Welcome!
Irene Adler
ღღღ

Important!
Full collection can be found on buttons below.
For newer collection (2025) click this link here


Latest List
Full List
Fateh p Hanis Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Important!
Newer collection (2025) and chapters list, click this link here .

Ladang kapas, piano dan kita

Sehari setelah majlis pertunangan, Lucy, Suzy dan ayahnya bersiap untuk pulang ke kampung mereka. Mereka akan bertolak bersama dengan kargo kapas yang dikendalikan dinbawah pengawasan Evan. 

Theron turut hadir mengiringi bersama pembantu peribadinya. Alasan Theron, dia ingin memastikan hadiah pertunangan yang di bawa pulang oleh Lucy selamat sampai ke destinasi. Sambil itu, Theron juga ingin mengenal jalan menuju ke rumah kilang Lucy supaya mudah untuk dikunjungi di masa depan. 

Tuan Baron mengingatkan Evan untuk berhati-hati kerana rombongan kargo yang sebesar itu mudah untuk menjadi sasaran penyamun. Perjalanan berjalan lancar menelusuri jalan hutan. Mereka bergerak perlahan, mengutamakan keselamatan. Namun menjelang petang, Lucy kerap meminta berhenti di tengah jalan. 

Suzy menemani Lucy sementara Tuan Kilang menunggu mereka di sisi kuda. Riak risau jelas terpampang pada wajah bapa anak dua itu. Theron turun daripada kudanya, ingin bertanya masalah apa yang menimpa Lucy. 

Suzy kembali sendirian dengan wajah yang nampak bosan. 

“Ayah, kita akan lambat lagi seperti waktu perjalanan ke rumah Baron.” Ujarnya sambil duduk di sisi Tuan Kilang, menunggu Lucy selesai dengan pekerjaannya di balik semak.

“Shh, jangan mengeluh begitu. Mungkin belum tiba masanya untuk kamu, tapi hal menyulitkan begini memang lumrah hidup wanita.” Tuan Kilang berpesan agar Suzy tidak celupar kerana nanti akan tiba masa Suzy pula yang mengalaminya.

Theron berfikir sejenak sebelum kembali ke kudanya. Dia menyuruh pembantunya mencari sumber air di hadapan. Dia yakin, Lucy perlukan tempat yang lebih selesa untuk membersihkan diri.


Perjalanan dihentikan buat kesekian kalinya. Kali ini, Theron mengambil inisiatif untuk berhenti dan berehat selama satu jam. Dia menunjuk ke arah sebatang anak sungai yang mengalir jernih, airnya berkilau disinari cahaya matahari. 

Para lelaki termasuk pekerja dan pemandu kargo selesai membersihkan diri dengan air sejuk dan menyegarkan di sungai itu. Setelah itu, Theron mendirikan sebuah khemah kecil untuk Lucy dan Suzy membersihkan diri di dalamnya. 

Suzy kelihatan membantu Lucy membawa sebuah beg kecil sementara Lucy berjalan perlahan sambil memegang perutnya. Ada bau salap herba, kuat menusuk hidung mereka. Theron, Evan dan yang lain hanya menunggu di gerabak kargo. 

Seketika, Evan menghampiri Theron. 

“Putera Theron.. Aku– saya nak ingatkan kamu. Sebelum kamu seorang putera, kamu ialah seorang lelaki. Kalau kamu lakukan sesuatu yang menyakiti Lucy, saya mewakili keluarga Baron takkan teragak-agak untuk menghukum kamu.” 

Theron memandang posisi tubuh Evan yang nampak serius dan garang. Mengingatkan Evan lebih muda daripada dia dan Lucy, Theron ketawa kecil.

“Hey..!” Evan memarahi.

“Evan, saya janji akan jaga Lucy seperti saya menjaga nyawa saya sendiri.”


Di khemah, Suzy mengomel sedikit.

“Dah ke belum, Lucy?” Suzy menyoal dengan nada geram. Dia berasa sudah lama dia menunggu di luar khemah tak berbumbung itu. Suzy memang tidak menyukai tugas menunggu Lucy seperti itu. 

“Sudah, Suzy. Pergilah kembali ke kereta kuda.” Balas Lucy, enggan membiarkan Suzy berlama di luar. Dia sudahpun menukar alas seluar untuk menampung darah menstruasinya sepanjang perjalanan. Dia berdoa agar tidak perlu berhenti lagi kemudian nanti. Dia malu membuat semua orang menunggunya. 

Ketika keluar dari khemah empat pacak itu, Lucy berniat menurunkan kain khemah dan mengembalikannya ke kereta kuda. Namun nasibnya malang; seekor ular air sedang berlingkar di celah batu di hadapannya. Lucy menjerit perlahan, kemudian cepat-cepat menutup mulutnya agar tidak menarik perhatian ular itu.

Mendengar jeritan kecil Lucy, Theron dan pembantunya segera bergerak. Mereka sentiasa bersiap siaga, sedia menghadapi sebarang masalah. Theron berlari ke arah Lucy yang berdiri terpaku, matanya membesar menatap ular yang masih bergerak perlahan di antara batu.

Theron memberi isyarat supaya pembantunya kekal diam tanpa bersuara. Dengan berhati-hati, putera raja itu meletakkan tangannya pada bahu Lucy dan menggerakkan tubuh Lucy agar menjauh dari bahaya. 

Tuan Kilang, yang memerhati dari jauh, segera menghampiri mereka. Wajahnya penuh cemas, matanya bertanya tanpa kata tentang keselamatan anaknya. Lucy dan Theron saling berpandangan; senyuman kecil Lucy cukup untuk menyampaikan rasa terima kasihnya.

“Eh, reben kamu senget,” Theron bersuara, tanpa segan-silu, sambil memperkemas ikatan rambut Lucy yang mulai jatuh. Wajah Lucy merona sedikit merah. Evan hanya memerhatikan perilaku pasangan tunang itu.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, Theron mengangguk kepada Evan dan pekerja lain, lalu mereka meneruskan perjalanan. Hati Lucy dipenuhi rasa hangat dan lega memikirkan perlakuan Theron yang sangat menjaga kebajikannya. Dia teringat pengurus rumah pernah berpesan, jarang ada lelaki yang prihatin dengan hal-hal kewanitaan.


^^^^^


Rombongan akhirnya tiba di rumah kilang, disambut oleh bau hangat dari dapur dan suasana halaman yang sibuk dengan pekerja yang menurunkan kargo. Lucy segera melangkah masuk ke dalam rumah, kelam-kabut ingin membersihkan diri dan terus menghilang di bahagian belakang rumah. 

Suzy menggeleng kepala sambil merungut. Dia tak memahami mengapa Lucy suka mengambil masa lama untuk mandi setiap kali pulang dari berjalan jauh. Suzy dengan langkah kaki yang penat, dia membawa sebesen air hangat dan tuala ganti masuk ke bilik bersamanya.

Sementara itu, Tuan Kilang menjemput Theron dan Evan ke meja makan. Theron duduk sambil tersenyum kecil. Matanya memerhatikan tingkah Lucy dari jauh. ‘Dia serius tentang kebersihan dan dirinya sendiri… aku suka cara dia.’ Fikir Theron bersama senyum yang tidak ditahan-tahan. 

Pergaduhan diam-diam itu membuatkan Evan yang duduk di sebelahnya mengangkat kening.


“Eh, tak fahamlah. Kenapa mereka macam bergaduh tapi tak bercakap?” Evan bertanya perlahan kepada Theron, bingung melihat interaksi kakak-beradik itu.

Theron hanya mengangkat bahu dengan senyum misteri. “Kadang-kadang, Evan… diam itu lebih kuat daripada kata-kata.”


Tidak lama kemudian, Lucy muncul dari bilik mandi mengenakan sebuah gaun cantik, tepat seperti yang dia ingin tunjukkan kepada Theron. Gaun itu sederhana tetapi elegan, sesuai dengan peribadinya. Theron menatapnya sejenak, matanya bersinar.

 “Cantiknya,” bisiknya perlahan, senyumannya tidak dapat disembunyikan. 


Setelah makan malam selesai, Theron dan pembantunya meminta diri. Dia dan pembantunya sudah merancang untuk bermalam di sebuah rumah penginapan. Sebelum pulang, dia sempat berpesan bahawa seorang tutor etika akan datang untuk mengajar Lucy tak lama nanti.

Evan pula akan dijemput pulang pada esok hari oleh pekerja kargo. “Sampai jumpa, semuanya. Terima kasih,” ujarnya sambil menunduk sopan kepada Tuan Kilang dan Suzy.


10

*****ff//
i should think and explain better the things i want to have included in these.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous