Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Bab 12

"Betullah, tadi dekat sini bukunya jatuh.."
"Mungkin ada orang dah alihkan agaknya. Cuba Firzha cari dekat situ. Abang cari sebelah sini. Kalau tak jumpa jugak, kita study subjek lain je lah, ya?" Usul Amar. Firzha hanya menurut.

"Ha, jumpa pun. Alhamdulillah..!" Jerit Firzha girang.
"Dah jumpa..? Alhamdulillah.." Amar sedikit lega. Dia berjalan perlahan mendapatkan Firzha.
"Ah...! Ya Allah!!!"

Amar berlari setelah mendengar jeritan Firzha. Dia melihat Umar sedang memeluk Firzha dari belakang. Amar menumbuk rusuk kiri Umar dari tepi.  "ARGHH!" Umar menjerit kesakitan. Firzha terus berlari apabila dia terlepas dari pelukan Umar. Dia tidak lagi menoleh ke belakang.

"Umar, kenapa kau ganggu isteri abang?  Bertaubatlah.." Amar mengambil langkah diplomasi.
Umar hanya diam.
"Umar, kau ada masalah dengan abang ke? Abang ada sakitkan hati kau ke, sampai kau buat abang macam ni?" Umar diam lagi.
"Umar, abang nak tolong kau, wahai ulamak yang hebat." Pujuk Amar.
'Ulamak..' Umar tersentuh.
"Tolong pak cik kau lah!" Najmi datang dari arah semak.
"Kau nak tolong dia macam mana kalau kau dah tinggalkan dia?" Sambung Firdaus pula.
"Amy! Pidot!" Umar ingin menegah.
"Relaks lah, kawan. Kitorang nak tolong kau. Kau nak belasah dia, kan?" Firdaus mengangkat kening.
"Kitorang pun dah tak sabar nak belasah dia. Kitorang takkan kacau kau. Just nak lepaskan geram kitorang je. Harmless to you.." Sambung Najmi sambil tersengih mengepal penumbuk.

"Umar, abang nak tanya satu perkara. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 2 :
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pencerobohan?"
"Mar, kau jangan percayakan dia ni. Dia dah buang kau, kau rasa dia sayang kau lagi ke?" Hasut Najmi.
"Dia curi pulak buah hati kau. Kau rasa dia betul-betul sayangkan kau ke dulu?" Sambung Firdaus pula.
"Umar, abang minta maaf kalau abang ada buat salah.."
DUSH!!!
Satu tumbukan singgah di muka Amar.
"Sekarang baru kau nak mintak maap?!" Marah Umar. "Dan kau tak tahu pun apa salah kau, kenapa kau nak mintak maap??!" Umar menumbuk perut Umar pula.
"Maaf.." Amar masih mencuba untuk memujuk Umar.
Najmi dan Firdaus ikut serta membelasah Amar. Melepaskan rasa benci yang tersemat di hati kerana membawa Firdha pergi dari sisi mereka.
Amar cuba sedaya upaya menepis serangan Najmi dan Firdaus. Namun dia membiarkan serangan Umar mengenainya. Biarlah dia merasai keperitan yang membelenggu jiwa juniornya ini.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous