Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Latest List
Full List

12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Bab 10

Firdha terkejut melihat Firzha. Adiknya itu kelihatan seperti orang gila, menunduk memeluk lutut.
"Ya Allah, Firzha. Apa dah jadi?" Firdha duduk di sebelah adiknya.
"Kakak?" Firzha mengangkat muka. "Kakak! Maafkan Firzha.. Firzha dah faham apa yang akak lalui. Tolong maafkan Firzha. Jangan biar Abang Amar terseksa. Firzha tak nak abang sedih.." Tangisan Firzha kedengaran.
"Apa dah jadi ni? Cuba Firzha terangkan pada akak. Akak tak fahamlah..' Firdha memeluk adiknya.
"Umar, kak. Umar.." Firzha menahan sedu. "Dia marahkan Firzha sebab beritahu abang tentang surat tu. Dia nak.. 'cuba' Firzha."
"Astaghfirullah.." Firdha mengusap kepala adik kesayangannya.
"Firzha tak kisah kalau Firzha dah takde dara. Tapi, Abang Amar mesti sedih kalau tahu Firzha 'kena' dengan orang lain sedangkan dia sendiri belum rasa." Bahu Firdha semakin basah dek deras air mata Firzha.
Biarpun kenyataan itu kedengaran aneh, namun Firdha tidak mahu campur urusan rumah tangga adiknya. Firdha hanya penasaran dengan apa yang terjadi.
"Firzha okey tak? Firzha dah.."
"Firzha sempat lari. Firzha gigit tangan dia."

*****
Amar menumbuk dinding. Dia sangat marah mendengarkan itu namun Amirul menenangkannya.
"Kau tak boleh hukum dia. Dia ada hak sebagai seorang penjenayah."
"Hak? Apa hak dia?!" Amar meradang.
"Bertenang. Betul kata Abang Amir. Setiap orang ada hak tersendiri. Abang Amir ditangguhkan hukuman demi SPM. Kenapa tak boleh beri Umar peluang sedangkan dia tak seteruk tu?" Celah Firdha.
"Aku harap dia tak jadi lebih teruk macam aku. Susah bila kita berkawan dengan orang yang salah." Amirul menunduk sayu. "Maafkan ayah, Amirah."
"Firdha akan pastikan Amirah takkan bencikan abang. Kita ajarkan dia elok-elok tentang ilmu agama. Insya-Allah dia faham." Firdha memujuk suaminya.

"Aku tetap tak puas hati!" Amar merengus.
"Sudahlah Amar. Serahkan pada Ustaz Salleh. Biar dia selesaikan." Amirul memeluk bahu sahabatnya.
"Serahkan pada Allah." Sambung Firdha lagi.
"Mana aku nak tidur malam ni kalau dia macam tu?" Suara serak Amar kedengaran sayu.
"Ana rasa dia tak apa-apa. Cuma terkejut sikit." Ujar Firdha.
"Kalau dia halau kau dari katil, kau tidur depan pintu. Bukan dekat luar, jangan salah faham." Usul Amirul. "Kau elakkan dia dari keluar merayap dari bilik. Takut dia jadi apa-apa."
Amar melangkah longlai memasuki biliknya.

Amar melihat Firzha sudah terlena di katil. Amar membiarkan sahaja isterinya itu dalam keadaan tenang. Malam itu, Amar tidur di hadapan pintu seperti yang dicadangkan oleh Amirul.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>