Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 14

"Sadaqallahulazim..." Firzha menutup naskhah Surah Yasin yang dibacanya. Naskhah tersebut diletakkan di atas meja kecil. Sekuntum bunga carnation kuning yang diletakkan di dalam sebuah pasu biru kecil. Pandangan Firzha beralih kepada sekujur tubuh yang terlantar tidak bermaya di atas katil.
Tangan kasar yang sentiasa dan tanpa rasa jemu menyiram tanaman di asrama, digenggam erat. Firzha tidak mahu menangis. Biarlah dia menangis kegembiraan, bukan merintih sedih. Rintihan itu hanya untuk Allah. Menemani malam-malam ibadah seorang hamba terhadap Penciptanya.
"Ya Allah, kuatkanlah hamba-hambaMu dalam menempuhi ujian ini.. Abang, andai abang terpaksa pergi bangunlah dan wasiatkan sesuatu nasihat untuk Firzha. Firzha rindu abang.."

"Setiap malam dia di sini. Dia okey tak?" Amirul bimbang melihat isteri sahabatnya itu.
"Firzha okey, bang. Dia tak lupa study dan qiyam. Firdha temankan dia hari tu dan Firdha sendiri nampak dia bangun tahajud. Abang jangan risau." Balas Firdha.
"Apa yang abang risaukan ialah kematian. Abang tak tahu samada dia dapat terima hakikat ataupun tidak." Ujar Amirul sambil tunduk memandang kasut. Menahan sebak.
"InsyaAllah, semuanya akan jadi yang terbaik." Firdha hanya nampak tersenyum nipis memberi semangat terhadap suaminya.
"Amy dan Pidot dah selamat pindah ke Kelantan dan Perlis. Cuma Umar sahaja yang belum dipindahkan. Kenapa agaknya Firzha mempertahankan dia?" Amirul membuka cerita.
"Najmi dan Firdaus insyaAllah akan menjadi muslim yang hebat suatu hari nanti. Agaknya kerana orang memanggil mereka dengan panggilan yang tak bermaknalah mereka berdua jadi teruk." Amirul tersentak dengan sindiran Firdha. "Firzha hanya ingin memberi sebuah peluang untuk mereka berbaik semula. Dia sedar yang dia telah menjadi jurang di antara mereka. Amar dah tak beri perhatian kepada Umar sejak mereka berdua berkahwin, tiada salahnya jika kita menghubung ukhwah yang retak."
"Jadi, kenapa dia biarkan Am.. Najmi dan Firdaus pindah? Kenapa dia tak pertahankan mereka berdua sekali? Bukan ke mereka pernah berkawan??" Firdaus masih mempertikaikan keputusan Firzha.
"Sebab itulah dia biarkan mereka berhijrah. Mencari hidayah di tempat baru. Meninggalkan jahiliah yang sering mengekori mereka di sini." Firdha mengeluarkan hujah yang kukuh. Sesuai dengan firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang- orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

*****
Panas. Tangan aku, panas. Seperti ada seseorang yang menggenggamnya.
Berat. Mata aku, kenapa berat untuk aku membukanya? Aku mahu melihat siapa dia.
Penat. Kenapa aku rasa macam dah lama sangat aku tertidur?
Ya Allah, bantulah aku untuk bangkit dari tidur yang panjang ini.
"Ya Rahman, ya Rahim. Ya Hayyu, ya Muhyi. Ya RabbalAlamin."
Itu suara Firzha. Alhamdulillah, aku sudah boleh mendengar.
Ini bermakna aku bukan lagi orang yang tertidur..
Ya Qawiy, bantulah aku untuk bangun bertemu isteriku. Ya Allah...

Mata Amar terkebil-kebil. Silau akibat melihat cahaya lampu secara tiba-tiba.
Jari jemari cuba digerakkan. Kepalanya cuba dipusingkan. Dia cuba untuk berbicara "alhamdulillah.."
"Abang..? Abang dah sedar??" Firzha teruja mendengar suara yang dirinduinya selama tiga hari ini.
Amar mengukir senyuman. "  .الْحَمْدُ للّهِ الَّذِي أَحْيَانَا  بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ "
[Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.]
"Firzha panggilkan doktor, ya?" Firzha bingkas bangun. Di bibirnya terukir senyuman yang lebar.
Amar menggenggam tangan isterinya untuk menegahnya pergi. Firzha berkalih memandang Amar. "Sayang, sekarang ni pukul berapa?"
Firzha segera melihat jam tangannya. "7.50 malam."
Mendengarkan itu, Amar bangkit. Dia ingin turun dari katil untuk berwudhu. Firzha terkejut dengan reaksi Amar itu, "abang nak buat apa? Jangan turun katil dulu. Biar doktor cabutkan drip dekat tangan abang tu. Abang tak boleh sesuka hati ke sana ke mari. Abang dah 3 hari tak bergerak, biar doktor check dulu. Okey?"
"Tapi abang tak solat lagi." Sanggah Amar.
"Isya' 8.40. Abang masih ada masa. Biar doktor check dulu, okey?" Pujuk Firzha.
"If that can make you relieved, sayang. InsyaAllah.." Amar kembali berbaring.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous