Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 13

Firzha cuba mengatur nafas. Mengah dia melarikan diri hingga dia merasakan tiada yang mengekorinya.
'Eh, mana Abang Amar?' Firzha menoleh ke belakang. Kosong. Gelap. Tiada sesiapa yang mengekorinya. Hatinya kembali berdegup kencang. Sudah jelas Amar kini bersama Umar. Entah apa yang terjadi di sana.
"Macam mana ni? Abang mungkin tengah kena keroyok.." Buku yang dibawanya dipeluk erat. Firzha bimbang Amar sedang dibelasah oleh Umar, Najmi dan Firdaus. Lekas-lekas dia mendapatkan Ustaz Salleh. Peluh membasahi muka. Apatah lagi, dia sedang memakai jaket Amar.

"Ustaz!! Assalamualaikum..!" Firzha mengetuk pintu bilik menggunakan tangan kirinya. Tiada bunyi yang menyahut panggilannya. Dia mencuba berkali-kali. "Ustaz Salleh! Ustaz Salleh!"
"Ya, ada apa ni?" Pintu di buka separuh. Terpacul muka Ustaz Helmi dengan kopiah putihnya. Mungkin baru selesai solat sunat.
"Maaf saya mengganggu. Tapi, Abang Amar rasanya sedang bergaduh dengan Umar."
"Macam mana boleh jadi begitu?" Wajah Ustaz muda itu berkerut seribu.
"Susah nak jelaskan.." Firzha kehilangan kata.
"Sudahlah. Mari kita kejutkan pelajar-pelajar tingkatan lima. Minta tolong mereka." Ustaz Salleh keluar dengan memakai sehelai kain pelekat dan T-shirt biru. Begitu juga Ustaz Helmi. Jarang Firzha melihat keadaan ini. Hanya Ustaz Halim yang berseluar panjang.

Firzha mengikut Ustaz Salleh mengejutkan pelajar-pelajar putra tingkatan lima untuk membantu meleraikan pergaduhan antara Amar dan Umar. Buku yang dibawa masih dipeluk erat. Ustaz Helmi dan Ustaz Halim juga membantu mengejutkan para pelajar. Mereka lekas menuju ke arah yang ditunjukkan Firzha.
Kelihatan Amar ditumbuk kencang oleh Umar. Firdaus dan Najmi yang cuba melarikan diri dikejar oleh beberapa orang pelajar.

"Abang..!" Jerit Firzha.
Umar terhenti. Amar terpaling ke belakang sebelum rebah melutut ke tanah. Firzha mendapatkan suaminya. Buku Fizik yang dari tadi dibawa erat, terlepas ke tanah.
"Firzha.. abang.." Mulut yang berdarah itu cuba mengucapkan sesuatu namun Amar pengsan di atas ribaan Firzha. Firzha melihat kesan lebam di mata dan pipi Amar. Luka di telinga dan calar di hidung. Belum lagi melihat keadaan badan suaminya itu.
Rasa marah menyelinap masuk ke dalam hati. Firzha bangkit menghadap wajah Umar.

"Apasal kau cari pasal dengan aku, hah?! Sejak bila kau jadi macam ni? Kenapa kau pilih jantan dua ekor tu jadi kawan kau? Apa masalah kau?" Firzha menempelak Umar.
"Aku bukan cari pasal dengan kau..."
"Dah tu, kenapa kau belasah laki aku?!!"
"Sebab dia tak layak jadi laki kau!"
"Kalau bukan dia, siapa? Kau?!"
"Ya, aku! Aku lebih mencintai kau berbanding dia..!"
"Eh, kau dengar sini!" Air mata Firzha bergenang walau suaranya semakin meninggi. "Aku takkan sekali-kali terima kau walaupun aku dah bercerai dengan dia."
Umar menggetap bibir.
"Aku takkan terima orang yang berniat untuk 'cuba' aku. Dan aku tak percaya yang kau lebih mencintai aku berbanding dia." Air mata sudah mengalir di pipi. Dibiar sahaja jatuh ke tanah. "Mencintai tidak semestinya memiliki. Abang Amar pernah cakap, kalau aku sukakan orang lain dia sedia lepaskan aku. Dia tak macam kau. Masih ingin memaksa orang yang kau cintai membahagiakan diri kau, walaupun dia tidak mendapat kebahagiaan yang dia inginkan." Sambil menggenggam tangannya, Firzha menjerit. "Kau dah khianati cinta kau sendiri! Kau tak sedar ke? Zalim..!"
Umar hanya menunduk. Kata-kata Ustaz Umar terngiang-ngiang di kotak memori. ''Tiada yang lebih zalim daripada menzalimi diri sendiri.''
"Kau jangan lah berkawan lagi dengan diorang berdua tu. Aku dah terkena. Aku harap kau tak kena lebih teruk lagi.." Nada suara Firzha berubah perlahan. Suaranya menjadi serak.

Umar terduduk melutut mendengar kata-kata Firzha. Air mata jatuh ke membasahi bumi.
"Memang aku salah. Aku salah sebab jatuh cinta dekat isteri orang yang paling aku sanjungi, yang aku dah anggap macam abang sendiri."
"Macam ni ke kau layan abang kau?!"
"Aku try! Aku try lupakan kau. Tapi aku tak mampu.." Umar mengangkat muka memandang Firzha. "Masa tu, diorang datang. Diorang cakap yang aku ni betul, Amar tak layak untuk kau dan kau takkan bahagia dengan dia. Kitorang plan untuk pisahkan korang."
Umar terdiam seketika.
"Aku mintak maaf. Petang tadi aku tertelan sikit G. Kau tahukan, apa maksudnya..? Maafkan aku, aku tak bermaksud.."

"Astaghfirullah.. Ganja?!" Semua mata yang ada di situ terbuntang. "Kau patut minta maaf dengan diri sendiri. Aku tak terkesan apa pun dengan semua ni. Masa kau cuba lupakan aku, ada tak kau dekatkan diri dengan Allah lebih daripada sebelumnya? Or at least, pernah tak kau terfikir, kalau kau berkawan dengan diorang berdua tu your future will be affected?" Firzha bertanya lembut.
Air mata Umar mengalir lagi. "Maafkan aku.."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous