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Sebab tu lah, Firzha tak dapat tandingi abang dalam ilmu tapi, 9 nafsu milik wanita boleh memacu akal untuk menjadikannya yang terbaik di sisi Allah. Janganlah sedih, Firzha dah lebih dari layak untuk menjadi isteri abang."
"Betul ni?" Firzha meminta kepastian. Dia sudah terpujuk oleh kata-kata itu.
"Apa bukti yang Firzha nak abang tunjuk?"
"Belanja Firzha makan? Firzha lapar sangat.. Tapi Firzha tak nak abang belanja makan dekat asrama macam selalu. Itu tak dikira belanja tau! Firzha nak makan nasi ayam." Pinta Firzha.
"Banyak songeh pulak, MUMTAZAH SMA kita ni.." Perli Amar. "Jom kita ajak Firdha dengan Amirah sekali."
"Kak Firdha dengan Amirah?" Dahi Firzha berkerut. "Kenapa nak ajak Kak Firdha pulak?! Abang teringin nak dating dengan dia, eh?"
"Hmmph, jangan cemburu buta. Tu ha, diorang. Nak biar diorang join sekali tak?" Amar menunjukkan ke arah Firdha yang sedang menghayun buaian untuk anaknya yang akan berusia 2 tahun pada bulan hadapan.
"Ataupun, Firzha nak dating berdua je?" Amar bertanya lagi kepada Firzha.
"Kenapa tanya Firzha? Keputusan tu di tangan abang." Firzha menundukkan kepala. Dia malu untuk mengakui yang dia mahu mengajak Amar untuk dating seperti rakan-rakan remajanya yang di luar sana.
"Okeylah, jom balik asrama. Duit tak bawak.." Ujar Amar selamba. Dia tahu apa yang bermain di hati isterinya. Dia hanya mahu melihat tahap cemburu Firzha.

*****
"Kenapa abang tenung macam tu?" Firzha tidak jadi menyuap nasi ke mulutnya.
Amar hanya mengukir senyuman.
"Abang nak ke nasi ayam ni?" Tanya Firzha.. Dia benar-benar tidak selesa dengan pandangan mata suaminya itu. Firzha menolak pinggannya ke hadapan Amar. "Nah la."
"Suapkan." Gurau Amar.
Jantung Firzha berdegup kencang. Dia berasa malu namun dia juga teringin untuk menyuap Amar.
Amar sedikit terkejut apabila Firzha menghulurkan tangan ke mulutnya. Dia tidak sangka Firzha akan melayan kehendaknya itu.

"Sedapnya, manis rasa tangan Firzha." Amar tersenyum nakal. Sesekali mengusik Firzha, apa salahnya.
"Bukannya air tangan Fizha pun nasi ayam ni. Air tangan orang kedai ni!." Balas Firzha tidak mengerti kata-kata Amar.
"Yang sedap tu bukan nasinya, tapi tangannya. Rasa macam nak gigit jer." Usik Amar lagi.
Firzha menyembunyikan tangannya. Darah naik menyerbu muka.
"Eleh, makan je la nasi abang tu." Ujar Fizha menyembunyikan rasa malu.

"Abang, kenapa abang tak pernah sentuh Firzha sebelum ni?" Firzha tiba-tiba bertanya.
"Tak pernah? Bukan tadi abang pegang tangan Firzha?" Amar tidak mengerti maksud sebenar Firzha.
"Bukan tu, tapi..." Firzha terhenti. Dia memandang sekeliling. "Takpe lah, tak sesuai cakap kat luar ni."
Amar berkerut dahi. 'Tak nak cakap pulak? Sudah la, bukan selalu aku makan kat luar asrama.'

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous