Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Hanya milikMu

Nafasku bagaikan terhenti. Pandanganku kian kelam. Dan suaranya tidak lagi kudengari.

   "Aaah!" Jeritan Affan membuatkan Nafisah terjaga dari tidur.
   "MasyaAllah.. mimpi buruk lagi, zauji?" Tanya bakal ibu itu sambil mengurut belakang suaminya.
   "Na'am, ya Nafisah." Affan cuba mengatur nafasnya yang masih berombak. "Ana.. Ana.."
   "Sudahlah, zauji. InsyaAllah, segalanya okey. Setiap yang berlaku itu di bawah kuasa Allah.." Nafisah menenangkan suaminya yang dikenali di Sudan dahulu dan menasihatinya agar tidak terlalu memikirkan mimpi itu tadi.
   Affan mengimbangi dirinya. Dia tahu, jika diceritakan pada isterinya pasti terganggu perasaan wanita yang sedang sarat mengandung itu. Dia meraup wajah sehingga rapi rambutnya yang panjang melepasi telinga.
   "Nafisah, tidurlah. Ana nak bertahajud."

   "Ana nak tahajud juga." Nafisah turut melipat selimut merah jambu miliknya.
   "Larat ke, Nafisah? Tidurlah, demi anak kita.." Affan risau akan kandungan dalam perut isterinya.
   "Boleh.. Ana dah istiqamah sejak dulu, kenapa pula sarat mengandung mesti jadi penghalang? Nanti ana pantang, ana tak boleh solat dah.." Affan berat hati untuk mengizinkan Nafisah turun dari katil biarpun isterinya memberikan alasan yang kukuh.
   "Ya zauji, dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Ana boleh solat sambil duduk atas kerusi, kan?" Tambah Nafisah sambil tersenyum. Affan mengalah.
*
   Affan melihat Nafisah kembali ke bilik tidur. Baru sebentar tadi dia meminta izin  untuk tidur semula kerana berasa tidak sedap badan. Affan menitiskan air mata, dengan sepenuh pengharapan terhadap Ilahi dia berdoa agar mimpinya tadi tidak menjadi kenyataan.

 -[ 3 hari kemudian ]-
    Aku [ Nafisah ] terduduk menahan sakit. Air ketuban sudah lama pecah seiring dengan azan yang berkumandang sebentar tadi. Kini, darah wiladah mulai mengalir keluar. Aku ingin menjerit memanggil Affan di bilik mihrab. Namun, suara ini tidak pula keluar. Hanya nafasku yang kedengaran berlari keluar dari rongga hidung dan mulutku. Dadaku berombak. Hajatku untuk solat sunat rawatib bersama Affan tidak tercapai.
   Kuterdengar bunyi gugusan kunci berkerincing. Entah berapa lama aku begini sehingga suamiku sudahpun selesai solat sunat dan bergegas ingin ke surau flat yang kami duduki. Terasa kepala anakku berpusing di pintu faraj. Mungkin sudah tiba masanya.
  Peluh membasahi muka. Perut terasa perit. Liur yang ditelanpun bertukar kelat. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk bermujahadah.

"Tenet.. Tenenet.. Net.."
   Itu bunyi henfon Affan. Aku berpaling mencarinya di atas katil. Alhamdulillah, ini peluang bagiku untuk mendapatkan bantuan. Dengan sepenuh kudrat, aku cuba mencapai henfon model Sony Ericsson W8 milik suamiku itu. Punat hijau kutekan.

   "Assalamualaikum, abang. Ini Afiah, kami dekat bawah ni. Boleh kami masuk rumah?"

   Suara adik iparku yang comel kedengaran di corong henfon. Aku cuba berbicara dengannya tetapi anakku berpusing lagi.
   "Ya Allah..!" Itu sahaja yang mampu kulafazkan.
   "Akak? Kak Nafisah??" Suara ceria Afiah bertukar cemas.
   Suaraku tersekat lagi. Dengan sedikit hampa, aku menekan butang handsfree dan menekap henfon tersebut ke perutku. Setelah itu, aku berkomunikasi dengan Afiah menggunakan kod Morse yang aku pelajari daripada Affan.

 - S O S -
 "Kak, are you giving birth?" Afiah bersuara meminta kepastian.
 - Y E S -
 "Mana Abang Affan..?"
 - S U R A U -
 "Are you okay? Could you handle it?"
 - S O S -
 "Banyakkan istighfar, kak. Allah bersama.."

   Aku terus berusaha menahan sakit. Afiah terus mengajakku beristighfar. Beberapa ketika kemudian, kuterdengar suara suami tercinta.

   "Nafisah! Bertahan, ana datang ni.."

   Aku tahu dia lebih resah daripada Afiah. Aku tersenyum sendiri.
 - U H I B B U K A F I L L A H -
   Aku memutuskan talian. Perjuangan ini milikku!

***
   "Nafisah!!!" Affan menjerit di corong henfon adiknya.
   "Kenapa Affan?" Tanya Fadzil, sahabat merangkap adik iparnya yang baru sahaja menelefon ambulans.
   "Afiah mana? Afiah??" Affan terpusing-pusing mencari adiknya. Fadzil menggeleng.
   "Tadi kan anta bagi dia kunci rumah, so dia dah naik dulu.." Ujarnya.
   "Iya? Jomlah kita naik jugak.."

   Fadzil pelik dengan perilaku Affan. Affan tidak melangkah menuju ke lif tetapi dia malah memilih untuk memanjat tangga. Mungkin inilah yang dikatakan future-father-syndrome. Syukurlah, rumah Affan cuma terletak di tingkat 5 bangunan bertingkat 20 itu.
   Di kejauhan, mereka dapat melihat pintu rumah Affan terbuka luas. Affan sudahpun berlari ke arah rumahnya.
   "Nafisah!"
   Afiah yang sedang membawa sebesen air panas terhenti di hadapan pintu bilik tidurnya. Affan semakin cemas. "Afiah buat apa ni?"
   Afiah terkebil seketika. "Akak dah tak tahan tu. And the baby is also excited to see the world too."  Afiah mengukir sengihan. Fadzil juga tersenyum kecil. 'Boleh lagi nak melawak.' Detus hatinya.
   Affan masih tidak dapat bertenang. Dia ingin bertemu isterinya.
   "Abang, what do you want to do?" Afiah menghalang abangnya daripada masuk ke bilik.
   "Abang nak jumpa Nafisah."
   "Uh-uh. Cannot." Afiah menggeleng. "She's too exhausted. Abang bertenang kat luar, bersedia untuk azankan baby. Hubby, tolong sediakan equipment." Afiah hilang di balik pintu.
 'I'm sorry, abang. Kak Nafisah tak nak jumpa abang in her most hideous condition.'

"Akak, you're already delivering. Biar Afiah yang sambut baby ni. Afiah nak ambil air."
Afiah terus ingin keluar, namun lengannya ditarik Nafisah.
"Jangan bagi abang masuk... tengok akak macam ni."

   Fadzil sudah masak dengan situasi sebegini. Sejak kali pertama bertemu dengan isterinya itu di Sudan, dia juga terjebak dalam bidang perbidanan. Tidak sangka dia akan melakukannya juga di Malaysia. Dia menarik Affan duduk di sofa  sebelum mencari peralatan yang diperlukan Afiah. Fadzil teringat kisah pertemuan mereka. Lucu benar bila mengenangkan Afiah ini adik Affan sedangkan sikap mereka jauh berbeza.

*
 -[ Sudan, 3 tahun lalu ]-
   "Kenapa Wajih dah lama tak datang sekolah?" Fadzil masih berkira-kira untuk masuk ke rumah pelajarnya. Namun dia tidak mahu susah-payah berjalan kaki menempuh padang pasir nan luas ini menjadi sia-sia. Fadzil tekad untuk mengetuk pintu rumah yang selayaknya dipanggil khemah usang itu.

   "Alhamdulillah, ada orang datang..!"

   Fadzil terkejut mendengar suara wanita bercakap dalam Bahasa Melayu. Lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu membuka pintu dan terus menariknya ke dalam rumah.
   "You must help me! Do you speak English? Or Deutch?" Bicara wanita itu yang pantas seperti keretapi Shinkasen di Jepun membuatkan Fadzil terkedu sebentar.

  "Saya, orang Melayu.." Ujarnya dengan muka yang masih terperanjat.

   "Baguslah tu! His mother is giving birth but she's too dehydrated. Maybe she didn't get enough water in this three days. i need some warm clothes to help her endure her pain. Could you please get it from her son there? I can't speak Arabic."
   Fadzil terkedu lagi dengan kelajuan bicara wanita itu. Otaknya lambat memproses kata-kata tersebut.

   "Awak dengar tak ni? Saya perlukan tuala panas!!" Marah wanita itu.

   Fadzil segera mendapatkan Wajih untuk meminta kain tebal untuk dijadikan tuala. Sesekali dia mengerling wanita Melayu bertudung coklat itu. Kain pengikat dengan lambang Palang Merah ( Red Cross ) di lengan wanita itu jelas menunjukkan bahawa wanita itu ialah seorang sukarelawan. Sehari suntuk Fadzil membantu sukarelawati itu sehingga lahirlah seorang bayi perempuan yang sangat comel.
*

"Uwek..! Uwek..!" Tangisan bayi kedengaran.
   "Hubby, scissors..!" Pinta Afiah. Fadzil tersentak. Dia meletakkan gunting di sebelah pintu kemudian bangkit mendapatkan Affan. Dia menyentuh kedua bahu Affan yang sedang duduk melayan resah.
   "Don't you hear that, Affan? Mabruk!!"
   Affan hanya merenung wajah Fadzil. Fadzil mengukir seulas senyuman.
   "Abang, it's.. uhm.." Afiah keluar dari bilik. Dahinya berkerut. Matanya tidak lepas memandang anak kecil dalam dukungannya.
   "He or she?" Fadzil pula yang tidak sabar.
   "Er.. khunsa."

   Affan mendukung anak sulungnya. Dia memandang Afiah. "Nafisah...?"
   Afiah memandang Fadzil. "Hubby, mana ambulans?"
   "I don't know. Biar hubby call sekali lagi."
   "No need. Ambulans tu tak boleh percaya." Afiah menegah. "Abang Affan.. Kak Nafisah is unconcious. She needs proper treatment real soon. Boleh angkat dia?"
   Affan memandang wajah Afiah. Dia tidak memahami maksud kata-kata adiknya itu.
   "Kita nak drive dia ke hospital ke?" Fadzil mencelah.
   Afiah mengangguk.
   "Tapi, kita perlukan stretcher. Akak tak tahan kalau abang dukung. Takut bentan nanti."
   "Kita angkat je dengan selimut. Afiah bawa baby, biar hubby dengan Affan angkat Nafisah."

   "Ehm.." Affan berdehem. Dengan suara perlahan, dia bertanya kepada Afiah. "Nafisah, dah pakai.. alas untuk tampung darah nifas??"
   Afiah terdiam seketika. "Belum. Afiah lupa.."
   "Biar abang buat.." Ujar Affan lantas menyerahkan bayinya kepada Afiah.

   Hiba hati Affan melihat isterinya dalam keadaan tidak terurus dan tidak sedarkan diri. Affan menukarkan baju Nafisah dengan berhati-hati. Dia juga menyarungkan sehelai tudung singkat sebelum membaringkan semula Afiah di atas selimut yang baru diambil dari dalam almari. Affan tidak sanggup membiarkan Nafisah  terus berlumuran darah. Biarlah bilik itu sahaja yang memberi kenangan pahit baginya.
*
   Dengan bantuan Fadzil, Nafisah dimasukkan ke tempat duduk belakang. Affan ingin menemani isterinya di situ tetapi Afiah menegah.
   "Abang, biar Afiah jaga akak. Abang duduk depan jaga baby, okey?"
   Affan hanya menurut kata-kata bidan berkelulusan Universiti Oxford itu.
   Afiah sedih melihatkan keadaan abangnya saat ini. Namun, dia juga bimbang Affan bertindak melulu.
   Sementelah, kereta meluncur laju mencari hospital terdekat. Affan teringat mimpinya beberapa hari lalu.

-[ mimpi Affan ]-
# note : Affan mimpi in Nafisah's POV
   Affan cemas mengendalikan kereta. Aku terjerit-jerit menahan sakit. Zikrullah tak lekang dari bibirku. Aku berdoa agar dipermudahkan urusan mujahadah ini.
   Aku menjerit lagi. Perit terasa apabila rahimku terkoyak dek saiz kepala manusia yang ingin keluar dari perutku. Aku cuba meneran keluar bukti cinta antara aku dan Affan. Affan bertambah cemas mendengar jeritanku yang semakin membingit.
   Tangisan meledak. Aku tersenyum puas.Darah yang mengiringi anakku tidak kuhirau. Wajah comel itu aku bersihkan sedikit menggunakan kain bajuku. Aku memeluknya erat.
   "Nafisah.. terima kasih, sayang. Itu lelaki ke perempuan?" Tanya suamiku.
   "Zauji, focus on driving.." Balasku tanpa berniat untuk menjawab soalannya.

   Entah bagaimana, aku merasakan satu hentakan yang kuat. Kemudiannya, tubuhku digoncang kuat oleh seseorang. Aku cuba membuka mata. Wajah Affan yang berlumuran darah. Anakku digendong oleh seorang wanita berbaju putih. Kuihat kereta remuk dilanggar trelar.
   Aku melihat wajah Affan. Di belakangnya, malaikat Izrail menyingkap sayap kanannya. Aku senang melihat suasana yang tenang itu. Pohon delima yang rendang, sungai susu dan khamar... Aku ingin ke sana.
   Terasa nafasku terhenti. Pandanganku kian kelam. Dan suara Affan memanggilku, tidak lagi kudengari.
*
   "Abang, akak dah sedar!"
   Lamunan Affan berderai menjadi debu. Dia berpaling ke belakang menatap wajah isterinya. Tangan kanan Nafisah yang tergapai-gapai dielus lembut.
   "Zauj, bunaiya..?" Nafisah bersuara lemah.
   "Um, dia comel.." Affan mengukir senyuman untuk Nafisah. Nafisah menghembus nafas lega biarpun dia hanya dapat melihat wajah anaknya.

   "HUBBY..!"
   Jeritan Afiah membuatkan Fadzil yang sedari tadi memandang ke arah Affan dan Nafisah berkalih ke hadapan. Stereng dipusingkan ke kanan untuk mengelak lori di hadapan. Malangnya, kereta mereka bertembung dengan sepohon mangga yang sedia tumbuh di tepi jalan.

***
   Terasa hangat meliputi tangan kirinya. matanya dibuka perlahan, namun dipejam semula kerana perit dek silauan lampu pendarfluor di dada siling. Afiah berpaling ke kiri. Dia dapat melihat wajah orang yang bersamanya beberapa ketika sebelum dia tidak lagi sedarkan diri.
   Afiah cuba membalas genggaman tangan Nafisah, namun dia tidak dapat merasakan tangan kanannya.

   "Kak, have I.. lost my arm?" Afiah cuba bersikap tenang.
   "Afiah, ucapkanlah 'inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'. Sesungguhnya, itulah kata-kata orang yang sabar menghadapi musibah. Semoga dengannya Allah akan menggantikan apa yang luput dari kehidupan kita dengan sesuatu yang lebih baik." Nafisah mengukir senyuman. Afiah melihat sebuah kesedihan di sebalik senyuman itu. Dia diam menunggu kata-kata Nafisah yang selanjutnya.
   "Afiah.. rencana Allah itu Maha Sempurna kerana memang Dia lah yang Maha Sempurna. Sedih itu fitrah, namun Mukmin bersifat sederhana dalam setiap perkara. Dengarkan baik-baik kata-kata akak ni, Afiah." Nafisah berhenti, menarik nafas panjang.
   "Dalam kemalangan tadi, hanya kita berdua yang terselamat."

   Afiah terasa ingin meraung sekuat hati namun dia hanya mampu menitiskan air mata. Iman di dada menyedari hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.


vocabs sorry sebab aku banyak guna bahasa arab.. masa ni aku baru habes preksa bhasa arab
- zauji = suamiku
- na'am = ya
- ya Nafisah = wahai Nafisah
- ana = saya
- anta = awak
- uhibbuka fillah = i love you, kerana Allah
- Deutch = bahasa Jerman
- mabruk = tahniah

info islami  -kalau air ketuban pecah, hukum solat masih belum jatuh haram. wajib solat. bila darah wiladah keluar, barulah haram solat. sebab air ketuban hanyalah air jernih bukan hadas besar tapi kotoran.
 -perbezaan antara wiladah dan nifas.. wiladah bermaksud kelahiran. darah wiladah merujuk kepada darah yang keluar semasa melahirkan. nifas pula merujuk kepada darah yang mengalir selepas melahirkan..

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous