Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Latest List
Full List

12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Mata mencerlung ke satu arah. Aduh, sakit matalah main jeling-jeling macam ni! Aku memalingkan kepala untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.
Perempuan itu cepat-cepat menutup dan menghidupkan mesin yang seperti oven itu. Apa yang ada dalam tabung uji yang dia masukkan dalam mesin tu ya? Dan aku kat mana ni..?

Baru aku sedari yang aku diikat pada katil yang ditegakkan di tengah-tengah ruang makmal ni.
Eh, makmal apa ni? Aku tertanya sendiri. Sedikitpun tak bergelut untuk melepaskan diri. Bergelut memakan tenaga yang banyak, aku lebih rela mati di tangan perempuan cantik berkaca mata ni. Rambutnya yang kemas bersanggul (bun haired) itu, mesti panjang mengurai. Lawa!

Perempuan itu berpaling ke arahku dan mengulum senyum. Ah, alangkah baiknya kalau aku juga secantik perempuan ini..
Dia berpaling ke satu arah dan dari situ, seorang lelaki bertubuh sasa datang menghampiriku. Aku tertegun. Apa yang dia nak buat dengan aku? Tolong jangan apa-apakan aku! Kalau nak bunuh pun, buatlah dengan cara yang tak menyakitkan...



Aku dikejutkan oleh tepukan kuat di bahuku. Dia menyuruhku bangun mandi dan makan malam.

Eh, hari dah malam? Seriuslah ni..?

Ugh, kepala terasa berpusing. Siapa suruh tidur waktu-waktu lepas asar!
Hati tersentap sendiri. Bila entah kali terakhir aku mendirikan kewajipan itu?

"Makan elok-elok. Aku nak kau makan yang sihat-sihat biar sistem badan kau tu jadi center balik. Bolehlah kau ingat semua yang terjadi dekat kau dulu.."

Aku memandang wajahnya dengan pandangan kosong. Segala apa yang diperkatakannya terasa asing pada fikiranku. Aku tak mampu berfikir lagi. Seluruh pancaindera telah ditumpukan kepada daging kambing yang dibakarnya untuk makan malam. Pergh, mana pulak dia dapat daging kambing ni? Banyak duit dia..!



Usai makan malam, dia menyuruhku mandi dan kemudian turut bersamanya menunaikan solat Maghrib. Tak tersangka pula dia juga seagama denganku. Hmm, kenapa identiti dia misteri sangat eh?
Setelah memberi salam, dia menadah tangan untuk membacakan doa. Doanya itu kedengaran khusyuk walaupun tak dapat aku fahami. Dia berdoa dalam bahasa Arab ke bahasa lain ni? Eh, dia menangis..?

"Amin.." Dia menekup wajahnya lama. Aku menyapu muka. Beberapa ketika kemudian baru dia berpaling menghadapku. Matanya merah, sepertinya dia benar-benar menghayati doanya itu.

"Kau baca doa apa?"

Dia tidak menjawab. Wajahku dia tenung dalam-dalam. Semena pipiku ditampar dan dia terus berlari keluar.

Isy, kenapa pulak ni?

Sambil memegang pipi yang terasa perit, aku bangkit mengejarnya.
Ke mana pulak dia pergi? Aku terus berlari sambil tercari-cari. Habis semua pintu yang ada, aku buka untuk menjenguk ke dalam. Terasa seperti koridor ini tiada hentinya. Penat dan lelah jadinya berlari sambil terus-menerus membuka pintu. Aku cuba memanggil namanya.

Siapa nama dia? Kenapa aku tak tanya nama dia? Adakah sebenarnya aku tahu nama dia?
Ah, kepala ini berdenyut lagi. Aduh!

Terdengar suara dia teresak-esak sendiri.
Kenapa? Kenapa mesti kau menangis? Siapa aku pada kau? Apa kaitannya antara kita?

Beberapa imej tergambar di ruang ingatan.

Sakitnya kepala ni!

Aku dan kau.. sama-sama diterima kerja di sini.. di Makmal X-Ezi.




Aku terjaga. Sinar lampu pendarfluor menyilaukan mataku. Terkelip-kelip mata ini cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Tubuh terasa dipeluk.

"Kathiraa, akhirnya kau dah sedar!"

Aku meneliti wajah yang asing itu.

"Kau siapa?"

"Ini aku, Kathiraa.. Ini aku..!"

Air matanya menghairankan aku. Dari raut wajahnya yang berkedut-kedut itu, sepertinya aku pernah berjumpa dengannya.

"Anneesa..?"

Dia mengangguk gembira mendengar yang aku masih mengingatinya. Aku seperti tak percaya dengan perubahan yang berlaku ini sehinggalah aku ternampak wajahku sendiri terbias di dinding kaca makmal.

Berapa tahun sudah berlalu?

prev | next

Sebenarnya, aku x plan apa2 pun masa tulis cerita ni. Tapi sebab ada orang baca and minta sambungan, aku pun menyambung.
Btw, bersambung lagi sebab aku takde idea dah. Kalau aku menulis sekarang memang mengikut perasaan je. Aku nak buat #wadehelmomen untuk ending, mesti orang tak suka enn.. jadi kita bersambung sehingga kita tahu nak plan apa untuk cerita ni.
Sorry eh if ada part yang macam pelik2 sikit.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>