Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

Latest List
Full List

11 Aug; Darling, I Need You 19 06 Aug; Darling, I Need You 18 05 Aug; Darling, I Need You 17 02 Aug; Darling, I Need You 16 21 Jul; Darling, I Need You 15 12 Jul; Darling, I Need You 14 03 Jul; Darling, I Need You 13 12 Jun; Darling, I Need You 12 10 Jun; Darling, I Need You 11 07 Jun; Darling, I Need You 10 05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Background by : NJOE
Bab 15

Sabtu itu, ramai pelajar yang datang menjenguknya. Para muallim juga meluangkan masa untuk berziarah.
Amar memanggil Umar dan Firzha. Dia meminta semua orang beredar dari wadnya.
"Abang, Umar minta maaf." Wajah Umar kelihatan sayu.
"Berapa kali nak minta maaf? It's okay lah. Abang pun salah jugak." Amar memujuk.
"Firzha.." Firzha yang dari tadi duduk di sisi katil menumpukan sepenuh perhatian terhadap Amar.
"Abang fikir.." Amar menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata-katanya. Mata Firzha tertancap pada bibir suaminya. Dadanya bergemuruh menunggu kata-kata yang akan keluar dari bibir Amar.
'Apasal aku nervous ni?"
"Abang nak lepaskan Firzha untuk Umar."
Keputusan itu merentap jantung Firzha. Serta-merta, air matanya jatuh berderai. Firzha menekup mulut dengan kedua tangan. Umar juga terkejut. Dia terduduk melutut di sebelah katil. Tangan Amar dicapai.
"Abang, jangan buat kitorang derita. Tolong tarik balik kata-kata abang. Umar tak mampu untuk menjaga Kak Firzha sepertimana abang menjaganya. Umar tak nak Kak Firzha menderita tanpa abang. Bila dia menderita, Umar lagi derita, bang. Siapa yang akan tolong dia dalam pelajaran kalau abang lepaskan dia?"

"Abang masih boleh ajar korang berdua setiap petang." Balas Amar.
"Takkan sama, bang. Kepada siapa Firzha nak tanya kalau Firzha blur waktu night study? Umar masih Form 4, dia takkan tahu jawapan untuk setiap soalan Firzha." Suara yang serak itu kedengaran pilu.
"Abang, jangan buat kitorang menderita. Umar redha abang jadi suami Kak Firzha dan Umar takkan maafkan diri sendiri kalau korang berdua bercerai. Umar akan cuba sedaya upaya agar Kak Firzha tetap bahagia dengan abang. Lagipun... mencintai tak semestinya memiliki." Umar memujuk lagi.
"Tapi.."
"Tidak, abang! Jangan teruskan niat abang ni. Umar mati kalau abang talakkan Kak Firzha!" Umar menegaskan. Firzha masih menahan esakan. Tunduk diam memandang kaki kerusi.
"Abang dengar Amy dan Pidot dah pindah. Umar stuck kat sini sebab Firzha."Amar ingin menjelaskan perlakuannya. "Umar nak pindah ke?"
"Err.." Umar tiada jawapan untuk itu. Hatinya masih sayangkan RAYMAS namun dalam masa yang sama dia ingin pergi meninggalkan memori jahiliahnya di sini.
"Sebenarnya.." Firzha mengesat air mata di pipinya. "Firzha nak abang bagi kaunseling untuk Umar. Dia perlukan abang untuk terus kuat melawan syaitan. Dulu, dia kalah sebab abang terlupakan dia. Sekarang ni, selain untuk mengeratkan semula ukhwah antara korang berdua apakata abang jadi guru kaunseling dia?"

Umar memandang Firzha. 'Itukah sebabnya dia mohon supaya aku tidak dipindahkan?'
Amar memandang Umar. Kemudian dia beralih kepada Firzha. "Okey, sayang." Katanya sambil tersenyum mencubit pipi Firzha.
"Oww.." Firzha mengusap pipinya yang sudah kelihatan merah.
Umar mengalihkan pandangan. Dia beristighfar di dalam hati. Rasa cemburu cuba dibuang.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>