Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Latest List
Full List

12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Bab 11

Amar terjaga apabila dia terdengar suara orang menangis. Dia melihat Firzha di mejanya memegang pen.
'Hah, bunuh diri?'
Amar segera mendapatkan isterinya.
"Firzha buat apa ni? Jangan jadi bodoh la..!"
Amar mencengkam tangan Firzha. Bimbang isterinya itu mengelar tangannya sendiri.
Firzha memandang Amar dengan mata yang meredup sayu mengalirkan air mata.
"Abang tak kejutkan Firzha pun. Hangus solat Asar sampai Isya'." Firzha menumbuk-numbuk suaminya.
Amar terpinga. Dia terpandang telekung yang tidak berlipat di atas katil. Dia tersenyum. Firzha dibiar melepaskan geram terhadap dirinya.

"Firzha takut nak ambil buku. Firzha nak belajar. Abang tolonglah ambilkan.." Ujar Firzha setelah perasaannya sedikit reda.
"Okey, abang kunci pintu dari luar. Firzha jangan bagi sesiapa masuk tau..!" Ujar Amar tanpa berfikir lanjut.
"Abang jangan tertinggal kunci pulak."

Tiga tapak meninggalkan biliknya, Amar terfikir. "Bukannya aku tahu nak cari buku tu di mana.."
Amar kembali ke biliknya.

*****
Firzha terkejut mendengar bunyi pintu. Dia ketakutan.
Firzha mengambil sebiji bantal. Dia segera menyarung tudungnya dan berdiri di balik pintu.
"Yah! Jangan kacau aku..!" Firzha memukul orang yang membuka pintu itu berkali-kali.
Tiba-tiba dia mendengar suara Amar.
"Firzha, berhenti!"

"Abang rupanya.. Kenapa tak bagi salam? Firzha ingatkan Umar dah curi kunci dari abang.. Takut Firzha."
Amar tersenyum. "Baru sekejap abang keluar, Firzha dah risau?"
"Of course lah! Kalau.." Air mata Firzha bergenang.
"Shh, abang faham." Amar memeluk Firzha.
Firzha menolak lembut badan suaminya. "Mana buku?"
"Abang tak tahu mana nak cari. Esok je lah, ya?" Pujuk Amar.
"Tak nak! Nak belajar. Firzha tak nak tidur."
"Dah malam ni.."
"Firzha tak nak tidur..! Faham tak, bang? Nanti Firzha mimpi.." Firzha merengek. "Please..."
"Dahlah. Jom kita keluar. Abang teman Firzha ambil buku tu."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>