Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
H I P O K R I T

   “Sob.. Sob..”

   Mal terpusing-pusing mencari suara tersebut. Ia datang dari belakang tembok kafeteria. Mal menjengukkan kepala. Dia terlihat seseorang duduk berlutut merenung kaki. Seseorang yang tidak dikenalinya.
   “Hoi, kau okey?” Tanya Mal kasar.
   “Apa? Apa? Mana ada apa-apa..” Mar jadi cuak.
   “Kau kenapa? Okey tak…?” Tanya Mal lebih lembut.
   “Mana ada aku nangis.. Aku tak nangis la!” Ujar Mar lagi sambil tangan menghalau orang yang menegurnya itu.
   “Aku tak cakap apa-apa pun.. Lantak kau lah situ, layan perasaan..” Mal jadi panas hati. Niat baiknya untuk membantu ditolak dengan kata-kata yang tidak masuk akal.

Keesokannya.
   Mar berjalan bersama-sama rakan-rakan sekumpulannya seperti biasa. Dia terperanjat apabila melihat Mal bersama sebahagian lagi ahli kumpulannya di tempat pertemuan mereka. Dia masih ingat bayang yang menegurnya semalam.
   “Yo, Mar! Kitorang jumpa orang baru.. Biarpun dia ni perempuan tapi dia hebat tau. Sesuai la masuk geng kita..” Khalid menegur ketua yang 2 tahun lebih tua darinya itu.
   “Mal, kenalkan.. Amar ketua kita.” Selaku penolong, Hafiz memperkenalkan kedua manusia itu. Dia sungguh berharap Amar akan menyambut baik kemasukan ahli perempuan kerana dialah yang menjemputnya menyertai kumpulan mereka.

   “Akmalina.” Mal menghulurkan salam sambil tersenyum sinis mengejek Amar.
   “Amar.” Mar menyambut salam yang dihulur Akmalina. Seketika, dunia bagaikan terhenti.
   “Kalau kau tak nak aku ceritakan kat diorang pasal semalam, kau kena ikut segala cakap aku.”
   Mendengarkan ugutan Akmalina, Amar meneguk liur.
 
 “Terima aku seadanya, 'kay? Aku takkan kecewakan geng ni.” Nada suara Akmalina berubah riang. 
Seluruh ahli kumpulan bersorak girang.
   “Yay, geng kita ada pompuan..!”

   Amar melihat sekeliling, tidak mempercayai dia mendengar sorakan dari rakan-rakannya. 
‘Takkan lah diorang tak perasan dia ugut aku?’

   “Hei, korang semua takde apa-apa projek ke minggu ni?” Pertanyaan Akmalina menyedarkan Amar dari lamunan. Seluruh geng sudah bertumpu mengelilingi Akmalina.
   “Takde.. Dah berapa minggu dah kitorang tak dapat cari projek. Selalu kitorang kill time dengan buat corak baru jerp. Nothin' else.” Ujar Khalid. Orang yang paling dominan antara mereka. Mungkin kerana dia berdarah muda maka dia lebih bersemangat. Perangainya sungguh berbeza dengan abangnya.
   “Oh, designs? Nak tengok..”
   Azwar menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan sebuah fail yang penuh berisi segala corak rekaan mereka bersama.
   “Aku tahu tempat sesuai yang boleh kita kerjakan benda alah ni. Kita boleh buat Sabtu ni.” Ujar Akmalina sambil tersengih menunjukkan sebuah rekaan bertemakan retro dan klasik.
   “Kat mana, say?” Adam terkejut. Sedangkan dia tidak dapat mencari tempat walhal dia lah orang yang bertugas mencari tempat untuk mereka meluahkan bakat mereka. Akmalina pula dengan mudah mendapatkannya.
   “Adalah…” Akmalina mengangkat kening. “Nanti aku confirm kan. Korang tak perlukan bayaran, kan?”
   “Agak la.. Cat Dani siapa nak bayar? Kesian bapak dia, rugi… Kan Dani?” Celah Hafiz sambil menyenggol lengan Dani.
   “Huh? A'ah.” Balas Dani tanpa mengalih pandangan dari iPad miliknya.
   “Oh, cat memang Dani sponsor, eh? Nanti aku bawak kau pergi tengok tempat tu. Bajet kurang sikit.” Ujar Akmalina. Tiba-tiba, henfonnya menjerit. Akmalina menyeluk poket cardigan putihnya.
   “Alamak! Aku dah lambat la. Macam mana aku nak contact korang nanti ha? Tak sempat nak ambil number korang satu-satu..” Akmalina sedikit cemas. Tanpa berfikir panjang, dia merampas iPad Dani dan menghubungi henfonnya sendiri.
   “Okey, got your number. Nanti aku call. Pergi dulu, eh? Bye.”
   “Bye...” Sahut Hafiz, Khalid, Azwar dan Adam. Akmalikna terus menghilang.

   Amar mendekati. Sejak tadi lagi dia hanya melihat dari jauh perbincangan ahli kumpulannya dengan Akmalina. Amar merengus kasar. “Siapa punya idea yang immoral sangat, pergi ajak perempuan masuk geng kita?”
   Hafiz mengangkat kening.
   “Lah, apa yang immoral nya? Dia tu terror kot.. Hasil graffiti dia hari tu gempak, say..! Lagipun, kau salam dengan dia tadi macam setuju jerp. Apa masalahnya..?” Khalid membela keputusan abangnya dalam melantik Akmalina sebagai ahli.
   “Korang tak nampak cara dia tadi?” Amar tetap ingin membantah
   “Aku tengok dia baik jerp. Kan Adam?” Balas Hafiz menyerahkan keputusan kepada ahli yang lain.
   “Entah, cara dia cakap macam pro. Tapi, tengok lah tempat apa dia pilih. Kalau okey, aku serahkan job cari port tu kat dia jerp.” Jawab Adam.
   “Ha'ah.. cara dia tengok designs tu.. Pergh, sampai bercahaya mata dia. Aku rasa dia pro gila kot dalam graffiti. Boleh jadi manager kita.. kan Dani?” Celah Azwar pula selaku designer mereka. “Hoi, Dani..!?”
   “Say, dia bikin aku kalah.. Geram betul!! Dah 2 hari aku tersekat kat level tu, kau tau?!” Dani masih lagi menatap iPad miliknya.
   Hafiz, Khalid, Adam dan Azwar tertawa.
   “Kau ni, memang tak habis-habis dengan game kau.."

4 hari kemudian.
   “Sorry, aku tak boleh follow korang. Dan aku memang tak nak follow pun sebenarnya..”
   “Dia cakap macam tu, pastu dia terus blah?” Tanya Hafiz sekali lagi.
   “Iyalah.. Dia tinggalkan barang-barang ni kat aku and then dia blah. Muka dia merah padam kot. Aku rasa ni mesti ada kena-mengena dengan port yang Mal cari tu, kan?” Duga Azwar. “Buat aku eager jerp.”
   “Relax la, Zack. Aku lagi tak sabar nak tengok.” Celah Adam. “Tapi, Mar mana? Tak datang?”
   Hafiz memalingkan muka menyampah. Dia bosan dengan perangai sahabatnya itu.
   “Jap lagi dia sampai kot..” Celah Khalid meredakan suasana.

   “Hei, sorry guys. Dah lama tak bawak kereta. Kekok sikit..” Sapa Akmalina yang baru tiba.
   “Takpe la.. Ini pun Amar tak sampai lagi.” Balas Adam.
   “Aku rasa dia takkan datang. Jom la, gerak.” Celah Hafiz.
   “Apa hal pulak? Tak boleh la macam tu.. Mintak number phone dia.” Akmalina terus mendail sambil duduk di atas tembok ruang bacaan itu. “Weyh, Mar. Baik kau datang sekarang.. kau tau la apa jadi kalau kau tak datang. Aku bagi kau 5 minit je. Lima minit!!” Gertak Akmalina sebelum dia memutuskan talian.
   Azwar, Adam dan Khalid terkedu.
   “Pergh, cayak la lu..! Lu gertak dia camtu jerp? Kitorang semua tak berani kot..” Tabik Azwar.
   “Kau kan orang baru, patut hormat la ketua. Dani tak datang kau boleh pulak lepaskan..?” Rungut Khalid, tidak menyenangi perlakuan Akmalina.
   “Kau fikir aku lepaskan dia macam tu je?” Jelingan membunuh Akmalina menyeramkan bulu tengkuk mereka.

Sehari sebelumnya.
“Tempat ni?! Kau gila ke apa? Aku lagi sanggup makan 4 biji durian daripada datang sini. Busuk..”
“Eh, okey apa? Bukannya teruk sangat pun. Kita senangkan hati orang, hati kita pun jadi senang gak. Nanti kau dah tua macam ni jugak la baunya..”
“Aku takmo projek ni. Diorang semua pun takkan terima la..”
“Tapi, kau dah terima bayaran. Kau tak boleh kecewakan diorang ni.”
“Okey, aku sediakan cat. Tapi aku takmo buat projek ni. Takkan!!”
“Kalau macam tu kau kena makan 4 biji durian macam yang kau cakap tadi.”

   Akmalina tersenyum sinis mengingatkan betapa teruknya Dani menghabiskan 4 biji durian dalam keadaan terpaksa. Lelaki itu kini demam panas dan sedang duduk berehat di rumah.                           
   “Mal, kau memang cari pasal dengan aku, kan?” Marah Amar sebaik sahaja dia tiba.
   Akmalina hanya tersenyum sinis. Cardigan putihnya dibetulkan.
   “Korang semua kunci tayar motor. Jom naik kereta dengan aku.”

   “Pergh, Alphard! Mana kau dapat, say?” Ujar Azwar dalam kagum.
   “Pinjam orang je. Naik la..”

*****
   “Kita dah sampai.. Jom!” Akmalina terus mematikan enjin dan mengeluarkan barang-barang mereka.
   “Oi, serius ke ni?” Dahi Khalid berkerut.
   “Rumah.. orang-orang tua?!” Adam menggosok-gosok mata.
   “Say, ini kerja gila..” Azwar juga tidak percaya. “Kau tak boleh biar dia cari port dah, Adam. Gila nanti.”

   Dalam kekeliruan itu, Hafiz ketawa besar.
   “Haha! Ini cerita gempak..!” Hafiz turun mengekori Akmalina yang senang-senang mengarah Amar.
  Khalid, Adam dan Azwar berpandangan. Jika penolong kumpulan sudah menyatakan persetujuan dan ketua juga sudahpun memulakan langkah, mereka tidak punya alasan lagi untuk membantah. Mereka menganggap ini sebagai satu cabaran. Mereka tidak mengetahui Hafiz sebenarnya sedang mentertawakan Amar.

*****
   “Haaa.. siap pun kerja kita.” Azwar terduduk melepas penat.
   “Betul la kata Mal. Corak ni memang sesuai la dengan tempat ni.” Ujar Adam pula.
   “Aku dengar pakcik-makcik tu dok puji graffiti kita. Diorang memang suka la..” Celah Khalid pula. “Tapi.. apasal Mal tak tolong kita pun? Along dengan Mar pun takde. Diorang mana, say?”
   “Lantok ler.. Sekarang ni aku nak makan..!” Balas Adam. Tangannya sudahpun mencapai kuih-muih yang terhidang. Khalid menggeleng.
   “Kau ni.. makan banyak.. Tapi tak gemuk-gemuk pun.”
   “It’s in my gene..”

Di satu sudut yang lain.
   Akmalina tekun mengurut bahu seorang lelaki tua. Amar dipaksa mencuci kaki orang tua itu. Hafiz pula sekadar menolong memicit tangan lelaki tua itu.
   “Kuat sikit, cik adik oi.. Abang tak rasa apa pun..” Rungut lelaki tua itu dengan nada manja.
   “Ya, ya.. Akma tekan kuat sikit, ya.” Akmalina menurut. “Macam ni, kan?”
   “Umph.. sedap. Ah, kuat lagi.. Sedapnya..

   Amar mencebir bibir. Dia geli dengan cara Akmalina melayan lelaki nyanyuk itu. Hafiz tersenyum sendiri melihat Amar biarpun mindanya juga dipenuhi pelbagai persoalan.

   “Okey la. Akma nak balik. Akma ada banyak kerja lain. Akma balik dulu, ya?” Ujar Akmalina setelah beberapa lama mengurut. Rona wajah lelaki itu berubah kelat.
   “Mentang-mentang abang dah tak boleh berjalan macam dulu.. Akma nak tinggalkan abang kat sini, ya..”
   “Bukan macam tu, bang.. Tapi anak-anak menunggu kat rumah. Kalau bukan Akma yang jaga, siapa lagi?” Akma memujuk. Dia mencium tangan dan kedua pipi lelaki tua itu. “Akma janji, nanti Akma datang lagi..”
   Setelah mencebir beberapa lama, lelaki itu juga mencium kedua pipi dan dahi Akmalina. Akmalina tersenyum gembira.
   “Macam ni, barulah abang yang Akma sayang.. Akma pergi dulu, assalamualaikum.”

   Amar dan Hafiz juga menyalami orang tua itu sebelum membuntuti Akmalina keluar bilik. Hafiz menyenggol lengan Akmalina.
    “Siapa orang tua tu? Apasal kau panggil dia' abang'? Dan.. Akma?”
   “Hm, suami…”
   “Suami kau?!” Hafiz dan Amar berkerut seribu. Akmalina mengeluh.
   “Haah. Memang dia suami aku punya nenek pun. Ada masalah ke”

   “Suami nenek kau…?” Hafiz mengangguk-angguk. “Atuk kau la..?”
   Giliran Akmalina mengangguk.
   “Apasal rapat sangat sampai ber 'abang-abang'..?”
  “Hm, dulu dia la yang jaga aku. Gantikan mak bapak aku yang selalu sangat sibuk. Sebab tu la aku nak balas jasa atuk. Nama aku pun atuk yang bagi. Sempena nama arwah nenek. Aku tak sempat pun jumpa nenek..”
   “Sempena nama nenek kau?” Hafiz sudah tersengih nakal. Akmalina tidak menyedarinya.
   “Haah, sama nama dengan nenek. Sebab tu la, sekarang ni dia dah nyanyuk dia fikir aku ni, nenek. So, aku pun layan je la. Nasib baik atuk tak banyak ragam..”

   “Hahaha! Nenek…!”Hafiz mula mengusik. Amar ikut tertawa.
   “Bodoh! Kau panggil aku nenek…?” Akmalina mengangkat tangan untuk memukul Hafiz, tetapi Hafiz terlebih dahulu memecut. Akmalina bertindak mengejar. “Jaga kau…!!” Jeritannya menghangatkan suasana.

   “Say, tengok tu!” Azwar menepuk bahu Adam. Khalid sudah memandang ke arah yang ditunjukkan Azwar. Adam merengus. Panas hati kerana tidurnya diganggu.
   “Walawei… Syoknya main air.” Mata Adam segar melihat Hafiz disimbah air oleh Akmalina. Jiwa remajanya kembali subur di dalam jiwa. “Pepatah omputih mengatakan, in every adult there’s a child. And because of that I’ll join them.”
  Azwar ternganga melihat reaksi Adam. Melihatkan Amar juga riang bermain air di situ, Azwar mengambil keputusan untuk ikut serta.
   Khalid menggeleng-gelengkan kepala. Seronok pula melihat abangnya dibuli oleh perempuan. Jarang sekali dia melihat Hafiz tersenyum riang. Abangnya itu selalu bersikap serius walaupun di rumah. Khalid senang melihat Hafiz ketawa gembira bersama Akmalina.

The next Saturday.
   “Mal, kau nak bawak kitorang pergi mana, say?” Tanya Azwar.
   “Hari tu, aku ada ambil gambar salah satu design korang. Aku tunjuk dekat sorang budak ni dan dia nak design tu dalam bilik dia.” Balas Akmalina biarpun matanya tetap memerhatikan jalan.
   “So, kita nak pergi rumah dia la..?” Tanya Khalid pula.
    Akmalina membalas dengan anggukan.

   “Kak Mal!! Lama Irfan tunggu.. Ni kawan-kawan akak eh?”
   Semua terkedu apabila lelaki yang kelihatan sebaya mereka itu memeluk Akmalina. Amar tetap mengklik kamera DSLR miliknya biarpun hatinya berasa sesuatu. Sebagai seorang jurufoto, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mencari gambar yang bagus untuk assignmentnya.
   “Mama papa Irfan ada?” Akmalina terjenguk-jenguk ke dalam rumah.
   “Takde, diorang dah balik England malam tadi. Irfan malas nak ikut, study.” Jawab Irfan sambil tersengih nakal.
   “Alasan je tu… Kata tak kisah pasal exam..?” Irfan hanya ketawa kecil. Akmalina benar-benar mengerti dirinya. Dengan ketiadaan mama dan papanya, mudah bagi Irfan untuk berkurung di bilik bermain games sepanjang hari. Akmalina sedar betapa kamcengnya Irfan dengan PS9 nya itu. “Dah, show them your room.”
   “Akak tak buat sekali?” Wajah lelaki bernama Irfan itu berubah kelat.
   “Akak nak jumpa Kak Seha dulu.” Balas Akma.
   “Oh, dia kat dapur..”

   Mereka mengikuti Irfan ke biliknya. Sebaik pintu dibuka, mereka terpegun melihat susunan koleksi Star Wars di atas rak yang sudah disusun ke tengah. Dinding semuanya sudah bercorak, Cuma sebelah yang telah dicat hitam.
  “Ha, Irfan nak graffiti tu kat sini. Graffiti yang lama dah tak padan la dengan graffiti yang lain ni.. Penat Irfan cover dengan cat hitam malam tadi.” Ujar Irfan sambil menuding jari ke arah dinding yang bercat hitam itu.

   “Irfan.. Semua figura Star Wars ni Irfan punya ke?” Tanya Dani yang sedang menatap koleksi tersebut dengan penuh minat.
   “Em..” Irfan mengangguk. “Dah lima tahun Irfan jaga benda ni elok-elok. Semua ni papa yang hadiahkan masa birthday Irfan yang ke sembilan. Irfan sayang semua figurine ni.”
   “Irfan.. umur Irfan berapa sekarang? Akma tu, siapa pada Irfan.?” Celah Hafiz biarpun tangannya ligat mengeluarkan peralatan yang mereka bawa.
   “Kenapa..?” Irfan pelik dengan soalan itu. Seketika, bibirnya mengoyak senyum nakal. “Abang jealous, eh? Abang suka Kak Mal ke?”
   “Tak lah, jangan salah faham.. Abang cuma tertanya-tanya, apa hubungan Irfan dengan dia. Sampaikan boleh peluk-peluk..”
    “Hehe.. Kak Mal tu sedara Irfan la. Anak Pak Long…” Jelas Irfan. “Kalau abang suka dia Irfan tak kisah.. Walaupun Irfan baru nak ambil PMR, tapi Irfan boleh jadi wali jugak tau..” Sambung Irfan sambil tergelak menyenggol lengan Hafiz.
   “Hisy, ke situ pulak budak ni…”
   Irfan sudah ketawa terbahak-bahak.

   “Irfan, tak elok ketawa macam tu. Tak sopan..” Satu suara lembut menegur.
   “Eh, Kak Seha. Biar Irfan yang bawakan.” Irfan menggantikan wanita berkain sarung itu menatang dulang berisi air dan sedikit kuih. Nampaknya, dia sungguh menghormati wanita itu.
   “Kamu semua ni nak tolong Akma buat cat ni ke? Baguslah.. akak tengok dia buat tiga-tiga ni dah macam bercinta je. Lima hari berkurung dalam ni. Jenuh akak tengok.”
   “Tiga-tiga design kau buat??” Azwar dan Adam berteriak kagum.
   “Tak lah, Irfan yang design..” Akmalina merendah diri. Irfan hanya membiarkan kakak saudaranya itu.

*****
    Amar tersenyum puas. Tidak sia-sia dia membuat keputusan untuk membawa kameranya bersama. Kini, dia punya pelbagai gambar menarik untuk dijadikan bahan assignmentnya. Dia duduk di sebelah tangga, melihat kembali gambar-gambar yang telah dirakamnya sebentar tadi. Irfan menyapu cat ke muka Hafiz, Azwar riang melakar corak pada dinding hitam, Khalid yang sentiasa mengusik perut boroi Adam, Dani tak sudah-sudah merakam gambar patung aksi Star Wars menggunakan iPadnya, dan.. wajah mungil Akmalina yang serius menyuruh semua mereka untuk melukis graffiti dengan lebih fokus.

   “Hoi..! Kau ambil gambar aku tanpa izin? Delete sekarang!!” Teriak Akmalina.
   “Oh, please.. Aku perlukan gambar kau yang periang ni untuk assignment aku. Mati aku nanti kena goreng dengan Ms Yuni. Lagipun gambar kau la yang paling cantik, aku rasa Ms Yuni akan pilih gambar ni untuk dijadikan pameran hujung sem nanti..”
   Akma tertawa mendengar rayuan Amar.
   “Aku tak tahu la kau ni memang jenis hiperbola jiwang ataupun saja nak perli aku. Tapi aku cakap dengan kau, aku tak kisah pun kau guna gambar aku. Saja nak tengok reaksi kau bila aku gertak macam tu. Tak payah nak bodek lebih-lebih la…” Ujar Akmalina sebelum dia beredar membantu yang lain mengemaskan tempat yang berselerak dengan surat khabar itu.
   “Perli..? Jarang dengar orang sebut macam tu. Biasanya orang utara jerp..” Ujar Amar separuh berbisik sambil tersenyum sendiri.


Another Saturday.
   “Korang takde corak lain ke?” Akmalina meletakkan semula fail biru itu di atas meja dengan hampa.
   “Hm? Banyak lagi kan design lain..?” Tanya Azwar.
   “Memang la, tapi..” Akmalina terhenti. Dia berfikir sejenak. Azwar mengangkat kening.
   “Okay, I’ll try to find it.”

   “Say, aku dengan Khalid tak dapat join la minggu ni. Ada hal keluarga.” Ujar Hafiz tanpa berkalih pandang dari buku notanya.
    “Aku pun tak rasa nak join. Assignment ni buat aku gila. Aku nak rehat kat rumah..” Celah Adam.
   “Minggu depan Goliath III keluar. Aku nak kena berkampung untuk game tu. Takmo lepaskan..” Celah Dani pula tanpa melepas pandang dari game yang sedang dimainnya.
   “Tapi..”

   “Kau dah siap assignment ke? Dok melepak dengan kitorang tiap-tiap hari. Kau takde kerja lain?” Celah Amar. Dia bosan dengan keberadaan wanita yang telah menyempitkan ruang untuk mereka berborak tentang hal-hal lelaki. Baginya, Akmalina sekadar penyibuk.
   “Fine! Korang semua sibuk.. Tapi minggu lagi satu boleh, kan?” Akmalina masih berharap.
   “Tengok la..” Balas Dani selamba.

   “Hoi, Akma! Aku tanya kau la..!” Marah Amar apabila soalannya tadi tidak berjawab.

   “Lantak la aku nak buat assignment ke idak! Assignment aku senang jerp!! Kejap je dah siap. Aku bukan macam kau, menangis air mata darah baru nak siapkan assignment..!” Cemuh Akmalina. Anginnya tidak begitu baik hari ini.
    “Kau carik pasal dengan aku ke??” Amar bengang menerima cemuhan Akmalina.
   “Dah la, malas nak layan. Good die!!” Akmalina bertindak meninggalkan mereka semua.
   “Kau fikir aku nak sangat ke menghadap muka pemeras ugut macam kau?! Blah la..!” Amar turut meninggalkan rakan-rakannya. Hafiz yang sedari tadi memerhati hanya menggeleng.

   “Siapa beritahu Mal yang Mar tu jenis cepat menangis..?” Tanya Khalid.
   “Entah la, mungkin Mal tahu sendiri. Mana ada orang yang berani bagitau.” Adam sekadar menduga.
   “That’s not the point. Korang sedar tak apa Mar panggil Mal..?” Celah Azwar.
   “Akma…?!” Khalid dan Adam mengangkat sebelah kening.
   “Diorang tu ada apa-apa ke?” Tanya Azwar lagi.
   “Bukan Amar dah ada girlfriend..?” Khalid menimbulkan persoalan.

   “Diorang dah clash la. Lama dulu..” Celah Hafiz menjawab persoalan mereka.
   “Clash?! Bila? Tak tahu pun..” Satu-satu membuka mulut tanda tidak percaya.
   “Sebelum Akma masuk geng lagi. Tak silap aku, Amar ada bagitau yang Akma ternampak dia menangis pasal girlfriend dia tu. Sebab tu la dia panggil Akma 'pemeras ugut'.”
   “Oh..” Tiga lelaki itu mengangguk-angguk tak ubah seperti makcik tepi tangga yang baru mendengar gosip hangat.

   “Jap.. Sejak bila Along dengan Amar panggil Mal, 'Akma'?” Soal Khalid.
   “Sejak balik dari rumah orang-orang tua tu.. Korang tak perasan..?” Balas Hafiz selamba.
   “Apasal Akma..??” Tanya Azwar pula.
   “Hm?Hmph.. ha.. ha.. ha..!” Hafiz ketawa dengan suara tertahan. Khalid tersenyum. Memang itulah abang yang dikenalinya selama 20 tahun ini. Tak pernah berubah, sentiasa serius.

  “Korang ingat tak, masa korang buat graffiti tu kan kitorang tak tolong korang.. Sebenarnya, kitorang tengah urut.. suami..” Hafiz ketawa lagi.
   “Suami Mal..?” Soalan Adam membuatkan Hafiz menghamburkan ketawa besar.
   “Haah, suami nenek dia..!” Hafiz menyambung ketawa.
   “Korang bayangkan.. orang tua nyanyuk tu bahasakan diri dia abang..! Akma pulak layan manja-manja.. Macam betul-betul laki bini!!” Hafiz masih belum berhenti ketawa. “Memang nasib dia sama nama dengan bini orang tua tu..!”
   “Pfft!!” Khalid turut tertawa mendengarnya.
   Adam dan Azwar pula berpandangan. Mereka tidak dapat menangkap kata-kata Hafiz yang selaju bas ekspres itu.
   Azwar pura-pura ketawa.
   “Kau faham, Zack?” Adam menyenggol lengan Azwar.
   “Tak, laju sangat. Ikut je la..”
   Adam ikut memaksa tawanya keluar.

*****
   Hafiz berkerut seribu. Perkataan di dalam buku rujukannya itu membelit saraf otak. Tangannya membawa buku rapat ke mata. Cuba memahami fakta yang tercatat di situ.
   Azwar menggumpal kertas lakarannya. Dia tidak berpuas hati dengan lakaran yang dikerjakannya. Terasa kosong dan sekadar meniru corak sebelumnya.
   Dani tidak habis-habis dengan iPadnya. Sedang memerah otak geliganya untuk menyusun strategi kemenangan membolos peringkat terakhir permainan.
   Adam bangkit lagi. Ini sudah kali keempat dia ke tandas. Entah apa yang dimakannya sehingga dia terpaksa bercinta dengan Cik Tan. Padah orang terlebih makan!
   Khalid tersenyum sendiri. Dia sedar akan kebosanan dan kesulitan yang dihadapi tanpa kehadiran Akmalina yang sering membantu mereka menyelesaikan urusan masing-masing. Sedangkan dia sendiri mengharapkan gadis itu untuk datang memberi ilham untuk puisinya ini.

   “Akma mana?” Amar bersuara memecah kesunyian.
   “Haih, bukan hari tu dia yang halau? Apa..? Immoral ajak pompuan masuk geng..?” Khalid memerli.
   “Aku tanya jerp. Tak nak jawab sudah la..” Amar kembali menatap koleksi fotografinya. Minggu ini minggu terakhir untuk dia menghantar assignmentnya itu.
   “Mal tak datang ke? Kalau dia ada, mesti dia boleh tolong bagi idea, say..” Rungut Azwar.
   “Ha’ah. Mal selalu bawak ubat untuk sakit perut aku..” Tambah Adam sambil mengurut perutnya yang memedih sejak tadi.
   Dani mengeluh melihat perkataan 'Game Over' di skrin iPadnya. Dia berpaling kepada rakan-rakan yang lain.
   “Sudah la.. Dia takkan datang.”

   “Apasal? Dia pergi mana, Dani??” Azwar penasaran.
   “Dia kata nak back off.” Balas Dani.
   “Seriously?” Tanya Adam pula.
   “Yeps..”

   “Hei, aku teringat yang aku ada hal lain. Aku balik dulu.” Amar mencapai jaket hitamnya dan terus beredar.
   “Aku nak pergi library.” Hafiz turut meninggalkan mereka di situ.
   Dani tersenyum nakal. Khalid perasan senyuman itu.

   “Dani, kau tipu kitorang ke?” Tanya Khalid separuh marah.

   “Tak la.. Aku tak tipu, korang yang tertipu. Back off tak bermaksud quit.” Adam sekadar mengulang ayat seseorang.
    Khalid, Azwar dan Adam berkerut dahi. Dani membuka mesej Akmalina di dalam iPadnya.

Conversations.
Me    :  Dah 2 hari kau tak datang. Kitorang bosan la.
ADH :  Sori la. Amar dok marah2 so aku rasa nak back off.
Me    :  Kau tak nak buat graffiti dengan kitorang dah?
ADH :  Nanti la. Aku sebenarnya ada hal penting ni. Bila aku dah tak sibuk aku datang.
Me    :  Oh.. Hei, kau dengan Mar ada apa-apa ke? Semacam jerp aku tengok.
ADH :  Hmm, takde apa2 la.
Me    :  Eleh, kau tak boleh tipu aku la..
ADH :  Nak tipu apa? Aku tak suka dia la…
Me    :  Eh, aku tak mention pun perkataan suka tu..?


  “Mal, suka Mar?” Khalid terperanjat. Otaknya terbejat menerima fakta itu.
   Dani hanya menyungging sengih. “Ya la kot..”
   “ADH apa benda?” Tanya Azwar tiba-tiba.
   “Ha, tu la.. Aku pun pelik jugak, sebab dia yang masukkan nama dia dalam iPad aku. Satu hari tu aku tanya la.. Korang jangan terperanjat. Akmalina tu anak Dato' Harun..!” Balas Dani. Terserlah dirinya yang tersembunyi di sebalik games dan iPad.
   “Patut la bawak Alphard. Anak Dato' rupanya..” Celah Adam.

   “Tapi.. Along…” Khalid jadi keliru.

   “Apasal Lead? Kau fikir abang kau tu dengan Mal..? Bukan dia dah ada girlfriend ke??” Dani sedar Khalid kecewa.
   “Tapi, Along selalu gembira jerp dengan Mal…”
   “Entah la.. Itu aku tak pasti. Mungkin diorang kawan jerp.”

*****
   Hafiz mematikan enjin motor betul-betul di sebelah hujung kasut Akmalina. Akmalina sekadar mendongak menerima kehadiran Hafiz.
   “Aku dah agak kau kat sini. Apasal tak masuk?”

   “Kenapa kau yakin sangat aku ada kat sini?” Balas Akmalina sinis.
   “Sebab aku tahu, kau mesti jumpa 'abang' kau tu setiap hari..” Hafiz menyandarkan tubuhnya ke kepala motor.
   “Senyaplah..” Akmalina membuang pandang. “Atok aku dah pergi dua hari lepas. Aku datang pun nak uruskan barang-barang dia jerp.”
  
   “Apasal kau tak bagitau kitorang..?” Tanya Hafiz dengan nada sedikit meninggi.

   “Kan aku dah bagitau Dani yang aku sibuk.. Cukuplah, aku tak perlukan simpati.” Balas Akmalina. Wajahnya terlihat sugul.
   “Dani..?” Hafiz mengangkat kening. “Dia cakap dengan kitorang kau nak keluar geng..”

   “Hmph! Mesti dia cuma cakap yang aku nak back off, kan?” Akmalina mengesat air yang bertakung di tubir mata.
   Hafiz mengangguk.
   “Back off doesn’t mean quit, you silly! Aku cuma busy sikit jerp.”
   Hafiz mengangguk lagi. Mengakui kebodohan dirinya.
  Seketika, kesunyian mengisi ruang di antara mereka.

   “Bila kau nak balik? Kitorang rindu kau la..” Ujar Hafiz tanpa memandang wajah Akmalina.
   Akmalina tertawa.
   “Tolong la.. Kau rindu aku ke, kau rindu girlfriend kau tu? Aku tau aku mirip dia..”
   Hafiz berpaling ke arah yang ditunjukkan Akmalina. Hatinya berdebar mendengar perkataan ‘girlfriend’ disebut Akmalina.

   “Asfa..?”

   Hafiz tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Dia kembali memandang Akmalina.
   “Macam mana kau boleh kenal anak Dato’ Harun?”

   “Haih, takkan la Asfalina tu tak pernah ceritakan tentang kakak dia, Akmalina Dato’ Harun ni kat kau?”
    Hafiz ternganga.

   “Asfa mengelak kau 2 bulan ni sebab mak bapak kitorang dapat tahu pasal kau. Mak bapak kitorang jenis yang material. But since atok dah bagi semua harta dia kepada Akmalina..” Ujar Akmalina sambil menunjuk kepada dirinya sendiri. “So, diorang tak boleh la nak halang kitorang daripada hidup bebas daripada dunia korporat merepek macam kerepek pisang tu.”
   Hafiz masih ternganga.

   “Hoi, daripada kau tunggu lalat masuk mulut kau, baik kau pergi tegur adik aku tu. Dia tu serba salah dengan kau..” Akmalina menolak Hafiz ke arah Asfalina yang sedari tadi mundar-mandir di hadapan pintu rumah orang-orang tua itu.
   “Thanks Akma..” Hafiz sempat mengucapkan terima kasih sebelum berlari mendapatkan Asfalina.
   “It’s Kak Akma to you.. Kak Akma..!”
    Akmalina tersenyum senang melihat adiknya bersama kekasih hati. Dia mengeluh sendiri.

   K L I K !

   “You look fabulous with that smile on.”
   Akmalina menarik muka.
   “Baru aku tahu, dalam dunia ni ada orang yang puji pemeras ugut dia.”

   “Eleh, marah ke? Aku tak pernah takut la dengan ugutan kau tu. In fact, semua orang tahu yang aku ni jenis cepat menangis. Aku dah tak tahu macam mana nak kawal..” Amar tertunduk malu.
   “Dah tu, kenapa kau ikut jerp cakap aku?”
   “Sebab aku sukakan kau.”

   “Pfft!” Akmalina tertawa mendengar luahan mendadak itu. “Kau jangan nak tipu aku lah, Mar..”
    “My love is pure and my lies will fade.” Wajah Amar berubah tenang. Berhiaskan secebis senyuman ikhlas, membuatkan hati Akmalina berdebar.
   “Aku dah sukakan kau sejak 15 tahun lepas. Mungkin kau tak perasan, tapi akulah budak yang jatuh buaian dulu.”

   B U M P ! !
   Bunyi seseorang terjatuh diselangi suara menangis membuatkan Akmalina segera berlari mencarinya. Melihat seorang budak lelaki comel sedang menangis kesakitan kerana terjatuh semasa bermain buaian tanpa diawasi penjaga, Akmalina terkedu. Dia memang tidak tahu memujuk. Kamera yang melekat di tangan diacu mengambil gambar budak lelaki itu. Akmalina menunjukkannya kepada budak lelaki berbaju kuning itu seraya berkata,
   “Buruk tahu, muka orang menangis. Kalau kau berhenti mesti hensem macam Ip Man.”

   Lelaki yang masih belum mengenal erti keberanian itu terus menangis memandangkan ibu bapanya tiada di situ. Asfalina datang menghampiri kakaknya.
   “Awak.. Kenapa awak nangis. Lelaki kuat tak boleh nangis…” Asfalina yang lebih bersifat keperempuanan, cuba memujuk budak lelaki di hadapan mereka.
   “Biar lah.. Korang berdua ni sama je. Suka layan perasaan.” Marah Akmalina terhadap adiknya yang sering menangis jika emak dan ayah tidak pulang ke rumah menemani tidur mereka.
   Asfalina terus memujuk lelaki itu.

   “Oh, yang dekat taman TTDI tu eh? Hahaha, kau rupanya..” Akmalina menghambur tawa. “Kau lembik, pastu Asfa pulak terlebih tengok sinetron. Aku ada lagi gambar tu..”
  “Hehe, mengata Asfa.. Kau tu, terlebih tengok wrestling?” Amar mengajuk gelak Akmalina.
   “Itu hardcore sangat. Aku cuma tengok cerita kung fu jerp. Ip Man. Smart wo..”
  Amar hanya melepaskan ketawa kecil. Tangannya ligat mengacu kamera DSLR.

   “Kenapa kau tak pilih Asfa?”

   “Sebab kau lebih comel. Despite how you act, you’re totally cute.” Pantas Amar menjawab.
   “Heh, ya lah tu..” Akmalina membuang pandang. Tak mampu lagi melihat wajah Amar.

   “Be my wife..?”

*****
Lima tahun kemudian.
   “Akak..!” Asfalina menempik. “Bukan macam tu la nak pegang dia.” Rengus Asfalina lantas menarik anaknya dari tangan Akmalina.
   “Ala la la.. Syan die, auntie Akma tak reti pegang, yer..?”

   “Kak Akma bila nak kahwin? Dah lama korang ni couple, tapi tak progress pun. Lead dah nak habis master dah..” Bebel Khalid sambil mengacau kopi yang dubancuhnya sendiri.

   “Entah la.. Dulu dok melamar, dia tolak. Tak sedia lagi lah tu.” Sampuk Amar sambil tangan mencapai kuih di meja.
   “Eh, aku pulak?! Lamaran kau tu dah expired tiga tahun. Aku okey jerp, cuma tak nak jadi perigi cari timba..” Balas Akmalina, sedikit mengejek.
   “Kau tak cakap pun kau dah sedia..” Amar mengerutkan dahi.
   “Dah kau tak tanya…” Akmalina selamba merampas kuih di tangan Amar.

   Tidak semena-mena, Amar berlutut dan mengeluarkan cincin dari celahan dompetnya.
   “Akma, aku sedar aku belum sesempurna yang kau nak.. tapi aku Tanya, susi tak kau dilindungi oleh aku yang tak sempurna ni?”
   Akmalina ketawa besar. Ketawa separa palsu untuk menutup gemuruh. Sungguhpun dia geli hati apabila Amar masih mengingati peristiwa lima tahun lepas.
“Be my wife?”
“Me? Your wife..?” Akmalina tertawa. “Seorang suami perlu menjaga isterinya. Tapi kalau suami tu sendiri lembik, habis la…”
“Akma, give me a chance..”
“Kau kena ubah dulu diri kau yang mudah sangat menangis tu..!”
    “Amar, kau lebih dari sempurna. Kau mengejar kesempurnaan.. Let me, be yours.”

   Cincin disarungkan ke jari manis Akmalina. Mereka berdua saling berbalas senyum.

   “Kiss..! Kiss..!” Khalid bersorak sendiri.
    Akma naik darah. Cawan jenama Tupperware bekas airnya dibaling tepat mengenai dahi Khalid. “Kau fikir aku orang kafir ke, nak kiss-kiss sebelum kahwin?!”
   “Aduh..! Malang anak kau nanti, hari-hari kena baling. Silap hari bulan boleh masuk tujuh kaki bawah tanah, wo..” Ejek Khalid.
   “Apa kau cakap…?!” Bagai api disimbah minyak, Akmalina bangkit mengejar Khalid. Khalid terlebih dahulu sudah memecut keluar rumah banglo milik abangnya itu.

   Amar sekadar menggeleng. Dia sudah lali dengan perangai Akmalina itu. Dia melepas pandang ke hadapan. Hafiz sedang mengacah-acah cahaya matanya yang baru berusia dua bulan. Amar mendekati mereka tiga beranak.
   “Boleh aku pegang dia?”

  Asfalina dan Hafiz hanya memerhati. Amar sudahpun mesra dengan Hafsah di dalam dukungannya. Amar tidak nampak kekok bermain dengan bayi sekecil itu.
   Asfalina dan Hafiz berpandangan.
   “Abang fikir tak apa yang Asfa fikirkan sekarang..?”
   “Ya, sayang.. Absolutely.”
   “Nanti anak Kak Akma mesti semua rapat dengan ayahnya jer kan..?”
   Hafiz sudah tertawa memikirkannya.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous