First October
"Hei Nabilah, are you okay? Nanti your partner lelaki tau.. You fine with it??" Tanya Ziela sebagai penolong ketua editor yang prihatin akan pekerjanya yang seorang ini.
"Hmm, lelaki?? Okey je kalau dia baik. Lagipun, ini kan soal kerja.. Nak lari mana lagi?" Balas Nabilah dengan jawapan positif.
Ziela mengangguk-angguk sambil tersenyum.
"Cik Ziela..! Dia dah sampai..!!" Laung salah seorang pekerja ADR Publishings. Ziela dan Nabilah memandang ke arah datangnya suara itu. Mereka sudah biasa dengan keadaan pejabat yang sentiasa sibuk ini. Apatah lagi sekarang sudah masuk awal bulan. Tinggal beberapa hari lagi untuk edisi seterusnya diterbitkan.
"Oh, he's cute!" Ziela teruja melihat pekerja barunya.
"Kak Ziela.. beringat sikit dekat suami. Kesian pula dia.." Nabilah mengusik.
"I cuma puji sikit je." Ziela tersenyum nakal sambil kakinya mengorak langkah untuk bertemu freelancer yang diterima syarikat beberapa hari lalu.
"So, you're Grayland? Saya Ziela, penolong editor." Ziela bersalaman dengan lelaki berbaju coklat muda itu.
"Aimi, selamat berkenalan."
"Encik Aimi, this is your partner, Nabilah aka WhiteLion. She's in charge for your storyboard." Ziela memperkenalkan Nabilah kepada lelaki itu.
Nabilah menundukkan wajah. Tangannya masih di dalam poket blaus labuhnya seperti biasa. Dia menahan perasaan.
"Hei, macam pernah nampak." Tegur Aimi.
"Saya baru kenal awak hari ni. Selamat berkenalan." Nabilah mengangguk tanda hormat.
"Bukan ke awak yang hari tu terlanggar saya tapi awak salahkan saya..?" Nabilah tertunduk malu. Sebenarnya dia sudah mengecam wajah lelaki itu, tetapi dia sengaja mahu melupakan perlanggaran kelmarin.
"Uh, janganlah ungkit perkara tu. Bikin malu jer."
"Jadi betul la.. Nice to meet you..!" Aimi menghulurkan tangan.
"Um, hajimemashite." Nabilah sekadar menyambut dengan senyuman.
"Oh, sorry. Now that I recall.. Saya lambat cam awak tadi sebab hari tu awak pakai tudung labuh, kan? Sorry.." Aimi memahami situasinya.
"Okay, now that both of you have known each other, so.. Selamat bekerjasama." Celah Ziela.
"Thank you, miss." Balas Aimi menghargai semangat kerjasama yang dihulurkan bosnya itu.
"Wow! Nabilah, did you here that? Dia panggil I miss..!" Ziela teruja. "Tak sangka I masih nampak muda."
"Wajah tak menampakkan usia. Bertuah Abang Rosman." Nabilah sekadar berbasa-basi. "Jom Aimi, saya tunjukkan meja awak."
"He will die of regret kalau dia tinggalkan I dan kahwin lagi satu, kan? Betul tak, Nabilah..?" Ziela memandang sekeliling. Nabilah sudah pergi meninggalkannya. Barulah dia tersedar bahawa dia sedang berbicara sendirian. Inilah kalau dah perasan sangat!
"For now, awak duduk di sebelah Arham, editor grafik kita. Nanti kami akan sediakan meja yang lebih selesa untuk awak. Maaflah kalau awak rasa tak selesa. Kami memang sibuk.." Nabilah berdalih. Sebenarnya dia belum bersedia untuk membiarkan mana-mana lelaki menduduki meja kosong di hadapannya.
"O.. key.." Aimi berasa pelik dengan kenyataan itu. Dia pasti dia ada ternampak sebuah meja kosong di dalam pejabat ini.
"Hoi, singa putih!" Panggil Azman yang sedang menggunakan mesin fotokopi. "Sini kau.."
Nabilah segera mendekati Azman.
"Apahal aku kena kongsi meja dengan budak baru tu pulak? Suka-suka hati kau je. Aku repot kat bos kang." Marah Azman.
"Sori la.. Saya janji benda ni takkan lama. Hari ni je. Tolonglah jangan beritahu Encik Padi.."
"Apo ko bondo eh, jang? Tiba-tiba sebut nama aku. Aku baru je balik.." Soal Padi yang baru pulang daripada mesyuarat dengan pihak atasan. Lelaki itu suka menggunakan loghat Minang ketika bertutur walaupun hakikatnya lelaki itu berasal dari Kelantan.
Nabilah menunduk. Terasa kecil di hadapan lelaki yang penuh karisma itu.
"Bos, budak ni suruh budak baru tu duduk dekat tempat aku! Mana aku tak marah.. Macam lah takde tempat lain nak letak budak baru tu.." Rungut Azman.
Padi meneliti wajah Nabilah. Nabilah tertunduk lagi.
"Get over with it. Jangan menyusahkan orang lain pulak.." Pesan Padi sambil mengusap kepala Nabilah.
Nabilah hanya mengangguk. Sebentar kemudian Padi melangkah pergi meninggalkan mereka.
"Dengar tu..?!" Azman memarahi Nabilah sekali lagi.
"Please la bang.. Hari ni je. Saya janji, hari ni je. Esok dia duduk dengan saya." Pujuk Nabilah.
"Hish! Susah sangat ke nak faham?! Dah la, aku nak balik!!!" Putus Azman sebelum menghilang lesap.
"Sorry for the commotion." Nabilah duduk berdekatan Aimi. "So, Mr Grayland. Cerita macam mana yang awak nak buat..?"
"Saya nak buat cerita cinta tapi macam historical sikit. Ala-ala Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang la.."
Nabilah mencatatkan segala isi plot kartun mereka. Dia sudah biasa menerima tugas ini di samping tugasnya menulis cerpen bersiri untuk majalah 'Senyum Sokmo' yang diterbitkan syarikat mereka. Dia selalu menyediakan jalan cerita atau skrip untuk panduan kartunis-kartunis baru. Dia sudah masak dengan kerja ini.
*****
"Okey, that's all. Awak boleh mula melukis. Nanti saya bagi skrip tu. Awak boleh ubah sendiri kalau awak nak. Jangan terikat dengan kerja orang lain. Karya awak, hasil titik peluh awak sendiri la.." Ujar Nabilah sebagai penutup perbincangan mereka hari itu. Dia mengambil beg tangannya dan bersedia untuk keluar.
"Eh, cik Nabilah nak ke mana?"
Nabilah terhenti. "Umm.. lunch?"
"Oh. Hmm.." Aimi mengambil sedikit masa untuk meneruskan bicaranya. Nabilah menunggu. "Sudi tak, keluar makan dengan saya? Saya belanja. Sebagai tanda perkenalan..."
Mendengarkan itu, Nabilah tersenyum sinis. "Maaflah.. tapi ibu saya tak bagi keluar dengan lelaki ajnabi kecuali ditemani abang saya. So, saya pergi dulu lah.. Assalamualaikum!"
Aimi sedikit kecewa namun dia menghormati keputusan Nabilah.
Sedikit demi sedikit, karya Aimi semakin berkembang mantap. Dia tidak lagi menggunakan skrip yang dikarang Nabilah. Hanya sesekali dia bertanyakan pendapat Nabilah yang duduk berhadapan dengannya. Nabilah senang dengan pencapaiannya itu. Kini, Nabilah dapat menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap penghasilan karyanya pula.
Suatu hari telefon bimbit Nabilah berdering.
"Assalamualaikum..?"
"Hoi, perempuan jalang! Tergamak kau rampas suami aku, ya? Kurang ajar!! Kau datang sini sekarang.. biar aku hempuk kau habis-habis!"
Aimi terkejut mendengar tempikan wanita itu yang jelas kedengaran dari corong telefon. Wajahnya berkerut.
"Kak.. Maafkan saya, tapi ada baiknya kalau akak tenangkan diri dan fikirkan dengan waras. Perkara ni boleh dibawa berbincang. Maaf ya, kak. Tapi saya sibuk sekarang. Dekat tempat kerja."
"Ah kau..! Mengelak la tu!!" Cemuh wanita itu lagi.
"Kak, ucapkan astaghfirullahalazim dan bertenanglah. Bincang dengan baik, itu lebih mulia. Saya letak telefon ni dulu, ya. Assalamualaikum.."
"Hoi.."
Nabilah terus memutuskan talian. Aimi bertanya dengan wajah penuh hairan. Pelbagai prasangka timbul di benaknya.
"Siapa tu, Nabilah..?"
"Entah. Wrong number.."
Nabilah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan meneruskan kerjanya. Terbit rasa kagum di hati Aimi melihat nabilah tenang menghadapi situasi tersebut. Kalau orang biasa, tentunya sudah menjerit marah. Tambah lagi, Nabilah sedang stres mengejar deadline.
Nabilah perasan akan renungan Aimi. Dia membalas pandang.
"Anything wrong?"
"Huh? Nope!" Aimi malu sendiri. Dia meneruskan lakarannya.
Padi datang menemui Aimi. Mereka berdua memang bersahabat baik sejak bangku sekolah.
"Mie, jom lepak RFC. Aku boring lah." Ajaknya.
"Kau nak belanja ke? Kalau kau belanja, Zam.. aku join je!" Aimi memasang wajah ceria.
"Hotak kau, aku nak belanja. Duit 50-50 la. Keluar RM20 dah boleh kenyang." Sanggah Padi. "Iela, ikut lah sekali. RM30 dah kira makan besar..!" Padi mengajak Nabilah yang sedang berkemas untuk keluar.
"Hm.. Okeylah, dah macam lapar sangat je tu.." Nabilah berwajah selamba.
"Agak-agak la, nak kutuk orang..!" Padi sedar Nabilah sedang mengata dirinya.
Aimi tersenyum senang. Padi ingin menunaikan janji.
**
"Zam, aku rasa macam dah jatuh hati dekat si Nabilah tu la.. Kau kena tolong aku.."
"Eh, bukan ke kau kasanova..? Takkan tak reti nak tackle pulak.. Dah hilang skill ke?"
"Kasanova aku pun, kau jugak yang kahwin dulu. Lagipun, Nabilah ni lain la.. Susah sikit.."
"Sebelum apa-apa, aku tanya kau dulu. Kau serius ke dengan dia? Ke kau nak main-main je?? Aku tak nak subahat kenakan anak dara orang."
"Kan aku dah kata, Nabilah ni lain.. Ada something yang aku tak pernah jumpa dekat mana-mana perempuan. Sesuai la dengan nama pena dia : WhiteLion."
"Kalau kau serius, nanti aku tolong kau."
**
"Hei, Zam. Macam mana kau boleh ajak dia keluar, eh? Seingat aku, dia kata mak dia tak bagi keluar tanpa abang dia. Apa magik yang kau buat ha?" Tanya Aimi sebaik melabuhkan punggung di kerusi makan bersebelahan Padi. Dia hairan dengan reaksi Nabilah sebentar tadi.
"Hmph. Kau tahu tak apa nama penuh singa putih tu?"
"Nur Nabilah?"
"Aduh, kau ni. Kata serius dengan dia, tapi nama penuh dia pun kau tak tahu." Kata Padi separuh mengejek. "Untuk pengetahuan kau, WhiteLion kita tu nama sebenarnya Nabilah Az-Zahra binti Muhd Nur Halim, adik kepada Muhd Nurazam bin Muhd Nur Halim." Jelas Padi panjang lebar sambil menunjuk ke arah dirinya ketika menyebut nama abang Nabilah.
"Adik.. kau?" Aimi hampir tidak percaya.
Padi tersengih lebar.
'Oh no! Aku dah bagitahu bakal abang ipar aku yang aku suka adik dia..' Muka Aimi berubah merah. Darah naik menyerbu muka. 'Tapi, kalau Zam tak marah maksudnya.. Dia setuju..!'
"Sorry, emergency sangat tadi.."
Nabilah yang baru kembali dari bilik air, duduk di hadapan Padi.
"Dah! Jangan sebut benda jijik depan makanan. Tadah tangan, aku nak baca doa."
Mereka menjamah makanan dengan berselera sekali selepas Padi selesai berdoa.
"Zam, kalau aku lamar dia kat sini jugak boleh?" Bisik Aimi secara tiba-tiba.
Padi tersedak. Dia mengurut-urut dadanya.
"Kau bawak cincin ke?" Usik Padi, juga berbisik.
"Mak aku ada suruh aku cari isteri. Dia paksa aku bawak cincin belah rotan ni setiap hari. Diselitnya dalam wallet aku. Aku biar je la, kang tak pasal-pasal kena bebel."
Padi tersengih geli hati. "Ada baiknya kau simpan benda tu, jadikan hadiah birthday dia. Ada beberapa hari je lagi?"
"Birthday dia? Bila?"
Tiba-tiba Padi berkata dengan kuat, "kau tanya je la sendiri. Nabilah ni dah depan mata kau pun."
Aimi tertunduk malu.
"Iela dah agak dah. Mesti mengumpat Iela."
"Ish, tak baik berprasangka. Kitorang cakap benda yang betul je.."
"Mengumpat lah tu namanya.."
"Mengumpat pun ada yang baik jugak kan?"
"Hm, yalah. Abang je yang menang." Nabilah mengalah. "Apa yang abang umpatkan??"
"Entah la, cuba tanya Mie."
Nabilah terdiam bila disuruh begitu. Bukannya abangnya tidak tahu yang dia tidak suka berbicara dengan lelaki. Dia juga hanya berbicara yang perlu sahaja dengan Aimi, belum pernah mereka berbual kosong.
Aimi pula hanya menunduk, dia segan.
*****
"Nah, ni untuk rujukan awak. Saya tiba-tiba rasa rajin nak buat."
"Oh, terima kasih."
Nabilah segera untuk melangkah kembali ke tempat duduknya. Namun, panggilan Aimi membuatkan dia terhenti.
"Awak.. tak nak tahu ke apa yang saya bincangkan dengan abang awak?" Tanya Aimi sambil menunduk segan. Entah bila dia berubah menjadi begitu penyegan? Mungkin kerana Nabilah.
"Kalau awak nak beritahu, cakap je lah. Saya tak kisah pun.." Balas Nabilah selamba. Namun jauh di sudut hati, dia benar-benar ingin tahu tentang perkara tersebut.
"Sebenarnya, saya nak tahu birthday awak bila.."
Nabilah tertawa. Tawanya yang halus dan hampir tidak kedengaran membuatkan Aimi tambah terpikat.
"Awak nak buat apa? Sampai susah-susah tanya abang.."
"Saya nak sambut birthday awak la.. Apa lagi..?" Aimi hanya berbasa-basi. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar.
"My birthday is before October."
"30 September?" Aimi seperti tidak percaya.
Nabilah terpana. "Wow, awak orang pertama yang teka birthday saya dengan betul. Selalunya orang kata 31 hari bulan. Entah sejak bila pulak September ada 31 hari.. Sedih hati saya mendengarnya..."
"Eh, mestilah saya tahu. Hari-hari saya tengok kalendar. Lagipun birthday awak tu 2 hari sebelum birthday saya. Lagi la saya melekat dengan kalendar." Balas Aimi pula.
"Oh, ya? Maknanya kalau ikut hari saya lagi tua lah..? Hehe..?"
"Hm, betul lah tu.."
** beberapa hari kemudian**
"Hai Nabilah. Happy birthday." Aimi menyerahkan sekotak hadiah kecil kepada Nabilah.
Nabilah mengambilnya dan terus menyimpan di dalam beg. Dia yang baru sampai berasa penat dan letih memikirkan kerja. Hari lahir memang menjadi suatu perkara yang menggembirakan, namun ada sesuatu yang membuatkan Nabilah berasa penat dan bosan.
Nabilah terus membuka komputernya.
"Nabilah.. awak tak buka hadiah tu ke?" Tanya Aimi.
Nabilah memandang wajah Aimi. Dia tidak perasan Aimi menunggunya di situ.
"Awak nak saya buka sekarang ke?"
"Ermm.." Aimi mengangguk.
Nabilah hanya melayan. Fikirannya hanya tertumpu kepada deadline. Namun saat pembalut berwarna biru bercorak bunga itu tersingkap, dada Nabilah berdebar. Dia merenung wajah Aimi. Lelaki itu hanya tersenyum. Dengan perlahan, Nabilah membuka kotak yang sebesar tapak tangannya itu.
Terpamer sebentuk cincin yang indah bertatahkan pertama kecil. Nabilah terkedu melihat nota yang terselit bersama.
Will you marry me?
Kotak itu dilepaskan dari pegangan.
"Awak.. Saya tak boleh terima ni.." Nabilah bersuara.
"Kenapa? Awak dah ada orang lain..?"
"Bukan macam tu, tapi kita tak boleh mendahului wali."
"Maksudnya..?" Aimi bingung. Nabilah mengambil sehelai kertas nota dan menulis sesuatu. Aimi hanya menunggu dengan seribu satu persoalan di benaknya.
"Kalau betul awak serius dengan perkara ni, pulangkan cincin ni kepada saya di alamat ni. Itu yang sebaiknya."
Aimi terkedu.
"Maksud awak, awak terima..?"
Nabilah mengangkat bahu.
Aimi menjerit keriangan. "Wohhoo..!"
Semua mata memandang ke arahnya. Seketika dia menunduk memohon maaf.
Nabilah hanya menggeleng. Komputernya ditatap.
Kerja Nabilah terganggu. Dia membuka blognya dan menceritakan apa berlaku tadi.
Tanpa disangka-sangka, 10 komen ucapan tahniah muncul dalam masa 5 saat.
Nabilah terharu. Dia membalas komen tersebut.
mujahidah solehah : Korang semua ni kenal saya ke? Kenapa korang excited sangat? Macam ada apa-apa je..
mrs rose : yelah, you tak pernah cerita pun tentang boyfriend atau apa-apa.. mestilah kami concern.
gorilla tegap : tahniah sekali lagi. nak kahwin jemput kami tau!!
jerry jerp : uhm, sejujurnya.. aku kerja sebumbung dengan kau.
Melihat komen jerry jerp, Nabilah bangkit dari duduk. Seluruh isi pejabat ditenungnya. Setiap orang berada di meja masing-masing dengan tekun menyiapkan kerja. Ada yang berperang dengan pen inking, ada yang tertidur setelah letih mencari idea. Dan tentulah pekerja-pekerja graphic design sedang berperang menatap komputer. Nabilah tidak dapat mengesan orang yang selalu mengikuti perkembangan blognya. Dia mengalah.
mujahidah solehah : jerry jerp, crazyflea pun orang syarikat kita ke? kenapa dia tak on9? sibuk?
Tiada jawapan untuk itu. Dua minit menunggu dan Nabilah pun meneruskan kerjanya. Tidak semena-mena, salah seorang rakan sekerjanya bangkit mendekati mejanya. Nabilah berdebar. Adakah Ikmal merupakan crazyflea yang selalu menjadi orang yang banyak menasihatinya selama ini?
Sangkaan Nabilah meleset. Ternyata Ikmal ingin berjumpa Azman yang duduk di meja bersebelahannya. Dia dapat mendengar Ikmal meminta Azman mengedit semula karyanya namun setelah itu Ikmal berbisik. Nabilah hanya membiarkan. Sudah banyak prasangka yang timbul sepanjang pagi ini. Sudah-sudahlah tu, Nabilah.
"Azman, singa putih cari kau la.. Kau tak nak komen ke? Kesian dia." Bisik Ikmal. Dia sedar yang Azman sedang makan hati melihat post terbaru Nabilah. Ikmal meninggalkan Azman sendiri apabila Azman tidak membalas kata-katanya.
Tiba-tiba Nabilah mendapat komen baru. Daripada crazyflea.
awak betul-betul cintakan dia ke? awak kan baru kenal dia.. awak nak terima ke?
mujahidah solehah : jika datang jodoh yang baik, jangan ditolak.. bimbang fitnah. ada dalam hadis. jadi saya akan setuju jika wali saya setuju.
**2 hari kemudian**
"Assalamualaikum, Aimi. Selamat hari tua." Ujar Nabilah sebaik sahaja tiba di pejabat.
"Waalaikumsalam, thanks." Balas Aimi. Nabilah tersenyum lantas mengorak langkah ke tempat duduknya.
"Nabilah.." Panggilan Aimi membuatkan Nabilah berpaling. "Awak tak terima lamaran semalam tu kan?"
Nabilah mengeluh kecil mendengar soalan Aimi. Pastilah Aimi mendengar berita rombongan merisik datang ke rumahnya semalam daripada abang kesayangannya. "Kenapa awak lambat? Saya menunggu awak tahu?? Kalau awak lambat, saya terpaksa akur. Saya tak mahu berdalih dalam soal ni. Cepat-cepatlah datang rumah."
Nabilah terus meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia memandang meja sebelah yang diduduki Azman. Rasa tertekan menyelubungi hati. Nabilah ingin segera bertemu abangnya. Dia melangkahkan kaki ke lif.
Aimi hairan melihat perlakuan Nabilah. Sangkanya Nabilah sedang menangis. Dia bertindak mengekori Nabilah. Nabilah perasan ada sesusuk tubuh mengekorinya di belakang. Nabilah berpaling.
"Awak ikut saya ke?"
"Awak menangis??"
"Kenapa pulak saya nak menangis? Takde alasan pun."
"Jadi, awak nak ke mana?"
"Jumpa bos."
"Bos?"
"Jumpa abang saya.."
"Oh.. Kalau macam tu, saya masuk balik lah. Jangan menangis tau!"
Nabilah menggeleng. Dia meneruskan langkahnya ke pejabat Padi.
P A P !
Padi terkejut dengan surat yang diletakkan ke atas mejanya secara kasar. Dia memandang wajah adik kesayangannya.
"Abang.. Abang terimalah surat perletakan jawatan ni. Iela dah tak tahan lagi nak kerja kat sini. Dengan budak berdua tu lagi.. Abang sedarkan yang Iela kerja kat sini semata-mata atas permintaan abang dan ibu? I've got my own job! Kontrak dengan PTS tu bukan main-main. Iela tak suka kerja kat sini.." Nabilah terduduk di atas kerusi di hadapan abangnya. Dengan suara yang bertukar serak, Nabilah meminta "please let me work from house.. as a novellist."
"Iela.. bukan hak abang untuk tentukan semua ni. Abang cuma ikut cakap ibu. Ibu yang suruh abang jaga Iela dekat tempat kerja kan.. So, abang cuma boleh terima surat ni bila ibu izinkan Iela berhenti kerja. nanti Iela cakap dengan ibu, ya? Biar abang simpan dulu surat ni." Padi berdiplomasi. Surat yang diserahkan Nabilah diletakkan di dalam laci meja.
"Could you please let me go home?"
"Okey. Balik la.. Bincang dengan ibu."
*****
"Boleh, tapi ada syaratnya."
Nabilah membuat muka cemberut.
"Ibu ni.. Main pakai syarat pulak.."
"Kamu, Nabilah.. kena kahwin dulu. Lepas tu apa yang kamu nak buat terserah kamu. Ibu tak kacau dah."
"Itu bukan terserah Nabilah.. Terserah suami Nabilah.."
"Ya lah.. memang itupun maksud ibu."
"Alah ibu..Jangan la macam ni.. Takkan Nabilah nak jadi prigi cari timba pula..?"
"Hai, kamu ni.. Yang merisik semalam tu, kamu tak nak fikir ke? Dari jauh datang.."
"Rombongan semalam?" Nabilah meneguk liur. Tak mungkinlah dia akan menerima lamaran Azman yang selalu cari gaduh dengan dia selama di pejabat? Tak.. Tak mungkin!
"Macam mana? Kamu tak mahu??"
"Tak mahu la, ibu. Nabilah kenal dia.. Nabilah tak berapa suka la cara dia."
"Kalau macam tu, sudah. Ibu ada lagi satu pinangan dari Kelantan. Kawan lama ibu cari menantu untuk anak dia. Kamu nak kahwin atau kamu nak kerja..?"
Nabilah memuncungkan bibir panjang sedepa. Ibunya hanya menggeleng. 'Haih, macam-macam.'
"Ibu, kalau ibu rasa dia sesuai. Iela terima je lah. Pilihan ibu takkan salah, insyaAllah. Iela cuma harap dia boleh terima minat Iela. Itu je."
"Serius?!" Tanya Padi. Terkejut dengan keputusan mendadak adik tunggalnya itu.
"Abang ni kenapa? Tak sabar-sabar nak jalankan tugas jadi wali??" Nada suara Nabilah sedikit kasar. Jelas dia tidak rela dengan keputusan yang dibuat sendiri. "Dah la.. Iela nak masuk. Mengantuk!"
"Kalau macam tu, ibu telefon kawan ibu lah ya..?"
**2 minggu kemudian**
"Hoi, kelabu!"
D U S H !
Seluruh isi pejabat terkejut melihat Aimi ditumbuk secara tiba-tiba oleh Azman.
"Kau kenapa, ha? Tak puas hati cakap lah! Takyah la nak tumbuk-tumbuk pulak. Tak matang langsung..!"
"Kau tu yang tak matang! Apa yang kau dah cakap dengan Nabilah sampai dia boleh berhenti kerja..?"
"Dia berhenti kerja bukan salah aku la. Aku takde kena mengena langsung.."
"Ah, bohong!! Kau yang pergi kahwin dengan dia senyap-senyap, pastu tak bagi dia kerja kan??"
"Hah..?"
Semua terdiam mendengar tuduhan tak berasas Azman itu. Aimi berkerut tidak mempercayai kata-kata Azman itu. Seluruh warga pejabat pula terkedu apabila mengetahui Nabilah sudahpun berkahwin. Ada di antara mereka yang berlari kembali ke tempat duduk untuk menyemak blog Nabilah.
"Ehem.." Padi berdehem di pintu pejabat. "Aku dengar ada orang bertumbuk.. Ada apa hal?"
"Zam.. Nabilah sekarang macam mana?" Aimi cuba memastikan khabar angin yang dibawa Azman.
"Kenapa kau tanya? bukan kau dah menyerah kalah??" Padi melonggarkan ekspressi wajahnya. Dia tahu ada dua insan yang akan kecewa mendengar kata-katanya nanti.
"Nabilah okey je, dekat Kelantan. Dia gembira dengan kontrak PTS dia. Royalti tinggi jugak. Dan.. ya. Lagi 9 bulan aku akan dapat anak buah."
Padi terus melangkah pergi. Tidak sanggup menghadapi badai yang melanda pejabat di tingkat dua itu sedangkan di pejabatnya juga ada sebeban kerja yang harus diselesaikan.
Aimi mengeluh sedih. Adakah dia orang terakhir yang mengetahui berita ini?
Azman mencapai jaketnya dan terus keluar dari pejabat. Membawa diri yang luka.
Seluruh pejabat menjadi sunyi. Terkejut mendengar berita yang diberitahu bos mereka.
Ada yang gembira dengan kehamilan Nabilah, ada yang sedih dengan kekecewaan Azman. Tiada siapa yang bercakap mengenai Aimi. Tiada.
Aimi cuba meneruskan lukisannya. Menyedari tangannya menggambarkan wajah Nabilah, dia berhenti. Dia juga seperti Azman. Mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat.
**setahun kemudian**
Aimi menunggu sesuatu. Semalam, Padi mengatakan bahawa dia sudahpun menghantar hadiahnya kepada Nabilah. Padi juga memberitahunya yang Nabilah juga ada mengirimkan sesuatu untuknya. Aimi resah menunggu.
"Mie, ni ha untuk kau." Padi meletakkan sebungkus hadiah dengan balutan kertas bercorak bunga. Diatasnya tertampal sekeping kad. Aimi menyelak kad tersebut dan membacanya.
Happy birthday. This first copy is for you. Ukhwah fillah abadan.
Aimi tersenyum. Dia mengoyak balutan tesebut dan mengeluarkan isinya.
'Novel?'
'Pertemuan? Bukan itu jarak antara birthday kitorang..?'
"Aimi..! Dah siap ke belum?"
Aimi tersentak dengan panggilan Azman. "Ha, sikit lagi! Nak siapkan inking.."
Aimi kemudiannya menyimpan novel itu. Dia berjanji akan membacanya kemudian.
ad's note : sorie, xde idea untuk ending yang menarik
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment