Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 2

"Assalamualaikum." Amar duduk di sebelah Firzha.
"Waalaikumsalam." Firzha mahu lari tetapi Amar terlebih dahulu memeluk bahunya.
"Kenapa tinggalkan abang?" Tanya Amar. Firzha tidak menjawab.
"Firzha buat abang risau. Firzha nak pergi mana? Apa abang dah buat sampai Firzha lari daripada abang? Kenapa ni Firzha?"
Firzha hanya mendiamkan diri.
"Firzha, cuba bagitau abang masalah Firzha. Abang ni suami Firzha tau. Haram bagi isteri menolak arahan suaminya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Abang tak nak Firzha masuk neraka." Pujuk Amar.

"Lepaskan Firzha." Ujar Firzha tiba-tiba.
Amar tercengang. Jiwanya bergejolak. Dia menelan liur.
"Maksudnya, Firzha...?"
"Ceraikan Firzha!" Firzha benar-benar nekad.

"Astaghfirullahal'azim..! Allah sangat bencikan perceraian." Amar mengurut dada. "Berikan abang alasan yang munasabah untuk ini. Dan abang tak mahu terima alasan selain Firzha ada seorang lelaki ajnabi yang lebih Firzha cintai dan percayai berbanding abang. Then, baru abang bagi. Abang tahu abang bukan cinta hati Firzha. Tapi, tolong beritahu abang kesalahan abang dan kelebihan lelaki tu. Abang cuma nak yang terbaik untuk Firzha." Amar redha. Dia tahu Firzha berkahwin dengannya atas pilihan ibunya. Bukan sebagai pilihan hatinya. Sekurang-kurangnya dia mahu tahu siapa penggantinya dalam menjaga Firzha di lain hari.

"Bukan sebab tu..." Firzha menangis. Dia menekup muka ke meja di hadapannya.
"Firzha, jangan menangis. Cuba terangkan apa masalah Firzha sampai Firzha sanggup buat macam ni dekat abang. Abang tahu, selama setahun kita berkahwin abang tak pernah jadi suami yang baik. Tapi abang tak sanggup tengok Firzha menangis sedih. Firzha boleh ceritakan masalah Firzha. Abang akan cuba jadi pendengar yang baik." Pujuk Amar lagi. "Siapa yang buat Firzha macam ni?"

Tangisan Firzha semakin lebat. Dia terharu mendengar kata-kata itu.
"Bukan itu, bang." Firzha mengusap air matanya yang jatuh berjuraian.
"Firzha rasa tak layak untuk abang. Firzha tak nak abang ada isteri macam Firzha. Firzha tak layak. Dari mula lagi, Firzha tak layak. Abang boleh cari orang lain yang sebaik Kak Firdha. Abang tak perlukan Firzha, Firzha tak layak dengan abang. Firzha tak layak..."

"Shh.. Jangan cakap macam tu." Amar mendekatkan wajahnya ke wajah Firzha. "Firzha tak boleh cakap macam tu. Abang yang pilih Firzha. Dan abang tak kisah segala buruk baik Firzha. Abang yakin Firzha akan berubah menjadi seorang wanita yang dicintai Allah dan Rasul. Abang yang ambil risiko untuk bantu Firzha menempuhi cabaran tu sebagai suami dan bukan kawan Firzha. Abang yang pilih Firzha."
Firzha menggeleng-geleng. "Pilihan abang salah. Firzha tak layak jadi pilihan abang."
"Tapi, abang dah pun pilih Firzha." Balas Amar. "Sekarang abang nak tahu result SMA Firzha. Firzha tak boleh derhaka pada suami.."

Firzha gentar mendengar amaran Amar itu. Dia telah berkali-kali khatam Al-Quran. Dan Allah menyebut dalam ayat ke 34 surah An-Nisa:
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
Dia mengeluarkan kertas keputusan SMAnya dari poket baju. "Firzha tak layak.."
"Shh, biar abang yang tentukan samada Firzha layak ke tak." Amar merenung kertas yang ada di tangannya.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous