"Hoi, Nakamura!" Satu suara memanggilnya ketika dia baru sahaja selesai mengemas beg untuk pulang.
Aoi menoleh. Dia tahu itu Hito, satu-satunya orang yang tidak pernah memanggil namanya. Dia pun tidak tahu kenapa bekas teman sepermainannya itu tidak lagi memanggil namanya.
"Pinjam 1000 yen. Nanti krismas aku bayar." Ayat yang sama lagi.
"Kalau masuk yang ni, dah 5000 kau hutang aku, kau tahu tak?? Janji, krismas nak bayar.. Tapi tak bayar-bayar pun." Rungut Aoi.
"Eh, dah 5000 yen? Cukuplah tu nak belikan cincin untuk girlfriend aku.." Hito tersengih. Aoi naik menyampah.
"Ala, Nakamura.. Tahun depan bila aku dah kerja, aku bayarlah balik. Rumah kita kan dekat je, aku tak lari punyalah.." Hito memujuk.
"Kau sepatutnya tolong bapak kau kat bakeri tu. Minta upah dari dia.." Usul Aoi. Dia masih tidak bangkit dari duduknya.
"Bapak aku tu kedekut.. Dia cakap, duit belanja aku tu lah yang jadi upahnya." Balas Hito.
"Jadi, kau patut berjimat. Kalau girlfriend kau tahu yang kau beli cincin guna duit aku, mesti dia marah."
"Please lah, ni kali terakhir aku pinjam duit ni dari kau. Aku janji aku mesti pulangkan tahun ni jugak." Hito menabur janji. Dia terdesak untuk mendapatkan wang.
"Ah, banyak lah kau punya pulang..!" Bentak Aoi namun dia tetap mengeluarkan sekeping not dari dalam begnya. "Semua 5000 yen ni kau tak payah bayar."
"Serius?" Hito tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Dengan syarat kau lulus exam untuk pergi belajar dekat France. Kalau kau tak dapat masuk mana-mana U kulinari, kau kena bayar double." Aoi bangkit sambil menggalas begnya. Kawan-kawannya sudah lama menunggu.
"Okey, no probs!"
**[chrismast eve]**
Aoi bengang. Entah apa sebabnya Hito memanggilnya keluar untuk berjumpa di taman ini. Sudahlah cuaca sejuk, gelap pula tu. Aoi mengerling jam di henfonnya.
"Isy, kata pukul 9. Dah setengah jam aku tunggu. Aku balik, baru kau menyesal." Bebel Aoi sendirian.
Tiba-tiba mata dan mulutnya ditutup daripada belakang. Aoi meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Aoi, ini akulah. Hito."
Aoi terus meronta, dia tidak mempercayai kata-kata itu kerana Hito tidak pernah memanggil namanya.
"Aku segan nak cakap benda ni. Tapi sebab kau paksa aku pergi France, jadi aku kena cakap gak.." Aoi terhenti untuk mendengar kata-kata lelaki itu. "Sebenarnya, aku sukakan kau."
Aoi terkedu. Hito melepaskannya perlahan-lahan. Aoi terus menolak tubuh sasa lelaki itu dengan penuh perasaan marah dan tidak percaya.
"Kau jangan permainkan perasaan perempuan lah!! Kau kan dah ada girlfriend..?" Marah Aoi.
"Aku tak pernah kata yang aku ada girlfriend. Aku cuma kata nak belikan cincin untuk girlfriend aku." Hito mengeluarkan sesuatu daripada poket jaketnya. "Maaflah, aku beli ni guna duit kau. Memang aku try untuk kumpul duit, tapi cincin ni mahal sangat dan aku tak sabar nak jadikan kau milik aku. Aku harap kau terima."
"Woi, kau fikir aku ni tempat rehearsal?? Boleh blah la, kau dengan cincin kau tu!!!" Cepat-cepat Aoi mengangkat kaki.
"Nakamura Aoi, koishiteru!!!" [I love you]
SKREEEEEEEET..!
"Aoi..!!" Hito cemas. Dia ternampak sebuah kereta merah meninggalkan simpang lorong ke taman itu. Dia mencari batang tubuh kekasih hatinya di hujung jalan. 'Langgar lari ke?'
"Sob... Sob..." Aoi terduduk melutut di tepi jalan. Hito menghempas nafas lega.
"Aoi, daijyobu?" [Kau okey?]
"Dame! Jangan sentuh aku." Aoi masih menangis.
"Aoi, doshite?" [Kenapa ni?]
"Tahniah sebab dapat pergi France. Belajar elok-elok, jangan hampakan mak bapak." Aoi menukar topik.
"Aku takkan pergi sebelum aku dengar jawapan dari kau." Hito mengunjukkan cincin di dalam bekas merah.
"Cantik cincin ni. 5000 yen, eh? Murah je.." Aoi membelek cincin tersebut. Dia mengesat air matanya.
Hito tersenyum. "10 000 yen. Campur tiket pergi balik, 10 500 yen."
"Heh, hutang kau pun dah kira selesai." Aoi ketawa mengenangkan separuh daripada kos tersebut menggunakan duitnya sendiri.
"Aoi, aku serius dengan kau. Cincin sebagai tanda pertunangan, aku akan belikan cincin yang lebih baik dengan duit hasil titik peluh aku sendiri." Hito melutut di sebelah Aoi. "Mungkin ini terlalu awal. Tapi Nakamura Aoi, will you marry me?"
Aoi diam.
"Entah lah, Hito." Aoi menyimpan cincin tersebut ke dalam poketnya. "Aku simpan dulu cincin ni. Kau pergi belajar elok-elok dekat France. Jangan balik sampailah kau dah habis belajar. Bagi aku masa.."
"Kalau aku cuti?" Tanya Hito. "Kau ambil kerja part time kat sana. Cari pengalaman.."
"Kalau aku rindukan kau?" Tanya Hito lagi. "Kau doakanlah yang baik-baik untuk aku. Jangan bazir duit kau. Simpan untuk perkara yang lebih berfaedah.. Okey?"
Hito mengangguk lemah. Dia kecewa dengan kata-kata Aoi itu.
"Okey lah, aku nak balik." Aoi sudah bangkit berdiri. "Biar aku hantarkan kau.."
"Takpe lah.. Rumah kau hujung sana. Rumah aku dah dekat. Kau balik je lah, nanti tak sempat nak Christmas Eve dengan keluarga kau." Aoi menunjukkan arah rumah mereka yang sememangnya bertentangan.
"Um, yalah. Hati-hati."
Encik dan Puan Nakamura kehilangan mood krismas melihat anak tunggal mereka pulang dalam keadaan menangis. Namun, mereka berdua tidak berdaya memujuk.
Aoi mengunci pintu biliknya. Cincin pemberian Hito dimasukkan ke dalam laci meja. Topi salji dicabut dari kepala. "Gugur lagi..."
**[3 tahun kemudian]**
Encik dan Puan Aomori terkesima melihat anak mereka yang baru pulang dari Perancis itu terus keluar dari rumah. "Mak, saya nak jumpa Aoi. Ittekimasu."
Puan Aomori memandang suaminya. "Macam mana ni, bang?"
Encik Aomori hanya mampu mengeluh. "Lambat laun dia akan tahu juga. Biarkan dia.."
Hito memandang rumah kekasihnya itu. 3 tahun dia menjeruk rasa rindu yang berbakul-bakul di dalam hatinya, kini dia tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan gadis itu.
"Konbawa. Aoi ada?"
Encik dan Puan Nakamura terdiam. "Masuklah dulu." Encik Nakamura menjemputnya.
Hito masuk ke ruang tamu. Dia sungguh terkejut melihat sebuah papan sembah diletakkan di atas sebuah rak bersama-sama gambar Aoi. "Aoi?!"
Puan Nakamura menatang dulang air untuk dijamu kepada tetamunya yang satu itu. Seketika kemudian, Encik Nakamura datang menyembah papan yang masih menjadi tanda tanya di dalam hati Hito. Dia juga membawa sebuah kotak bercorak beruang comel.
"Mak cik, Aoi.. Dia.." Hito tidak sanggup menghabiskan kata-kata itu.
"Hito," Encik Nakamura menghulurkan kotak beruang kepadanya. "Dalam ni, surat untuk awak. Maaf, Aoi sudah meninggal tahun lepas. Sepanjang 2 tahun di hospital, dia sungguh rajin menulis surat untuk awak."
"Kenapa mak ayah saya tak beritahu pun tentang ni?" Tanya Hito dengan nada sayu. "Bila dia meninggal? Kenapa? Dia sakit apa?"
"Maafkan kami. Aoi pesan supaya jangan beritahu awak tentang dia. Dia nak awak habiskan belajar di Perancis elok-elok. Dia pergi krismas tahun lepas. Leukaemia." Puan Nakamura bersikap tabah. Dia berusaha untuk tidak menitiskan air matanya lagi biarpun jelas suaranya kedengaran sayu. Encik Nakamura memeluk bangga.
Hito tertunduk menahan sedih. Dia tidak tahu untuk berkata apa lagi. Dia pulang setelah menyembah hormat terhadap Aoi.
Di rumah, Hito tidak lagi berperasaan untuk mengemaskan barang-barangnya. Dia membuka kotak yang diserahkan bapa Aoi kepadanya dan membaca surat-surat tersebut satu per satu. Sejak masuk ke hospital, berpuluh-puluh surat yang telah ditulis Aoi untuknya.
Hito berasa hiba. Kolam matanya mulai melimpah. Dia mengesat air mata yang tumpah. Menggagahkan diri untuk membaca surat terakhir dari Aoi.
Hito tidak dapat lagi menahan air matanya. Sebak mengingatkan Aoi sudah pergi. Terharu apabila setelah menunggu jawapan selama 3 tahun, akhirnya kekasih hatinya itu membalas kata cinta darinya.
*****
Hito hanya mampu terbaring di katil. Tiada apa yang boleh dilakukannya lagi. Dia hanya akan ke kedai pada waktu malam memandangkan segalanya akan diuruskan oleh pekerjanya. Dia mengeluh kebosanan.
"Kalaulah Aoi ada.."
Tiba-tiba dia teringatkan surat Aoi. 'Haruka..'
"Kenapa encik nak jumpa dia?" Tanya jururawat yang bertugas di kaunter itu dengan penuh curiga.
"Saya ada hal peribadi dengan dia." Balas Hito.
"Sekejap ya.." Jururawat berbadan gempal itu masuk ke ruang petugas. Seketika kemudian, dia keluar bersama seorang doktor yang seusia ibunya. Cermin mata yang dipakai doktor wanita itu menaikkan bulu roma.
"Kau kenapa cari anak aku?"
'Ulp! Anak dia ke?' Hito sedikit gugup. "Haruka.. ada pegang barang saya. Jadi saya datang ni.. nak ambil balik dari dia."
Doktor itu mengerutkan dahi. "Anak aku tak pernah ambil barang orang tanpa izin. Aku rasa kau silap orang."
"Doktor, macam ni.. Ada seorang kawan saya pernah jadi pesakit di sini. Saya amanahkan barang tu kepadanya tapi dia hadiahkan pula kepada Haruka. Jadi saya nak ambil balik barang saya."
"Entah la. Aku tetap rasa yang kau ni silap orang." Tegas doktor tersebut. Dia mengerling ke arah jamnya seraya berkata, "aku sibuk ni. Aku tak harap kau kacau anak aku. Siaplah kau nanti.."
"Ah! Sensei..![Doktor]" Hito kecewa melihat doktor itu berlalu pergi.
"Encik, ada baiknya encik balik. Jangan buat kecoh di hospital ni."
Mendengarkan kata-kata jururawat itu, Hito mengalah. Dia berjalan-jalan di wad yang khas bagi menempatkan pesakit-pesakit leukaemia. Memang nasibnya baik kerana sekarang masih waktu melawat.
Hito melihat pesakit leukaemia dalam pelbagai usia. Ada yang remaja dan ada yang dewasa. Namun kebanyakan mereka ialah kanak-kanak.
"Aduh!"
Hito berlanggar dengan seorang petugas wanita yang sedang membawa alatan medik. Habis alat-alat tersebut berterabur di lantai. Hito bertindak pantas mengutip setiap satu daripadanya. Dia hairan melihat petugas tersebut yang hanya berdiri kaku di hadapannya.
"Nah! Sumimasen. [Sorry]" Hito menghulurkan bekas tersebut kepada wanita itu. Wanita tersebut tidak mengambilnya namun hanya menghulurkan kedua tangannya ke hadapan.
Hito meletakkan bekas alatan itu di atas tangannya. "Terima kasih," katanya lantas menyelongkar bekas alatan yang kini berada di tangannya.
"Awak.." Hito yang baru hendak melangkah kini terhenti. "Saya rasa ada yang hilang. Boleh awak tolong saya carikan? Saya ni buta." Wanita itu tersenyum mengharap.
Hito terkejut mendengar yang wanita secantik ini ialah seorang buta. Patutlah dia hanya seorang petugas biasa dan tidak menjadi jururawat.
Hito memandang sekeliling. Dia kemudiannya melangkah untuk mengambil syringe yang terpelanting sehingga ke hadapan bilik pesakit. Hito menyerahkan syringe tersebut kepada petugas yang masih berdiri di tengah-tengah koridor.
"Arigatou gozaimasu."
Hito terpandang sebentuk cincin di jari manis kanan petugas tersebut. Dia memanggil, "Haruka!"
Petugas tersebut berpaling, "macam mana awak tahu nama saya? Saya takde tag pun.."
"Saya berminat nak berkenalan dengan awak. Nama saya Aomori Hito."
"Kinoshita Haruka. Hajimemashite!"
*****
Setelah enam bulan berkenalan, Hito memutuskan untuk memberitahu Haruka mengenai Aoi dan cincinnya. Tengah hari itu, dia mengajak Haruka duduk di taman belakang hospital. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, menyamankan suasana yang serba indah.
"Haruka.."
"Haik, Hito-san?"
"Cincin yang awak pakai tu.. boleh tak saya tengok kejap?"
"Hm? Boleh, tapi nanti pulang balik, ya?" Haruka menanggalkan cincinnya dan menghulur keluar. "Cincin ni kenangan daripada seorang kawan. Dia menghidap leukaemia.. Di saat-saat akhir hayatnya, dia berikan saya cincin ni. Katanya, nanti ada seorang Putera Perancis yang akan datang melamar saya." Haruka tertawa kecil menampakkan giginya. Hito terdiam. Haruka mendongak ke langit. Biarpun matanya buta, hatinya masih dapat melihat. "Saya tak mengharap apa-apa pun. Saya cuma mengharapkan Aoi bahagia di sana."
Hito menunduk sedih. Dia tahu Haruka menahan tangis. Jelas kedengaran getaran suara Haruka menunjukkan gadis itu ikhlas dalam bersahabat dengan Aoi biarpun mereka tidak pernah bersua muka.
Hito menatap kembali cincin emas putih yang dibelinya suatu waktu dahulu. masih berkilat dan masih jelas ukiran namanya dan Aoi. Hito nekad.
"Haruka.. enam bulan yang lalu, saya datang sini untuk mengambil semula cincin girlfriend saya yang dia hadiahkan kepada salah seorang petugas di sini. Saya yang baru pulang dari Perancis terperanjat bila saya tahu yang dia sudah pergi meninggalkan dunia ni setahun sebelum tu. Selama ni, saya tak tahu pun yang dia menghidap leukaemia. Waktu tu, saya dah jumpa orang yang menyimpan cincin tu. Tapi, melihatkan keadaannya yang buta, saya tak sampai hati nak minta cincin tu daripadanya. Tapi, sekarang saya dah dapat cincin ni." Sambil tersenyum menggenggam cincin, Hito berpaling ke arah Haruka. "Dan saya dah faham kenapa Aoi pertemukan kita, Haruka."
"Jadi, cincin tu milik awak? Awak ambillah balik. Saya bukanlah orang yang selayaknya memakai cincin tu." Ujar Haruka, pasrah sebagai seorang yang serba kekurangan.
"Ya, dan saya nak berikan kepada orang yang saya sayang.." Hito menyarungkan semula cincin 10 000 yen itu ke jari manis kiri Haruka. "Sudi tak awak berkahwin dengan saya..?"
Air mata Haruka mengalir laju. "Saya ni.. tak sempurna. Jangan buat ni kerana simpati. Saya bosan dengan simpati manusia. Cukuplah semua ni.. Awak berkawan dengan saya pun, saya dah cukup gembira."
"Haruka.. Sepanjang 6 bulan ni, saya selalu berfikir. Awak punya kekurangan, tapi awak tetap berusaha untuk menjadi seperti orang lain. Awak tak jadikan kekurangan ni sebagai satu penghalang. Tapi awak terima hakikat tu dan terus berusaha dengan cara sendiri. Aoi pernah kata, nobody is perfect but we should search for perfectness. And in my heart, you're the most perfect."
"Lebih perfect daripada Aoi?" Tanya Haruka.
"Saya.. tak pernah menilai Aoi. Dia hatsukoi saya, cinta pandang pertama. Dan cinta selalu mengenepikan setiap perkara buruk. In fact, sayalah yang selalu melayan Aoi dengan teruk."
"You are just seeing through glass of roses." Haruka tertawa kecil. Hito tersenyum senang.
"Once again.. Kinoshita Haruka, will you marry me?"
Haruka senyap, lantas mendongak ke langit. Hito resah menunggu jawapan.
"Kalau Aoi dah jodohkan kita macam ni, kita kena lah hargai pengorbanan dia."
Hito berkerut dahi.
Haruka berpaling ke arah Hito. Sambil tersenyum dia berkata, "kita kahwin time birthday dia, kay?"
love anime comic? hehe keep it up fren!
Post a Comment